Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 30, 2015

Oooii Melayu yang mengaku Islam.......tak malukah?

Teguran Yang Amat Memalukan Orang Melayu Yg Beragama Islam...

Orang Islam menjual maruah Agama....

MENGAPA BOLEH BERLAKU DALAM BADAN JAGA HARTA KEBAJIKAN JARIAH ORANG ISLAM, SOAL MP SEGAMBUT, YB LIM LIP ENG

SAYA tertarik dengan pendedahan terbaru National Oversight and Whistleblowers hari ini  tentang pemusatan kekayaan sebuah badan amal jariah kepada beberapa individu dan kaum kerabat mereka. Ini amat memeranjatkan. Saya tidak pernah menyangka sebuah yayasan yang berfungsi membantu umat Islam memajukan ekonomi mereka boleh dicemari skandal yang begitu jijik dan memualkan.

Pada saat rakyat seluruh negara sedang diperah keringat dan wang ringgit mereka dengan pengenaan cukai dan kenaikan kos sara diri, saya amat terkejut dengan pendedahan yang dibuat berkenaan Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM).

Antara yang paling memualkan ialah pendedahan mengenai seorang pemimpin wanita Umno, yang menerima elaun untuk dua jawatan yang pada saya seolah-olah tidak ada banyak beza.

Jawatan pertama ialah Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah, dan yang satu lagi berbunyi Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah. Kedudukan ini memberi pulangan elaun bulanan dan keraian bernilai RM15,000 setiap satu, secara bulanan.

Pening juga kepala memikirkannya. Bagaimanakah seseorang diperuntuk elaun keraian setiap bulan pada jumlah RM15,000? Apakah yang diraikannya setiap bulan sampai sebanyak itu? Malah, jumlah pulangan beliau setiap bulan mencecah RM45,000.

Lebih menarik lagi, anak dan suami pemimpin wanita Umno itu turut menerima pulangan bulanan daripada YaPEIM; menjadikan pendapatan setiap bulan keluarga tersebut mencecah RM81,700.

Si anak memegang jawatan pengarah di enam anak syarikat yayasan terbabit, dengan hasil mudah RM31,200 satu bulan.
Itu baru timbalan.

Presiden Lembaga Pemegang Amanahnya pula mempunyai sepuluh jawatan di pelbagai panel, jawatankuasa dan anak syarikat yayasan tersebut. Beliau membawa pulang pendapatan bulanan sebanyak RM73,000.

Hairan, kerana pada kedua-dua surat yang mengesahkan bayaran itu diluluskan ada tertulis: ‘Institusi Amal Jariah Anda’. Mungkin slogan ini boleh ditukar menjadi ‘Institusi Amal Jariah Kami dan Anak-beranak Kami’.

Tidak masuk akal sebuah yayasan berasaskan ‘amal jariah’ khusus buat pembangunan ekonomi umat Islam memberi keuntungan atas angin kepada ‘pemegang amanah’nya dengan jumlah yang begitu besar, hanya dengan kedudukan dan jawatan sebagai pemegang amanah.

Padahal kita semua sedia maklum, masih lagi ramai orang Melayu beragama Islam yang jenuh mencari rezeki mengais sesuap nasi untuk mandiri hari demi hari.

Saya terkenang nasib mangsa banjir di Kelantan, yang membanting tulang saban hari memotong getah. Mereka sehingga hari ini masih lagi belum menemukan punca rezeki. Malah pisau toreh getah juga hanyut dibawa air bah.

Bukan itu sahaja, kebanyakannya masih lagi menetap di khemah-khemah. Dan kini apabila musim tengkujuh kembali, masing-masing dirundung  bimbang; ke mana akan mereka bawa harta benda yang tersisa sejak bencana tersebut berlaku satu tahun lalu.

Dalam keadaan rakyat terbanyak berhadapan situasi ekonomi yang menjerut leher mereka, sekelompok kecil yang beruntung mempunyai pertalian dan kenalan politik boleh sahaja bersenang-senang dengan pendapatan puluhan ribu setiap bulan, tanpa perlu letih membanting tulang.

Ada kawan-kawan yang pernah menceritakan kepada saya tentang sifat amanah yang dimiliki Nabi Muhammad SAW, sehingga diberi gelaran Al-Amin, dikeranakan integriti yang ada padanya.

Baginda berpesan supaya mengembalikan harta kepada yang berhak, dan jangan memakan harta anak yatim.

Saya juga diberitahu bahawa apabila matinya seorang orang Islam, segala-galanya ditinggalkan kecuali tiga perkara. Salah satunya ialah amal jariah.

Maka, jika institusi amal jariah umat Islam seperti YaPEIM secara sesuka hati meluluskan elaun puluhan ribu ringgit yang bersumber amal jariah umat Islam kepada si pemegang amanah; saya tidak tahu bagaimana rantaian sedekah dan amal jariah yang ditinggalkan akan memberi manfaat di alam sana.

Saya justeru rasa bertanggungjawab untuk menasihati mereka yang sedang bersenang lenang dengan wang hasil amal jariah umat Islam ini untuk segera bertaubat dan menyucikan harta mereka yang didapati dengan cara yang penuh keraguan.

Lim Lip Eng
Ahli Parlimen Segambut

14 comments:

  1. puak kapir Mekah pun simpan harta depa kat Nabi walau pun musuh
    sebab Nabi memang amanah bukan macam lani nama saja nampak amanah
    tapi lambat lepa semua nak dimamah
    betui sial la puak yang perangai macam ni
    tubuh apa saja yayasan pertubuhan ka semua nak jawatan gaji tinggi
    puak sasaran duk terisin nampak gigi itu pun kalau ada lagi gigi
    kalau tidak nampak gusi
    kesian

    ReplyDelete
  2. Harussani mana? Noh Gadot mana? Dah jadi setan bisu ke? Kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takda mood nak komen..perut kenyanggg sesangat.

      Delete
    2. EZAM ......"AWAK KAT MANA....AWAK KAT MANA !!!!!!"

      Delete
  3. Yapeim mmg haramjadah..pinjam kata lanun bugis..
    Yapeim mmg barua...pinjam kata tuang presideng..
    Sprm pulak hayun teloq,keja tak mau buat..
    Yg kena tipu pencarum melayu

    ReplyDelete
  4. GHB kami tak sukakan kamu. Kamu bukan pilihan kami.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak pilih GHB tak apalah. Tapi jangan bg sokongan pd org islam kaki sapu duit amal jariah mahupun parti yg dianutinya. Dosa klu bersekongkol dgn pihak kaki sapu tu....

      Tahu ker apa makna doss?

      Delete
    2. Mat yakob pas jangan byk songeh. Tolong bayar duit cikgu Yik yang tersangkut tu. Tsk ada duit nak ganti, suruh hadi mintak derma kat najib

      Delete
  5. Islam jelmaan umno parti haramjadah...umno baruabritish laknatullah...finarri jahanam

    ReplyDelete
  6. Islam jelmaan umno parti haramjadah...umno baruabritish laknatullah...finarri jahanam

    ReplyDelete
  7. Yg paling berkuasa kt nmalaysia ni tdo ker...d

    ReplyDelete
  8. ..
    .
    #
    Salam kepada semua
    .

    Di dalam nukilan saya di Tranungkite, saya minta peguam muslim

    tampil kehadapan jika mereka mampu bawa pemegang amanah yapeim ke

    Mahkamah Tinggi untuk mendapatkan judicial review [satu order di

    bawah RSC] untuk membuat pembetulan atas keputusan silap yang mereka

    [pemegang amanah] telah lakukan di dalam perbelanjaan mereka.

    Ingat-mereka ditubuhkan di bawah akta Trustee Act 1952. Jadi

    perbelanjaan pemegang amanah mesti memenuhi ciri ciri objek amanah.

    Perbelanjaan mengikut nafsu Mentri Jamal tidak dibenarkan. Malah

    Menteri Jamal adalah orang luar di dalam penubuhan YAPEIM itu.

    Translasi- Mat Jamal adalah persona non grata-tak kena mengena dengan

    operasi Yapeim. Hanya pemegang amanah aje bolih berbelanja mengikut

    carity objects. Di dalam hal ini pemegang amanah perlu rujuk kepada

    perkara perkara di dalam Trustee Investment Act untuk panduan

    perbelanjaan. Tidak ada ruang untuk budibicara. Penghakiman dari

    London- khususnya penghakiman Lord Denning dan Lord Goff harus

    digunakan sebagai panduan atas konsep amal atau charity. Nampaknya

    Mat Jamal dan geng pemegang amanah Yapeim menunjukkan otak kampong

    [ketandusan ilmu dan juga moral]-satu ciri yang berleluasa antara

    penjawat awam dan mat politikus di Malaysia ini. Komentari pedas dari

    YB Lim memanglah tepat untuk Menteri mat jamal dan geng pemegang

    amanah yang ketandusan moral dan ilmu.
    .



    Kalau Mat jamal dan gengnya tahu malu pasti mereka akan letaka semua

    jawatan di dalam Yapeim.

    Peguam melayu macam Zaid Ibrahim dan geng gengnya di dalam Persatuan

    Peguam Muslim tak Nampak ada wibawa yang bolih menerajui satu kempen

    untuk membuat pembetulan di dalam karenah sialan ini. Kes yang akhir

    peguam muslim berkokok ialah bila Zaid sebagai Presideng Badan Peguam

    Muslim membuat statement beri sokongan atas lantikan Hamid Omar

    menggantikan Tun Saleh [CJ] yang kena buang. Namun demikian Dr

    Mahathir tidak memberi apa apa jawatan hakim kepada Zaid atas kerja

    bodek beliau mungkin Dr M tahu kerja yang dia bikin [buang Tun Salleh]

    itu salah dan beliau tak perlu sokongan dari Mat Zaid !


    .

    .khong khek khuat
    .

    .

    .

    .

    ReplyDelete
  9. Lumayan!!
    Berikut adalah senarai jawatan yang disandang oleh Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil berserta gaji dan elaun bulanan:-

    Presiden Lembaga Pemegang Amanah RM 15,000.00
    Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah RM 15,000.00
    Pengerusi Jawatankuasa Kerja YaPEIM RM 5,000.00
    Pengerusi Panel Pemikir Pembangunan Ekonomi Islam RM 5,000.00
    Pengerusi Jawatankuasa Khas LPA Program Mikro Kredit RM 5,000.00
    Majlis Penasihat Teknologi Emas & Galian Bernilai RM 5,000.00
    Penasihat Dasar dan Operasi Skim Ibadah Korban YaPEIM RM 5,000.00
    Pengerusi, Institut Penyelidikan Dan Perundingan YaPEIM RM 4,500.00
    Pengerusi, Pusat Khidmat Pembangunan Usahawan YaPEIM RM 4,500.00
    Pengerusi, Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin RM 4,500.00
    Pengerusi, PJ Perdana Management & Services RM 4,500.00
    Pengerusi, YaPEIM Hospitality International Sdn Bhd *tiada maklumat
    Jumlah pendapatan bulanan Dato’ Haji Abd. Malek B. Awang Kechil yang telah dikenal pasti melalui YaPEIM adalah RM 73,000.00 sebulan.

    Berikut adalah senarai jawatan yang disandang oleh Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin berserta gaji dan elaun bulanan:-

    Timbalan Presiden Lembaga Pemegang Amanah RM 15,000.00
    Timbalan Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah RM 15,000.00
    Pengerusi Jawatankuasa Audit YaPEIM RM 5,000.00
    Ahli Jawatankuasa Pengawasan Syariah YaPEIM RM 1,000.00
    Pengerusi Perbadanan Infaq YaPEIM Sdn Bhd RM 4,500.00
    Ahli Lembaga Pemegang Amanah PEMANGKIN RM 2,500.00
    Ahli Lembaga Pengarah YaPEIM Smart Venture RM 2,500.00
    Jumlah pendapatan bulanan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin yang telah dikenal pasti melalui YaPEIM adalah RM 45,500.00 sebulan.

    Selain daripada itu, anak kepada pemimpin Wanita UMNO Kelantan tersebut iaitu Wan Johan Bin Wan Ismail turut terlibat secara langsung dalam YaPEIM dan berikut adalah senarai jawatan yang disandangnya beserta gaji dan elaun bulanan:-

    Pengarah Kanan, Perancangan, Kesetiausahaan dan Corporate Intelligence RM 18,800.00
    Elaun rumah RM 1,200.00
    Elaun Keraian RM 1,200.00
    Ketua Pegawai Eksekutif, YaPEIM Smart Venture RM 2,500.00
    Pengarah Eksekutif, Darul Sasaran Sdn Bhd RM 1,000.00
    Lembaga Pengarah, Darul Sasaran Sdn Bhd RM 2,500.00
    Ketua Pegawai Operasi, Permodalan YaPEIM RM 1,500.00
    Lembaga Pengarah, PJ Perdana Management & Services RM 2,500.00
    Manakala suami kepada Datuk Hajjah Jeliha @ Zaleha Binti Hussin iaitu Haji Ismail Bin Mat Nasib dilantik sebagai Fellow dengan pendapatan RM 5,000 sebulan bagi ‘melaksanakan tugas dan tanggungjawab seperti yang diamanahkan YaPEIM bersama YBagia Datuk Zaleha’.

    Jumlah pendapatan bulanan Datuk Hajjah Siti Jeliha @ Zaleha Binti Hussin bersama keluarga beliau melalui YaPEIM adalah RM 81,700.00 sebulan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa