Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 29, 2015

Update: Padan muka PKR!...........Amanah marahkan PAS?

Tapi sebenarnya..........padan muka PKR atau padan muka Azmin?
Itulah jadinya bila berbudi kepada yang jenis tamak dan tak sedar diri, menyakitkan kepala!
Kesian.........Azmin ingat PAS adalah jenis yang boleh dibuat kawan

SUNDAY, NOVEMBER 29, 2015
PKR perlu berani meninggalkan Pakatan Harapan, kata PAS

Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali menegaskan bahawa matlamat Pakatan Harapan bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) ialah pertandingan satu lawan satu dan pertikaian dalam gabungan itu perlu diselesaikan.

Azmin berkata demikian ketika mengulas kenyataan pemimpin PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri yang menuntut PKR tidak membenarkan Parti Amanah Negara (PAN) untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang. Baca lagi di sini

Komen al-husseyn :

Persoalannya, mampukah Azmin membendung nafsu serakah PAS yang mahu bertanding di semua kerusi melawan UMNO dan BN dan menafikan hak demokratik AMANAH untuk bertanding sama?

Malah PAS pernah menyatakan akan meletakan calon dari DHPP untuk lawan kerusi yang dimenangi DAP! 

Sikap PAS ini sangat pelik bila mana dia menganggap AMANAH sebagai pengkhianat dan lebih jahat dari musuh (Umno) dan perlu dihapuskan. 

PAS yang semakin mesra berpeluk dengan Umno tapi mahu melawan Umno hanyalah semata-mata bertujuan untuk menaikkan 'harga diri' mereka dalam perundingan dengan Umno. 

PAS di waktu kemundurannya dahulu sebelum bersama Pakatan Rakyat, sebelah mata pun Umno tak pandang! 

Tapi bila PAS mula mengecap sedikit kejayaan bersama PR, mulalah Umno mengenyit mata menjadikan PAS lupa diri hingga sanggup merobohkan tangga yang dibina bersama dengan PR untuk naik; semata-mata akibat tergoda dengan mainan Umno yang kononnya akan membantu PAS melaksanakan Hudud. 

Semua kita tahu Hudud yang dikatakan itu hanyalah alat untuk melingkupkan Pakatan Rakyat. 

Setelah PR lingkup, Hudud pun senyap ikut sama lingkup!  Setelah PR sudah tiada, apa lagi yang mahu diharapkan untuk duduk dan berbincang?


Jangan mimpilah untuk menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) secara pertandingan satu lawan satu. Waima ketika PR dulu pun PAS mengkhianati konsensus yang di capai hingga berlakunya petandingan tiga penjuru yang telah menghadiahkan kemenangan kepada Umno dibeberapa kawasan. 

PAS sebenarnya bukan musuh Umno/BN. Musuh PAS ialah DAP dan AMANAH , sebab itu PAS siang malam kerjanya hanya menyerang DAP dan AMANAH. 

PAS benar-benar mengambil alih kerjabuat Umno  yang dulunya hanya Umno yang buat. 

PAS semakin angkuh mendabik dada yang ianya semakin kuat dan menggesa PKR supaya memilih PAS sebagai rakan dan meninggalkan Pakatan Harapan jika mahu bersama PAS.
"PKR perlu berani meninggalkan Pakatan Harapan. PAS tidak akan berundur. PKR perlu memilih. Jika mahukan Pakatan Harapan tidak perlu bersama dengan PAS." Begitulah kata dua yang diberikan Khairuddin at-Takiri melalui status fesbuknya yang dimuatnaik malam tadi. 

Beliau mengingatkan PKR bahawa PAS lebih diperlukan dalam konteks pilihanraya dan undi berbanding DAP atau PAN kerana mempunyai jentera kerja yang ramai dan kuat!

"Hakikat yang mesti diperakui oleh PKR ialah mereka bertanding pada Pru ke 12 dan 13 dengan pergantungan besar kepada jentera PAS." 

Beliau merujuk kepada PRK Kajang yang kononnya jentera PASlah yang menjadi nadi gerak kerja bagi mendapat sokongan masyarakat Melayu dan Islam.  

Malah beliau dengan sinis menempelak PKR yang dianggap tidak mempunyai penyokong teras dengan berkata, "Kalau DAP teras sokongannya adalah masyarakat cina, PAS pula masyarakat Melayu dan Islam maka apakah pula undi teras PKR?" - sumber

# Aku tambah: 

Pada aku, sebenarnya hasrat PAS ialah berlaku pertandingan tiga penjuru atau lebih suapaya BN memenanginya...........kalau dengan mudah lagi bagus bagi PAS

Dan di Kelantan juga Dato' Pa dah pasang angan di sini dan ianya tidak mustahil dengan bantuan PAS (pertandingan tiga penjuru atau lebih)

Kat bawah ni juga berita Amanah marahkan PAS yang memperkudakan PKR.
Pada aku buat Amanah nak marah.......biarkanlah
Hanya yang bodoh, lemah dan terdesak saja yang sanggup jadi kuda dan diperkudakan!


Amanah bantah usaha Pas kudakan PKR

 | November 29, 2015
Kebersamaan semua parti dalam Pakatan Harapan dalam menyokong sasaran satu lawan satu mampu mencapai matlamat untuk melihat era pemerintahan UMNO-BN berakhir
khalid-samad,pas,pkr
PETALING JAYA: Parti Amanah Negara (Amanah) membantah langkah Pas yang mahu memperkudakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) semasa pertandingan pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14).
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Abd Samad berkata, Pas harus faham bahawa semua parti termasuk Amanah berhak untuk bertanding di mana-mana kawasan ketika PRU-14 nanti.
Katanya, kebersamaan Amanah dengan Pakatan Harapan bukan kerana parti itu tidak mampu bersendirian tetapi atas kesedaran akan tanggungjawabnya terhadap rakyat yang ingin melihat kekuatan semua parti pembangkang digemblengkan dalam usaha bersama untuk menjatuhkan UMNO dan Barisan Nasional (BN).
“Sikap parokial, tertutup dan anti-demokratik Pas seperti ini adalah antara sebab Amanah ditubuhkan.
“Amanah dengan ini mengesyorkan supaya semua pihak menyokong penuh usaha menjamin satu lawan satu pada PRU-14 sambil mengiktiraf kekuatan dan hak masing-masing,” katanya menerusi kenyataan pada Ahad.
Dalam perkembangan lain, Khalid mengingatkan agar parti-parti dalam Pakatan Harapan mempersetujui sasaran satu lawan satu dalam pertandingan merebut kerusi pada PRU-14.
Katanya, langkah itu bagi mengelak daripada berulangnya pengalaman yang pernah dilalui semasa PRU-13.
“Seperti mana sedia maklum, satu lawan satu walaupun dipersetujui semasa PRU ke-13, khususnya di semenanjung, tetapi, ada juga yang telah engkar dengan apa yang telah dipersetujui bersama.
“Akhirnya, calon UMNO-BN telah menang di kerusi-kerusi berkenaan,” ujarnya.
Khalid menaruh keyakinan bahawa, sekiranya sasaran satu lawan satu itu dilakukan maka matlamat untuk melihat era pemerintahan UMNO dan BN berakhir akan tercapai.

6 comments:

  1. Dari dulu dah cakap, UG memang wujud tetapi ahli2 Pas degil dan lembap. Azmin pulak keras kepala. Skrg bersedialah utk hilang klantan dan selangor. Politik Pas la ni memang teruk....

    ReplyDelete
  2. Semlm sempena perasmian wisma amanah, saya telah memohon menjadi ahli amanah yg mana is bermaksud keahlian dlm keadilan saya gugur secara automatik..saya berbuat demikian kerana perangai kartel timb presiden..

    ReplyDelete
  3. PAS pengkhianat Pakatan Rakyat. Nak selamatkan PAS Hadi mesti letak jawatan. Dia punca segalanya rakyat meninggalkan PAS.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hadi letak jawatan, pru14 aku tetap takkan beri undi pada PAS. Kau dah lupa 80% ahli PAS meredhai kezaliman Hadi dalam memfitnah ahli2 profesional PAS. Mana mungkin beri undi kepada parti yang ahli2nya terdiri dari orang2 yang zalim.

      Delete
  4. Buang azmin...buang pas...baru pakatan harapan hidup

    ReplyDelete
  5. Kata2 yg sggh angkuh. Klau PKR ada maruah PKR prlu berbuat sesuatu. singkirkn pas & azmin. Fullstop

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa