Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 29, 2015

Parti-Parti politik di Malaysia telah mencapai tahap TEPU kemampuannya?

Parti-Parti politik di Malaysia telah mencapai tahap TEPU kemampuannya. REVOLUSI pemikiran ahli-ahli parti politik masih tidak membawa banyak perubahan kepada tahap daya fikir.

PERPECAHAN telah melanda kepada semua parti politik yg ada kecuali PARTI AMANAH NEGARA yg sedang membina kekuatannya dan menempatkan diri ditengah masyarakat dan rakyat.

Bagi penyokong dan pendokong PAS atau UMNO,langkah yg diambil oleh kedua-dua parti ini dalam menangani krisis KEYAKINAN YG DIALAMI,boleh dikatakan SERUPA dan SEJIWA cara menangganinya. Umno menghalang proses demokrasi untuk ahli-ahlinya bersuara dengan pelbagai UGUTAN sehingga kepada TAHAP membuang keahlian. PAS pula melakukan hal yg hampir sama tetapi dalam bentuk yg lberbeza iaitu MELABELKAN,MENGHALAU DAN MENCABAR AGAR DITUBUH WADAH BARU.  Cerca hina diluah dan dilabelkan kepada yg mengur dan juga kepada golongan yg tidak menjadi POKKO ANGGUK,sehingga ke peringkat MENGHANTAR ahlinya ke neraka!

Tindakan sebegini tidak lebih dari bertujuan mengekalkan ahli-ahlinya dalam ruang lingkup pemikiran yg JUMUD dan tidak merdeka mindanya. UMNO TAKUT ahlinya cerdik,PAS takut ahlinya SEDAR!

Menegur atau menyentuh mana-mana hal yg melibatkan kedua-dua Presiden PAS dan UMNO seolah-olah BERDOSA dan perlu dihukum sekalipun sekadar TEGURAN kearah kebaikkan. 

Seharusnya.....Kedua-kedua parti ini yg berada diperingkat menunggu HARI BAHAGIA perlu diajar oleh pengundi di PRU14 nanti. Kedua-kedua parti ini perlu diajar atas kerakusan perbuatan mereka yg seolah-olah MAKSUM BELAKA DENGAN member hadiah "KEKALAHAN" . PENENTUNYA ADALAH PENGUNDI BUKAN AHLINYA,KALAHKAN KEDUA-DUA PARTI INI,BIAR MEREKA BELAJAR KEMBALI......APA ITU NILAI SUARA RAKYAT!. Beri peluang kepada kedua-dua ROMEO DAN JULIE INI kenal dan rasa betapa peritnya erti kekalahan. Berilah mereka peluang merasainya!

KESOMBONGAN DAN KEANGKUHAN KEDUA-DUA PARTI INI PERLU DISEDARKAN dengan menghadiahkan kekalahan disemua kawasan DUN dan PARLIMEN. Biar mereka tahu bahawa kita pengundi telah MELUAT dengan kerenah politik dan kezaliman mereka dalam menanggani suasana.

###"PAKATAN HARAPAN ADALAH ALTERNATIF YG PERLU DISOKONG DAN DIMENANGKAN DI PRU14 AGAR ADIL DAN DAMAINYA MALAYSIA DAPAT RAKYAT MALAYSIA NIKMATI"

NYAMUK MENGIGIT

2 comments:

  1. Hanya DAP, PAN dan PKR yang tak tepu, Pakatan Harapan namanya. Prinsip perjuangan yang belum jelas tapi berangan nak ambil putrajaya. Harapan untuk DAP meneruskan agenda kafir dibantu oleh pak angguk amanah yang tidak amanah sebenarnya. Patut ke kita menyokong Pakatan Harapan yang rata-rata dianggotai oleh manusia yang bermasalah? Cukuplah.

    ReplyDelete
  2. Ya betul...seperti yang diakui. Hanya DAP PAN dan PKR tidak tepu... Teruskan perjuangan..Pengundi PAS boleh beralih kepada PH, matlamat hanya satu..tumbangkan BN.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa