Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 25, 2015

Pembunuhan Kevin Morais: Penamatnya bukan di situ rupanya........

'Abang beri saya maklumat siasatan individu berpengaruh'

Koh Jun Lin


Adik lelaki Timbalan Pendakwa Raya Anthony Kevin Morais yang mati dibunuh, Charles Suresh Morais, mendakwa bahawa beliau memiliki pen drive yang diberi oleh abangnya sebelum beliau menghilangkan diri.
"Ia kini selamat di Amerika Syarikat bersama seseorang yang diarah mendedahkan kandungannya kepada umum sekiranya sesuatu yang tidak diingini berlaku kepada saya berhubung akuan sumpah berkanun ini.
"Kandungan pen drive itu dengan jelas dan tanpa ragu-ragu mendedahkan bahawa Kevin telah diarahkan melakukan sesuatu sebelum kematiannya yang dikaitkan dengan seseorang personaliti yang berkuasa di Malaysia," kata Charles dalam akuan sumpah berkanun hari ini.
Menurut Charles, abangnya memberitahunya pada Ogos lalu bahawa beliau akan mengirimkan sesuatu kepadanya. Pendrive itu tiba pada Oktober.
Mayat timbalan pendakwa raya itu ditemui dalam tong berisi konkrit di Subang Jaya, Selangor pada bulan September.
Charles hari ini membacakan sebahagian daripada SDnya pada sidang media di pejabat peguamnya Americk Sidhu, di Kuala Lumpur, hari ini.
Katanya, Kevin sebelum dilaporkan hilang sedang dalam proses menyiapkan kertas pertuduhan itu, ketika bertugas di Jabatan Peguam Negara.
Beliau juga mendakwa bahawa adiknya, Datuk Richard Morais, juga bersekongkol dengan ‘seseorang’ yang mengawal “permainan” yang membabitkan pembunuhan Kevin.
Dakwanya, atas alasan itu, Richard menuntut jasad Kevin daripada rumah mayat pada hari yang sama beliau memfailkan permohonan kepada mahkamah untuk membuat bedah siasat kali kedua.

2 comments:

  1. Siapa lagi orang yg dimaksudkan paling berkuasa di Malaysia.tak sabor nak tunggu episode seterus nyee

    ReplyDelete
  2. kalau betul boleh harap kah penyimpan tu
    walau di us australia singa4 ka ini negara memang suka kes macam ni
    jadi umpan untuk dapat sesuatu
    tidak menggemparkan lagi kes kes macam ni
    tak samapi ke mana pun
    pastikan pru14 bukan bn

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa