Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, November 27, 2015

Pendedahan terbaru kes bunuh Kevin Morais: Apakah motifnya?

Apa motif pendedahan terbaru kes bunuh Kevin Morais?

November 27, 2015
Kes pembunuhan Timbalan Pengarah Ketua Bahagian Bicara dan Rayuan, Jabatan Peguam Negara mendiang Anthony Kevin Morais kini memasuki fasa baru.
COMMENT
kelvin2
Setelah hampir dua bulan berita mengenai pembunuhan Kevin sepi tidak dilapor oleh media susulan kejayaan Polis Diraja Malaysia dalam menyelesaikan kes itu, negara tiba-tiba digemparkan kembali dengan pendedahan yang dibuat oleh adik mendiang, Charles Suresh Morais apabila mengaitkan seorang personaliti politik ternama kerajaan bersama isterinya di dalam kes pembunuhan abangnya itu.
Meskipun, teka-teki mengenai pembunuhan Kevin itu telah terjawab apabila polis mengesahkan bahawa kematiannya didalangi seorang bekas doktor tentera dan beberapa individu lain, namun, pendedahan terbaru daripada adik mendiang itu telah menimbulkan spekulasi baru.
Jika benar dakwaan yang dibuat oleh Charles itu, kes kematian Kevin akan terus berlarutan dan pastinya menjadi tajuk paling hangat dalam laporan berita media atas talian, cetak mahupun elektronik.
Apa pun, semua itu bergantung kepada kerjasama yang harus diberikan oleh Charles kepada pihak berkuasa kerana padanya terdapat rahsia yang boleh menjawab satu persatu kes pembunuhan Kevin itu.
Terdahulu, Charles telah membuat pendedahan kepada media pada Rabu apabila menyatakan menerusi akuan bersumpah bahawa abangnya telah dibunuh ekoran melakukan siasatan membabitkan seorang pemimpin tertinggi kerajaan bersama isterinya.
Dakwanya Kevin telah menceritakan mengenai perihal berkenaan ketika mereka berbual menerusi telefon tiga bulan sebelum mendiang meninggal dunia.
Pendedahan Charles kepada media mengenai perkara itu telah menarik perhatian Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar apabila mahu dia bekerjasama dengan pihak polis tanpa menyembunyikan maklumat yang dimiliki.
Perkara sama turut dibangkitkan oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Nur Jazlan Mohamad yang mahu supaya Charles membuat laporan polis terlebih dahulu sebelum membuat tuduhan melulu terhadap individu-individu seperti yang didakwa.
Charles harus memberikan pemacu USB yang ada padanya kepada pihak polis untuk disiasat terlebih dahulu bagi mencari kesahihan dakwaannya itu.
Langkah itu perlu dilakukan kerana jika dia tidak berbuat demikian pendedahan yang dibuat sebelum ini akan lenyap atau mungkin akan bertambah panas lagi apabila ia sampai ke tangan pihak-pihak berkepentingan.
Sungguhpun begitu, sesuatu yang menimbulkan persoalan dalam hal ini ialah mengapa mendiang yang merupakan seorang yang tahu tentang selok-belok undang boleh menyerahkan maklumat yang dimiliki kepada adiknya yang merupakan orang awam.
Bukankah mendiang sepatutnya menyimpan rahsia yang ada padanya daripada pengetahuan umum meskipun ahli keluarganya sendiri?
Apakah motif dan kewajaran mendiang berbuat demikian hingga menimbulkan tanda tanya kepada umum ekoran dirinya yang merupakan seorang penegak undang-undang dan pencari kebenaran?
Semua itu hanya akan terjawab berdasarkan siasatan oleh pihak berkuasa dengan kerjasama daripada Charles, individu yang kini menjadi tumpuan dalam siri terbaru kes pembunuhan Kevin Morais.
Mayat Kevin sebelum ini telah ditemui di dalam tong dram berisi konkrit di satu kawasan di Subang Jaya pada 16 September lalu selepas suspek yang terlibat dengan pembunuhannya menunjukkan tempat mereka membuang mayat mendiang.
Mayat yang sudah berbau itu dicampak ke dalam parit yang tersumbat dan pasukan mencari terpaksa menggunakan teknik menyelam untuk mengeluarkan mayat mendiang.

Berkaitan:  Morais brothers at each other’s throats over Kevin’s murder

1 comment:

  1. Dulu pita video DP Vijay dihanguskan oleh polis atau Peguam Negara, hanya untuk menutup pekung pemimpin BN. Tetapi mujurlah Karpal Singh pandai menggunakan helah, maka kantoilah juga Si Vijay. Masihkah kau ingat, pada waktu itu?

    Mayat Kevin pula dicampakkan sebegitu gaya, di kawasan parlimen mana? Yang pastinya bukan di kawasan parlimen Permatang Pauh, kannn. Ehh...macam ada sesuatu kaitanlah! Tak paham lagi? Lantak komer le...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa