Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 24, 2015

Tahu pulak marah orang bila PAS dilabel.......

Mohd Amar: 'Gentleman'lah sikit AMANAH...
Shakira Buang - 

Parti Amanah Negara (AMANAH) disarankan agar bersikap ‘gentleman’ dan tidak sesuka hati melabel PAS mempunyai ciri-ciri rangkaian pengganas Negara Islam (IS), kata Datuk Mohd Amar Abdullah.
"Dia (AMANAH) tak boleh ambil orang bawah cakap (dan kata) itu IS itu IS. Nanti saya kata dia sekular macam mana? Kalau nak melabel kita jangan begitulah.
"Kena bersikap gentleman... Jangan nak melabel orang dan jangan ambil kira semua orang bercakap.
"Kalau ada pengaruh IS kenapa dulu dia terima bai'ah?" kata naib presiden PAS itu dalam sidang media di ibu pejabat PAS, hari ini.
Naib Presiden AMANAH Datuk Dr Mujahdi Yusof hari ini mendakwa anggota parti itu menjadi mangsa kepada ‘tindakan melampau’ ahli-ahli dan penyokong PAS.
Bercakap pada sidang media di Parlimen, MP Parit Buntar itu menyamakan tindakan mereka sama seperti ciri-ciri rangkaian pengganas IS.
Mujahid turut berkata anggota AMANAH dimaki hamun secara lisan dan juga di laman Facebook pada setiap hari.
Justeru, Mohd Amar yang juga timbalan pesuruhjaya PAS Kelantan mahu perkara itu dibuktikan terlebih dahulu sebelum tuduhan dibuat.
“Kalau kata ada (unsur) IS, sebab apa bukti IS nya? soal timbalan menteri besar Kelantan itu.
Mohd Amar turut mempersoalkan mengapa isu bai'ah talak dibangkitkan kini sedangkan ia adalah hak parti yang dipersetujui bersama oleh kepimpinan PAS.
"Kalau dia (Mujahid) kata benda ini tak betul, dia sebahagian daripada perkara yang tak betul.
"Tak patut dia buat macam tu. Sepatutnya masa itu dia kena bahas, bangkang. Bukan senyap.
"Jadi kenapa sekarang bila dah keluar baru hendak bangkitkan? soal Mohd Amar lagi.
Mengulas tindakan PAS dan AMANAH seolah-olah saling berbalas serangan, Nik Amar menegaskan ia adalah tindak balas daripada kenyataan parti serpihan PAS itu dan memberi penjelasan supay rakyat tidak keliru.
"Kita (berpendapat) lebih sekadar tindak balas, kita tak mulakan. Kita menjelaskan keadaan, bukan tujuan kita serang dia. Kena jelas tentang itu.
"Apa-apa kita buat ini tindak balas (kenyataan AMANAH). Penjelasan pada isu yang dibangkitkan.
"Sebab sebahagian dari pimpinan AMANAH ini suka sebarkan benda tak betul, sebarkan maklumat salah pada masyarakat," kata Mohd Amar.
Mengulas mengenai usaha mendamaikan kedua-dua parti ini Nik Amar berkata tidak ada apa lagi yang boleh dibuat.
"Usaha dah dibuat sebelum AMANAH dibentuk supaya tidak berlaku perpecahan, tapi dia tak dapat terima.
"Jadi kita kena terima sahajalah. Nak buat macam mana," kata Nik Amar dalam nada kesal.

13 comments:

  1. Bagi jer Nik Amar merapu tak lama lagi melepas laa kerusi TMB...

    ReplyDelete
  2. Dah tau dah,klu dia org yg buat semua halal tp bila buat pd dia terus keluar haram kapir barua tolol babi dsb....dulu mmg terima pas tp sejak ada saf baru ni n peel makin karut la pas kena kata mcm tu.lg pun dulu puak ni tak balun balak lg

    ReplyDelete
  3. In syaa Allah.. Ni kali terakhir pas di kelate... Xda pa dah lepas ni....tunggu nik amar masuk amno plk...

    ReplyDelete
  4. Lembu nfd dah terlepas tak de cerita ke tuan bloq.asyik kutuk pas sj lembu lembu dah terlepas pula.dengar dengar dap pun berantakan juga gara gara keluarga lim gila kuasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. La bro sama juga parti lu Pas pis pus..anak menantu dok meroyan pagi petang.

      Delete
  5. semasa aruah tgna masih ada. tak pernah perkara sebegini berlaku..selepas tiadanya dia.masing2 tunjuk perangai sebenar..meluat sesangat sekarang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa arwah tgna hidup mana ada dia ajar org supaya dgn muka selamba langgar sumpah baiah dan harta wakaf..

      Delete
  6. Kalau dapat jangan.lepas dulu kerusi budak nie.. gaji kan.baru.nak.naik.. so rugilah nanti kan kan kan cam tu bro Nik..hehe

    ReplyDelete
  7. Alhamdulillah.. ahli2 pas berjaya mempertahankan TGHH yg dikasihi..

    ReplyDelete
  8. Bila kena taruk kau kau, mintak gentlemen pulak..masa dia tak bersikap gentlemen kira tuntutan ugama. Bro, baru 2-0 belum habis separuh masa pertama dah x hendak main, ambek bola bawak balek. Tak rugged la mcm tu bro.

    ReplyDelete
  9. Den masih lagi menunggu perishtiharan perang oleh Nik Amar keatas UMNO apabila Jamil Khir dengan tegasnya mengatakan bahawa tak pernah ada keputusan atau rundingan untuk membawa RUU Hadi ke Parlimen untuk dibentangkan. So apa lagi Nik Amar, kata nak perang habis2an tapi kebelakangan PAS bukan aje tak nak perang UMNO malah dok kenyit2 mata dan cuba mengurat UMNO pulak lagi. Ni tentera Islam ke janda gian? Tentera kerjanya dok bersedia untuk menghadapi musuh dan lawan. Hanya janda gian kerjanya kenyit2 mata, tawarkan khidmat dan nasihat dan puuk rayu serta memberikan kata2 semangat. Dari gaya PAS sekarang ni, agak2nya tentera ke janda? Rakyat kat luar dengan jelas dapat melihat kelakuan gedik dan merenyam PAS ni tapi walaun2 je yang masih lagi mimpi yang PAS ni adalah tentera yang tak terkalah! Auwww! Baru je UMNO balas kenyit, terus jadi angau!

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  10. Kalau I cakap u kuat merembat balak itu maknanya I tak gentleman juga ke? Kalau I cakap u hidup bermewah-mewahan dengan kereta mewah rumah besar, itu tandanya I tak sporting ke....janganlah memalukan songkok atas kepala tu....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cubalah buat ulasan yg mempunyai bukti.. tapi x de buktikan?. kalau ada bukti pasti husam dah buat repot.. x de lah dia nk nak gertak sana sini mcm budak2.. sekarang dia pun dah senyap.. mana boleh yg batil lawan yg haq..

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa