“Menteri makan sampai perut pecah. Mana lapar!”
Bekas pemimpin pelajar selar sikap menteri Kabinet saran mahasiswa bekerja bagi menanggung kehidupan.
PETALING JAYA: Bekas pemimpin pelajar Universiti Malaya (UM) menyindir menteri Kabinet yang menyarankan pelajar universiti bekerja untuk menampung kehidupan.
Fahmi Zainol berkata, saranan menteri Kabinet itu adalah tidak masuk akal berbanding teguran yang pernah dibuat suatu ketika dahulu, yang mengatakan tugas mahasiswa adalah untuk belajar sahaja.
“Dahulu apabila mahasiswa berdemonstrasi, dikatakan tugas mahasiswa hanya untuk belajar. Sekarang? Suruh bekerja? Kenapa tak cakap peranan mahasiswa hanya fokus belajar dan mana boleh bekerja?
“Dilema mahasiswa sekarang ini, kerajaan tidak menjalankan tanggungjawab asas mereka iaitu menyediakan pendidikan, kebajikan, keselamatan dan kesihatan buat rakyat. Akhirnya mahasiswa dipersalahkan,” katanya menerusi akaun Facebook beliau, semalam.
Fahmi berkata, menteri Kabinet bersikap tidak adil terhadap pelajar universiti termasuk yang menerima biasiswa.
Katanya, biasiswa seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) tidak pernah naik sejak 10 tahun lalu sedangkan gaji Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dan ahli Parlimen menerima kenaikan baru-baru ini.
“Korang (Kamu) menteri tak apalah, makan sampai perut pecah. Mana pernah rasa lapar. Aku bagi analogi mudah saja, biasiswa JPA hampir 10 tahun tak pernah naik-naik, tapi harga teh ais , nasi lemak, teh oh ais dan maggi naik dalam tempoh 10 tahun.
“Dalam tempoh 10 tahun kebelakangan ini pun gaji ahli Parlimen dan ADUN naik. Malah belanjawan pendidikan 2016 pula dipotong? Di mana kesaksamaannya?” katanya.
Akibat segala para haramjadah jadi menteri ! ABU !
ReplyDeleteKerana najib setitik
DeleteHabis rosak umno sebelangga
Kalau susu dah rosak seharusnya di buang sahaja.
Menteri yg tak berotak dipilih utk jaga ketua yg tak berotak..bukan jaga rakyat.
ReplyDeleteDah bebudak bahalol di sokong bangsa bangsa bahalol makin menjafi jadi lah LAHAP nya
ReplyDeleteJangan salah kan CINA INDIA
Tak kan nak harap cukai nasi lemak kampong bayar gaji pencen pon
Kepsla Otak saja
Bila para menteri masa ini bercakap,.memang tak serupa bikin, hanya lepas kan batuk ditangga, sekadar memaksa diri untuk bercakap tanpa apa2 fakta,.Bosannnn,.
ReplyDeleteYg berlapar tu semua anak pembangkang.. sbb tu menteri buat tak kisah ja. Anak macai yg mengundi BN mak bapak dorang duit banyak... minggu-minggu hantar duit belanja sbb dapat BR1M. Rasanya duit BR1M 3 dua tahun lepas pun lom habis belanja sbb terlampau banyak. Nanti dpt lagi. ... menteri boddo terlahir oleh pengundi yg bangang bengong bingai boddo!
ReplyDelete