Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 15, 2016

DAP pun ikut rentak biul?

DAP Sahut Cabaran PAS Untuk "Berperang"

Kami pun sedia ‘berperang’ dengan Pas 

SHAH ALAM – DAP Selangor menyahut baik cabaran Pas untuk ‘berperang’ setelah Pas mengumumkan DAP merupakan musuh terbaharu mereka selain Umno. 

Menegaskan perkara tersebut, Naib Pengerusi DAP Selangor, Datuk Teng Chang Khim, berkata, Pas boleh meneruskan niat tersebut. 

“Itu memang keadaan yang sebenar. Apabila orang dah isytihar perang...kita terpaksa perang. Orang isytihar, kita sambut. 

"Apabila ada pengisytiharan musuh, kita kena sahut. Jadi kalau nak lawan, lawan la...,” katanya kepada Sinar Harian ketika mengulas kenyataan Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad susulan dakwaan beliau DAP bakal bertanding kerusi milik Pas pada PRU akan datang. 

Selain itu, Adun Sungai Pinang itu juga menjawab kepada kenyataan Iskandar bahawa DAP merupakan musuh baharu Pas selain Umno setelah DAP mengumumkan akan meletakkan calon pada pilhan raya akan datang. 

Beliau ditemui selepas hadir ke istiadat Angkat Sumpah Pengurniaan Watikah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor, Orang Besar Kuala Langat, Ketua Pendaftar Perkahwinan Penceraian dan Rujuk Orang Islam di Istana Bukit Kayangan, semalam. 

Iskandar dalam satu kenyataan semalam menjelaskan DAP masih rakan kerjasama Pas dalam pentadbiran Kerajaan Selangor namun jalinan itu akan luput menjelang PRU14 akan datang. 

Iskandar berkata, Pas masih meneruskan kerjasama dengan DAP dalam urus tadbir kerajaan negeri sehinggalah PRU14 memandangkan ‘musuh baharu’ itu bakal mencabar kerusi milik Pas. -SH 

DAP hanya jadi musuh Pas pada PRU14

SHAH ALAM – DAP masih rakan kerjasama Pas dalam pentadbiran Kerajaan Selangor namun jalinan itu akan luput menjelang PRU 14 akan datang. 

Pesuruhjaya Pas Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad berkata, Pas masih meneruskan kerjasama dengan DAP dalam urus tadbir kerajaan negeri sehinggalah PRU14 memandangkan 'musuh baharu' itu bakal mencabar kerusi milik Pas. 

"DAP nak bertanding kerusi Pas pada PRU14, itulah ancaman baharu buat kita. Sebelum ini bersama dalam PR...kini tidak lagi. 

"Tetapi sekarang ini belum lagi PRU14.. jadi pentadbiran kerajaan negeri berjalan seperti biasa," katanya ketika ditemui di Istana Bukit Kayangan di sini, hari ini 

Beliau yang juga Naib Presiden Pas menegaskan bahawa pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor masih diuruskan oleh Pas, PKR dan DAP sehinggalah menjelang pilihan raya akan datang. 

Semalam, beliau dalam ucapan sempena Ijtima Pilihan Raya Selangor memaklumkan Pas Selangor bakal berdepan ancaman baharu apabila lapan kerusi milik mereka bukan sahaja direbut Umno malah turut diintai bekas rakan sekutu, DAP pada PRU14. 

Iskandar berkata, Pas Selangor juga sedang mempertimbangkan akan menambah lima lagi kerusi untuk dicabar pada pilihan raya akan datang yang dijangka pada Mac 2017. -SH


ULASAN GB 

Kini, PAS mengisytiharkan DAP musuh utamanya di dalam PRU14 yang sebelum PAS juga mengisytihar AMANAH sebagai musuh baharu mereka. 

Di tarik kain ke bawah terdedah di atas, di tarik kain ke atas, terdedah yang di bawah. 

DI dalam proses demokrasi sepatutnya tidak perlu kita isytihar-mengisytihar "siapa musuh". Kerana semua bebas untuk bertanding. Kecuali apabila sudah ada permuafatan seperti yang dilakukan oleh Pakatan Harapan dimana telah wujud persafahaman dan perjanjian untuk saling hormat-menghormati di kalangan parti komponen di dalam pakatan tersebut. 

Sampai bilakah PAS mahu ikut rentak tari UMNO menghidupkan api perkauman demi untuk mengekalkan kuasa? 

PAS ingin bersendirian. Kita menghormati keputusan mereka. Tetapi PAS perlu ingat bahawa saingan sebenar pilihanraya yang akan datang ialah diantara BN dan PH. 

Sikap "recalcitrant" dan "selfish" PAS itu akan merugikan parti sendiri. 

Kita sama-sama tunggu dan lihat dan membiarkan hukum kebenaran dan keadilan berjalan dengan sendiri. - GB

7 comments:

  1. Itulah ISLAM yg PAS diajar selama ni..mungkir janji, nak bergaduh dgn istihar perang. Amanah ajak berbincang dia nak berperang, bila PAS yg mulakan dgn umum akan tanding semua kerusi DAP, DAP balas balik nak bertanding kerusi hanya di Selangor dah PAS ajak berperang..ISLAM apa yg PAS bawa ni..ni dah mcm parti samseng je.ISLAM anjurkn dakwah..ISLAM bukan betkembang dgn berperang, itu last solution.

    ReplyDelete
  2. musuh utama adalah munafik kapir dah terang
    bahaya ancaman munafik

    ReplyDelete
  3. PAS selesa bersendirian kerana x perlu lg cuba dikawal oleh DAP.. Lagipun ini yg ahli dan rakyat mahu terutamanya rakyat yg beragama Islam dan jg bukan Islam yg memahami bhw hudud itu ajaran Islam maknanya mereka perlu menghormatinya... Ingat bukan Islam semua mcm DAP ke?..

    ReplyDelete
  4. An Anon... umno nak hudud ke? cer citer... ko sembang pong-pang pong-pang tapi isi tak ada. tak ubah macam tong kosong.

    ReplyDelete
  5. Saat ini PAS wajar segera mengkordinat identiti luaran dan dalaman-nya. Saat ini semua berbalam-balam. Syok sendiri dan emosi tidak perlu. Apa perlu isytihar perang jika telah nyata? Apa perlu berkerjasama jika berbeza dasar dan prinsip? Berkerjalah secara cerdas. Rangka-lah kesegaran. Bantulah diri sendiri dulu, jangan asyik bergolek ke semua arah. Asyik melukut mengikut tempo asing lagi diluar kawalan. Sekali lagi saya katakan anda bermain bola di padang, saya sebagai penonton diizinkan memerhati, meneliti; moga ada pertautan antara kita, jika anda PAS memberikan kesegaran. Wallahhuallam.

    ReplyDelete
  6. Umno bkn munafik vker...pandai sudah...jgn pandai sgt...umno itu dajal asia

    ReplyDelete
  7. Pas selesa sendiri?? Walaun ni cakap ke betul2. Jgn byk korner baring. Pas da putus dgn dap. Yg berpakat dgn dap jd kjaan selangor apa kejadah bro? Jadi exco, exec. Glc din ayam apa hal? Pls la jgn auta. Ulamak pun auta ke? So siapa munafik? Pas dah istihar perang dgn dap. So kena keluar drp kjaan selangor. Apa tunggu lagi? Haram pakat dgn dap. Jadi elaun pun haram le. Ulamak chai tk bole pikir ke?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa