Agus: Salahkah saya menyokong TPP?
PROF. MADYA, DATUK DR MOHAMMAD AGUS YUSOFF
19 JANUARI 2016
PADA 5 Oktober 2015, rundingan TPP dimuktamadkan di Atlanta AS. Pada 5 November 2015, teks TPP didedahkan kepada umum. Dan pada 3 Disember 2015, kajian kes manfaat TPP didedahkan kepada umum.
Teks lengkap TPP mengandungi 6350 halaman dan 4 annexes. Sejak pendedahan lengkap dokumen TPP, masih ramai rakyat yang sangsi dengan TPP ini, masih ramai yang tidak bersetuju dan membantahnya.
Alasan mereka ialah:
i. TPP sama macam GST yang akhirnya mungkin baik untuk pendapatan negara, tetapi membebankan rakyat.
ii. Kos perubatan naik kesan kawalan terhadap paten dan akses kepada ubatan generik.
iii. Hasil eksport berkurangan kerana cukai eksport dimansuh.
iv. Syarikat kewangan asing bakal menguasai pasaran kewangan negara kerana mempunyai modal yang lebih besar.
v. Tenaga buruh dibanjiri oleh kepakaran luar dan tidak ada pemindahan teknologi
vi. Syarikat Bumiputera tidak mendapat apa-apa lagi kerana terpaksa bersaing dengan syarikat luar.
vii. Harta intelek dan akta hakcipta yang terlalu lama menghalang kreativiti dan inovasi rakyat.
viii. Undang-undang tempatan bakal runtuh apabila syarikat asing bebas memilih untuk dibicarakan di tribunal antarabangsa, bukan dengan undang-undang tempatan.
ix. Harga kereta, harga rumah dan kos barangan akan meningkat.
Saya juga dahulunya mempunyai sangkaan yang sedemikian. Bagaimana sekarang setelah meneliti dokumen TPP?
Bagaimana dengan kos ubat selepas TPP? Hal ini dinyatakan dalam Bab 18 Intellectual Property Rights.
Hasil semakan mendapati TPP memastikan akses perkhidmatan kesihatan dan ubatan pada harga berpatutan diteruskan.
Undang-undang negara memperuntukkan paten selama 20 tahun.
Penyertaan TPP tidak mengubah tempoh dan ciri-iri utama dasar perlindungan paten sedia ada. Ini bermakna ubat generik sedia ada juga boleh diteruskan.
Artikel 18.6(1a): Understandings Regarding Certain Public Health Measures menyatakan setiap negara yang menandatangani perjanjian ini mempunyai hak untuk menjaga dan melindungi kesihatan rakyatnya.
“(a) The obligations of this Chapter do not and should not prevent a Party from taking measures to protect public health. Accordingly, while reiterating their commitment to this Chapter, the Parties affirm that this Chapter can and should be interpreted and implemented in a manner supportive of each Party’s right to protect public health and, in particular, to promote access to medicines for all. Each Party has the right to determine what constitutes a national emergency or other circumstances of extreme urgency, it being understood that public health crises, including those relating to HIV/AIDS, tuberculosis, malaria and other epidemics, can represent a national emergency or other circumstances of extreme urgency.”
Bagaimana dengan kemudahan pelajar untuk salin foto buku? Artikel 18.66 TPP tidak menghalang hal ini selagi mana tujuan salin foto tersebut adalah untuk tujuan mengajar, penyelidikan dan belajar.
“Each Party shall endeavour to achieve an appropriate balance in its copyright and related rights system, among other things by means of limitations or exceptions that are consistent with Article 18.65 (Limitations and Exceptions), including those for the digital environment, giving due consideration to legitimate purposes such as, but not limited to: criticism; comment; news reporting; teaching, scholarship, research, and other similar purposes; and facilitating access to published works for persons who are blind, visually impaired or otherwise print disabled.”
Bagaimana dengan hak Bumiputera selepas TPP?
TPP memberikan pengecualian khas kepada Malaysia dalam hal ini di bawah Bab 15, Annex 15A Schedule of Malaysia. Annex ini memperuntukkan klausa khas untuk kita mengekalkan hak Bumiputera dan rakyat tempatan.
Jika ada syarikat luar yang mahu masuk bersaing, klausa ini membenarkan syarikat luar hanya boleh masuk bersaing dalam perolehan yang melebihi dari SDR1.5 juta. SDR ialah Special Drawing Rights atau RM5 bagi 1 SDR.
Bagaimana dengan peluang pekerjaan dan tenaga buruh rakyat tempatan? Ini diperuntukkan di Bab 19 TPPA. Bab ini menghormati hak-hak buruh dengan melarang buruh paksa dan buruh di bawah umur. Bab ini melindungi kesatuan kerja untuk mempertahankan hak-hak buruh.
Soal peluang pekerjaan, saya melihat TPP menyediakan persaingan, tetapi ini tidaklah sampai ke tahap menyekat peluang pekerjaan rakyat tempatan. Hanya sahaja untuk kita mendapat jawatan yang baik, kita perlu kompetitif dan berdaya saing.
Apakah TPP menjejaskan kedaulatan negara? TPP tidak melibatkan pindaan perlembagaan. Sekiranya kita tidak berpuas hati dengan perjalanan TPPA, terdapat Exit Clause dalam Bab 30 Final Provisions seperti berikut:
Article 30.6: Withdrawal
1. Any Party may withdraw from this Agreement by providing written notice of withdrawal to the Depositary. A withdrawing Party shall simultaneously notify the other Parties of its withdrawal through the contact points.
2. A withdrawal shall take effect six months after a Party provides written notice to the Depositary under paragraph 1, unless the Parties agree on a different period. If a Party withdraws, this Agreement shall remain in force for the remaining Parties.
Apakah harga kereta akan turun atau naik? Harga kereta bergantung kepada pasaran semasa. TPPA tidak menentukan dan memaksa harga kereta naaik atau turun. Ini boleh dilihat dalam Bab 2 National Treatment and Market Forces for Goods.
Bagaimana dengan hak negeri dan tanah yang menjadi bidang kuasa kerajaan negeri? Kuasa negeri kekal dan tidak terancam dengan perjanjian ini. Ini boleh dirujuk di Annex II Schedule of Malaysia: Non-Conforming Measures.
Bagaimana dengan ISDS? Tidakkah apabila berlaku pertikaian antara pelabur dengan negara, maka negara boleh disaman? Hal ini dinyatakan dalam Bab 9 Investment.
Realitinya memang boleh disaman. Tetapi soal ini bukan perkara baru. Sebelum ini kita telah terlibat dalam 74 FTA dan telah melalui proses saman menyaman ini.
Ini kerana semua negara yang terlibat dalam FTA akan tertakluk kepada Investment Guarantee Agreements dan Bilateral Investment Treaties.
Malaysia pernah menyaman dan disaman dalam kes MTD vs. Chile’s Government (keputusan Tribunal pada 21 Mei 2004), Telekom vs. Ghana Government (keputusan tribunal pada 18 Oktober 2004), dan Malaysian Historical Salvors vs. Malaysia Government (keputusan tribunal pada 21 Mei 2007).
Cara perbicaraannya adalah melalui International Center for Settlement of Investment Disputes.
Bagaimana dengan kedudukan Petronas dan Khazanah? Mengapa perlu kita meletakkan syarikat besar negara dalam bahaya untuk ditelan oleh gergasi besar?
Saya telah membaca peruntukan hal ini dalam Bab 17 TPP State-Owned Enterprises and Designated Monopolies.
Hasil semakan mendapati terdapat persaingan, tetapi bukanlah ke tahap yang membolehkan kita ditelan. Ia bergantung kepada cara pengurusan syarikat kita
Jadi, jika kita mahu mendapat keuntungan daripada TPP ini, kitalah yang perlu mengurus syarikat milik kita dengan baik, bukannya salah TPP.
Bagaimana dengan IKS? Tidakkah jika apabila barang Amerika dan negara lain boleh masuk, ia boleh melingkupkan IKS kita?
Peruntukan tentang IKS ini dimasukkan dalam Bab 24 on Small and Medium- Sized Enterprises. Dalam bab ini, ada dua komponen utama yang menunjukkan kelebihan kepada IKS ini.
Pertama, boleh meningkatkan jaringan perniagaan IKS dengan negara luar. Kedua, membolehkan IKS mendapatkan maklumat yang banyak tentang peluang perniagaan IKS di negara luar.
Soal IKS kita terhapus banyak bergantung kepada daya saing IKS kita. Tidak ada klausa yang saya nampak ada ancaman kepada IKS kita melainkan terdapat cabaran kepada IKS kita.
Bagaimana dengan duit pencen? Tidakkah nanti boleh dikebas oleh negara TPP? TPP tidak melibatkan dana awam dan kita berkecuali dalam hal ini.
Penjelasan saya di atas adalah berdasarkan kepada dokumen perjanjian yang ada.
Sama ada kesannya baik kepada rakyat dan negara atau sebaliknya, nasihat saya kepada kawan-kawan baca dan telitilah maklumat asli yang ada dihttp://fta.miti.gov.my/index.php/pages/view/tppa. Selepas itu buatlah penilaian.
Meneliti dokumen ini, ada dua kenyataan yang perlu saya buat.
Pertama, saya mengucapkan tahniah kepada pasukan TPP negara yang telah merundingi hal ini dengan baik.
Saya yakin ini bukan tugas yang mudah memandangkan selepas tulisan pertama saya pada tahun 2013, telah banyak perkara yang diperbaiki dalam TPP ini.
Ini termasuklah addendum khusus tentang Bumiputera, tanah Melayu, Petronas dan lainnya.
Kedua, setelah meneliti dokumen TPP, saya menyokongnya.
Saya menyokongnya kerana kita tidak boleh mengelak dari hidup dalam dunia globalisasi dan bertindak selari dengan perkembangan semasa. Jika kita tidak menandatangani TPPA, maka kita keluar dari menjadi negara dagang. Mahukah kita?
Selain itu, saya dapati beberapa kelebihan baru TPP ini.
i. Kita mempunyai empat kawan baru FTA iaitu Amerika, Peru, Mexico dan Kanada.
ii. Kita adalah antara negara pengasas TPP membolehkan kita mendapat layanan dan pengecualian dalam sektor-sektor sensitif.
iii. Kita akan menjadi negara yang membina daya saing, membina tadbir urus yang baik to comply dengan standards antarabangsa, dan mempunayi barang-barang yang lebih berkualiti.
iv. Kita akan mempunyai barang yang berkualiti dengan import duti yang dimansuhkan dan harga barang yang kompetitif.
Saya menolak hujah jika kita menandatangani TPP, kita menggadaikan kedaulatan negara.
Untuk menjawab hujah ini, saya petik apa yang Tok Pa kata kepada saya. Selain Malaysia ada 11 lagi negara yang menandatangani TPP.
Apakah semua negara tersebut sanggup menjual kedaulatan mereka? Dalam hal ini, saya bersetuju dengan Tok Pa.
Biarpun berkata begitu, saya juga mempunyai kerisauan tentang TPP.
i. Bimbang tentang keupayaan pelaksanaannya.
ii. Mampukah kita untuk bersaing?
iii. Mampukah kita untuk meningkatkan kualiti barangan dan menjaga alam sekitar supaya dapat mengikuti syarat TPPA ini?
iv. Terdapat 26 akta yang perlu dipinda to comply dengan TPP.
Inilah yang perlu diberi perhatian oleh kerajaan. Kerajaan perlu jujur memberi maklumat tentang kekurangan TPP ini.
Maklumat tentang kekurangan ini, jika ada, jangan disembunyikan.
Dalam hal ini, saya suka memetik nasihat George Santayana dalam The Life of Reason (1905) supaya kita belajar dari sejarah. Katanya: “Those who cannot remember the past are condemned to repeat it.”
Apa maksudnya? Belajarlah dari pengalaman penerangan GST. Dalam kes GST dahulu, kerajaan menyatakan GST menurunkan harga barang, tetapi realitiya apabila dilaksanakan tidak ada satu harga barangpun yang turun.
Jangan ulangi kesilapan ini. Bagitahu betul-betul untung ruginya TPP ini kepada rakyat dan negara.
Jika rakyat tanya, apakah TPP boleh menurunkan harga kereta dan menjamin kos ubatan tidak naik, maka jawablah dengan memberikan senario yang benar dan betul. Jangan over commit menyatakan tidak naik jika hakikatnya harga ubat dan kereta ditentukan oleh kausa pasaran.
Insya ALLAH, memulakan sesuatu dengan langkah yang betul akan membuah hasil yang baik.
Di akhir analisisnya, saya dapati TPP bukanlah ancaman untuk negara, tetapi cabaran untuk negara. Dengan hujah ini, saya menyokong TPP. Salahkan saya?
Adalah sesuatu yang amat menakjubkan jika pemimpin UMNO/BN dapat menelaah perjanjian TPPA lebih 6 ribu muka surat itu (ofkosla dalam BI) lantas dapat mengkaji dan menganalisanya secara mendalam. Aku pasti, mereka ni baca sekitar 50 muka surat pun dah menguap-nguap. Lebih baik main golf di tengah panas, dapat juga rembat duit...lagi syiok ooi! Tambahan pula jika standard otak setara Wan Rosli, hancoq! Sejarah membuktikan tiada satu pun pembaharuan yang dibawa oleh UMNO/BN telah menyenangkan rakyat jelata selama ini.
ReplyDeletePoin paling penting adalah meritokrasi
ReplyDeleteMeritokrasi amat baik untuk Daya saing
Succinctly meritokrasi akan memenangkan Konsumer
PKS dan peniaga kecil perlu usaha keras sikit sbb open market
By hook or by crook, we must face the post globalisation era
Betul pandangan dr tu...tp sy ingin suarakan pandangan dari sudut realiti...kalau dr sudut cliche, semua org sukakan cabaran...negara berdepan cabaran, adalah bagus utk negara mempertingkatkan keupayaan...ttp persolannya,adakah pemimpin negara sekrg ni berupaya mengurus negara???? sebelum tandatangn ttpa ni pun,mcm2 kerosakan berlaku...tataurus yg tak betul...lemah...tidak mengakui kesalahan diri kalau dah salah..salahkan rakyat...bagi pandangan bodoh...negara kita byk mengimport..menjadi negara pengguna...tidak menjadi negara pengeluar..sekadar pengeksport minyak..tu pun sumber bumi yg allah nikmatkan...negara lain tu menjadi pengeluar dan berkeupayaan utk bersaing..kita apa kita ada...kalau selepas dh tadatangan tppa baru nak menapak maju, berapa pula masa yg terbuang dan terbazir..kita jauh ketinggalan dgn negara jiran singapura..sekarang kita tidak ada apa nak disaingkan...sebab skrg pun kita dah jauh ketinggalan...kalau kita nak cipta apa pun,semua negara dah mendahului kita...ibarat kita ni di hilir arus...yg kekal terkemudian...kita xsetnding negara lain...lebih baik kita majukan negara kita dahulu...rakyat skrg pun sudah terbeban.selesaikan taraf hidup rakyat dulu...pemimpin jgn buat kerja alakadar.dan jgn menipu rakyat je kejenya..semua data nak tipu...konon nak dptkan statistik nak jadi negara maju...data itu ini menipu sahaja....hasil xde...jd kesimpulannya, dgn pemimpin sedia ada ini dan pentadbiran dibawahnya, sy sbg rakyat selama ini rasa tertipu dgn segala dakwaan kerajaan yg nampak manis dibibir tp hakikatnya habuk pun tarak...keupayaan kerajaan itulah yg dikhuatirkan...
ReplyDeleteDr. Agus tak byk membaca buku. Tahukah dia bhw TPP itu bukan kerajaan Amerika punya. Obama cuma tukang bawak agreement sj. TPP milik 500 sykt multinasional seluruh dunia. Jgn harap kompeni2 ni nak ikut peraturan yg mereka sendiri tulis.
ReplyDelete