Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, January 15, 2016

Seruan supaya MB Selangor berfikir!

DASH: MB jangan jadi seperti Menteri GST 3.8

January 15, 2016
Rakyat Selangor sedang bersidang secara senyap. Kesetiaan boleh kembali kepada kehilangan pengundi!
FMT LETTERS
azmin-ali_dash_selangor_600
Daripada Shah Zarak Khan melalui emel
Saya merujuk artikel yang bertajuk Jangan Layan ‘Say No to Dash’ di Free Malaysia Today dan ingin meluahkan pendapat saya.
Sebagai seorang penduduk yang mana kediaman saya juga dijejaskan oleh pembinaan lebuhraya (i.e. SUKE), saya pun terasa bila membaca artikel itu.
Saya rasa Pengerusi Gerakan Sokong DASH, Adlan Abdul Razak ini nampak sangat nak menjatuhkan PKR supaya rakyat Selangor akan mendendam dengan YAB Menteri Besar.
Saya menyeru bahawa janganlah MB Selangor kita menjadi seperti Menteri GST 3.8. dan yang berkaitan.
Selangor mestilah menjadi negeri contoh dimana lebuhraya diteruskan dengan secara baik dan betul tanpa merosakkan kehidupan dan alam sekitar.
Kita fikirlah di luar kotak. Jangan jadi katak dibawah tempurung sehingga kita dapat lihat bahawa Kerajaan Negeri Selangor tidak dapat kesetiaan oleh rakyat yang telah memilih dia sendiri.
Jangan menganggu rakyat yang sudah beremosi kerana kesetiaan boleh kembali kepada kehilangan pengundi. Buatlah tindakan yang betul yang melindungi rakyat, tidak kira majoriti atau minoriti.
Rakyat Selangor sedang bersidang secara senyap.
Jangan laksanakan secara kuku besi.
Yang membina lebuhraya ini mengambil kesempatan keatas kekurangan kita. Tamak haloba berleluasa merosakan negeri dan negara.
Yang membantah ada sebabnya. Penyelesaian ada caranya.
Ketawa saya membaca 98% penyokong. Mungkin statistik dari Negeri Sembilan Puluh Lapan.
Ramai yang membantah secara senyap. Itu pengundian pertukaran kerajaan.
Yang diminta oleh Kumpulan Say No to DASH tu bukan permintaan yang tidak wajar. Buatlah highway kat mana tiada penghuni. Lebih berkesan. Rakyat semakin tekan.
Kalau Selangor tak berkemampuan mempertahankan slogan “Rakyat Dipedulikan”, lebih baik kami serah kembali kepada kerajaan “Rakyat Sedia Ada” sebab tiada beza.
Buat la keputusan yang betul menunjukkan perancangan rapi bandar Petaling Jaya dalam jangka masa panjang dan Negeri Selangor. Konsesi 65 tahun DASH memang menguntungkan tetapi fikirkan rakyat yang ditindas. Penukaran jajaran bukanlah perkara yang susah sangat.
Fikirlah wahai MB Selangor yang masih disayangi dan di hormati.
Shah Zarak Khan merupakan pembaca FMT

1 comment:

  1. DASH ni apa? Hiway? Badan pelaboran mcm 1MDB?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa