Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 2, 2017

Kalu tok ghok, bui ko oghe lainlah pikul pulok!

'Kalau tak mampu, baik MB serah pada Tok Pa'
MAZRAM IDZAM RIDZAL MAHMUD - 1 MEI 2017
'Kalau tak mampu, baik MB serah pada Tok Pa' Jazlan (dua,kiri) menyaksikan Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan, Mohd Syahbuddin Hashim menyampaikan plak penghargaan kepada Pengarah Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan, Datuk Makhtar Mustapa (dua,kanan) selepas merasmikan Kejohanan Futsal Piala Tok Pa, hari ini.

KOTA BHARU – Golongan belia digesa melakukan anjakan perubahan dengan menukar kepimpinan kerajaan negeri sedia ada bagi memastikan nasib mereka terbela, kata Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ini kerana Kelantan dilihat masih ketinggalan dalam aspek pembangunan ekonomi dan fizikal serta merupakan negeri yang mencatatkan peratusan tertinggi di negara ini dari segi penghijrahan golongan belia ke negeri lain.

“Apabila kita bercakap soal orang muda, kita mesti melihat kepada masa depan mereka kerana negeri ini tidak berupaya menyediakan peluang pekerjaan kepada golongan itu.

“Hampir 20 tahun belia di Kelantan berhijrah ke luar dan perkara ini tidak sepatutnya dibiarkan berterusan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Kejohanan Futsal Piala Tok Pa, di sini, hari ini.

Menurutnya, kegagalan serta kelemahan tadbir urus kerajaan Kelantan dalam menyediakan peluang pekerjaan turut menjadi penyebab utama rakyat negeri itu memilih berhijrah semata-semata mahu mengubah nasib mereka.

“Bagaimana hendak berniaga kalau pertumbuhan ekonomi negeri pun lembab. Bagaimana anak-anak muda yang kreatif tinggal di sini boleh membantu memajukan negeri ini sedangkan kita tidak pernah memberi peluang kepada mereka,” katanya.

Justeru, kata beliau, sudah tiba masanya golongan muda memberi peluang kepada BN untuk kembali memerintah negeri ini, selepas PRU14 akan datang.  

“Mereka mesti sedar dan jangan menjadi seperti pada zaman kami yang mana terus memberi kepercayaan kepada kerajaan negeri dan lihatlah natijahnya, pada hari ini.

“Saya simpati bila masuk kampung jumpa warga emas, tanya anak ada 10 orang, yang tinggal bersama hanya seorang sahaja. Sembilan lagi ada di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan merata-rata sebab tak ada kerja di sini,” katanya.

Beliau secara menyindir turut mencadangkan kerajaan Kelantan yang diterajui Pas menyerahkan kuasa kepada BN kerana terbukti selama 27 tahun memerintah negeri ini, gagal menunaikan tanggungjawab membela nasib rakyat.

“Kalau tak mampu, eloklah Menteri Besar (Datuk Ahmad Yakob) serahkan kepada Tok Pa (Datuk Seri Mustapa Mohamed, Pengerusi BN negeri). Bagi saya, tak perlulah nak bergaduh-gaduh dalam soal ini.

“Sedarlah, kalau kapasiti terlalu kecil seperti kenderaan bawah 1,000 cc janganlah fikir boleh bawa 30 penumpang. Berehatlah (beri peluang kepada BN) dulu seketika,” sinisnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa