Mufti: Adakah GST itu tanda kasih pemerintah pada rakyat?
mk - Hari ini, 12:13 tengahari
Jawapan kepada status hukum cukai barangan dan perkhidmatan (GST) mungkin terletak di tangan pengguna secara keseluruhan.
Ketika beberapa pihak mempertahankan pandangan masing-masing mengenai cukai itu, Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin, menjelaskan jawapan kepada status cukai itu perlu melihat kepada kesan pelaksanaannya.
"Sebelum menjawab persoalan itu, hendaklah dikaji apakah GST telah memberikan kemaslahatan kepada rakyat ataupun sebaliknya?
"Mungkin rakyat boleh menjawab terlebih dahulu, dan pemerintah (kerajaan) menjelaskan sejauh manakah GST benar-benar merealisasikan kemaslahatan rakyat.
"Apakah GST itu tanda simpati dan kasih pemerintah kepada rakyat ataupun sebaliknya?" kata Mohd Asri melalui kemas kini di Facebook malam tadi.
Semalam Malaysiakini melaporkan penegasan PAS terhadap pelaksanaan GST yang didakwanya bercanggah dengan Islam walaupun di dihukum harus oleh Majlis Fatwa Kebangsaan.
Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali, berkata kerajaan menggunakan alasan muzakarah jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan pada Oktober 2014 untuk melaksanakan GST.
Menyifatkan fatwa berkenaan suatu kesilapan, Mohd Khairuddin yang juga anggota parlimen Kuala Nerus menegaskan cukai dalam Islam hanya boleh dikutip menerusi beberapa syarat termasuk hanya boleh diambil daripada golongan kaya.
Mufti Pulau Pinang, Datuk Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, turut bersependapat GST ketika ini menimbulkan banyak masalah dan menyukarkan kehidupan golongan berpendapatan rendah.
Ulama kena bantah
Dipetik Sinar Harian, Wan Salim berkata, sebarang tindakan dan polisi membebankan serta menganiayai rakyat adalah haram kerana bercanggah dengan nilai keadilan yang dikehendaki Islam.
Mohd Asri berkata mengikut Islam sesuatu tindakan kerajaan mestilah berdasarkan kepada kepentingan rakyat dan tidak bercanggah dengan syarak.
"Jika ada tindakan penguasa yang menyanggahi kepentingan rakyat dan negara, sebaliknya sekadar (untuk) kepentingan beberapa pihak tertentu sahaja sehingga mengorbankan kepentingan rakyat, maka itu jelas menyanggahi Islam.
"Timbul persoalan - bolehkah pemerintah mengambil cukai daripada rakyat? Jawapan hal itu hendaklah dilihat kepada aspek apakah cukai itu untuk kepentingan rakyat atau menyebabkan kesusahan kepada rakyat?'
"Jika cukai itu kembali kepada kepentingan hidup rakyat maka ia dibolehkan. Jika ia membebankan dan tidak kembali kepada kemaslahatan rakyat, maka ia sesuatu yang haram," katanya.
Menurut Mohd Asri, jika cukai itu mengembalikan faedah kepada rakyat maka ia wajib disokong.
"Jika zahir daripada cukai itu menjadi bebanan ke atas rakyat ataupun (berlaku) penyalahgunaan wang awam, maka ia sesuatu yang mungkar dan hendaklah ulama membantahnya," kata beliau.
Sementara itu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan wajar membatalkan semua jenis cukai yang dikutip di ketiga-tiga negeri ditabdir musuh politik BN itu jika mereka berkeras menganggap GST haram.
“Jika ada dalam kalangan pemimpin politik pembangkang mengatakan GST haram, maka kita perlu minta kerajaan Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan batalkan semua cukai termasuk cukai pintu dan cukai perniagaan kerana semua cukai itu juga tidak pernah dikutip semasa zaman Rasulullah SAW,” kata Asyraf dipetik Utusan Online.
Asyraf berkata, semua pihak harus menghormati fatwa diputuskan Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan yang dianggotai mufti serta pakar syariah yang dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dan sultan.
“Jika mereka cuba menghukum cukai itu haram, maka mereka juga sepatutnya terlebih dahulu membatalkan semua cukai yang dikutip,” katanya.

No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa