Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, May 2, 2017

Pilihan raya presiden: Perancis panas

Polis Anti Rusuhan Terbakar Dalam Protes Di Paris
mStar - Diterbitkan: Selasa, 2 Mei 2017 10:38 AM
- fotoGetty

BEBERAPA anggota polis terbakar selepas penunjuk perasaan bertindak membaling bom petrol di Paris, Isnin.

Enam pegawai cedera dalam rusuhan pada Hari Pekerja yang membantah kemenangan Marine Le Pen dalam pada pusingan pertama pilihan raya presiden Perancis.

Seorang pegawai, dipercayai lelaki dalam gambar di atas, cedera serius disebabkan bom api yang meletup di atas topi keledar yang dipakainya.

Rakaman dari tempat kejadian menunjukkan pegawai berkenaan berlari dari tempat kejadian untuk cuba memadamkan api yang membakar pakaian di tubuhnya.

Keganasan tercetus berhampiran Place de la Bastille, di mana penunjuk perasaan menjerit 'fasis keluar!'
- foto Getty

Sumber polis berkata: "Kira-kira seratus penunjuk perasaan yang menutup kepala cuba menghampiri garisan polis sedekat yang mungkin dan kemudian seorang atau dua daripada mereka melemparkan Molotov Koktail.

"Seorang pegawai melecur serius di bahagian muka. Dia dikejarkan ke hospital. Keadaannya tidak baik, tetapi tidak mengancam nyawa."

Seorang lagi pegawai mengalami luka di tangan yang serius, manakala yang lain cedera ringan.

Terdapat lima tangkapan telah dibuat setakat ini.

Le Pen adalah pemimpin nasionalis yang aktif mengkritik Islam. Dia berdepan dengan calon berhaluan sederhana, Emmanuel Macron di bawah parti En Marche!

Le Pen, berkata pilihan raya ini menentukan masa depan negara dengan pemimpin itu berazam membawa keluar Perancis daripada EU.

"Dia mewakili perkauman dan kebencian, itulah sebabnya kami menentangnya," kata seorang aktivis berhaluan kiri, yang hanya mahu dikenali sebagai Nicole, 22.

"Ribuan kami telah keluar di jalanan untuk mempertahankan keadilan dan kesopanan dan untuk menunjukkan rasa malu kami dengan orang fasis ini yang berharap mahu untuk mengambil alih pemerintahan."

Ketika Nicole memberi ucapan, polis melepaskan gas pemedih mata untuk cuba menghalang orang ramai daripada terus merusuh.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa