Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 9, 2009

Senak

Mesyuarat khas - Masuk angin keluar asap
Seminar Pemerkasaan PAS - Pergi pagi balik gelap


Kedua-duanya melemas dan meletihkan saja!

Satu petikan menarik dari blog Cipan, Tapir & Tenuk. Izinkan saya

Peribahasa Melayu.... Cerdik tak boleh diikut, bodoh tak boleh diajar .... memang kena pada Pimpinan PAS (yang ramai tue)... Sori ler ... apa yang gua tuliskan nih maybe akan menyebabkan lu orang benci dan geram sama gua... tapi sebelum tue... be rational la... okeh..

Memang ramai pimpinan PAS yang belajar tinggi-tinggi.. ader yang dapat MA dan PHD .. terlalu ramai yang terra bab agama nih... tapi.. sayangnyer la... diorang nie cerdik... tapi tak boleh diikut... sebabnyer... diorang nie punya ego tahap dewa dan boleh plak tue jaga status quo sesama diorang mengkhinzir buta ... wala' la konon.... cerdik tapi bangang.. sampaikan ahli bawahan dan rakyat marhaen pun tak boleh nak ikut rentak dan kecerdikan diorang nie...

Tapi...

Memang ramai dikalangan pimpinan PAS yang kayu dan bodoh bab politik dan marketing... Dalam politik dan marketing ... persepsi penonton, penyokong dan pembeli perlu dikawal dan dipastikan berpihak kepada kita senantiasa.. tapi pasai ramai pimpinan PAS yang bodoh tak boleh diajar ... maka inilah jadinyer... siap tak makan nasihat... siap boleh marah lagi kepada orang yang nasihat diorang...

Hakikatnya PAS menang kerana Pengundi!

Pengomen, tolonglah jangan emosi dulu. Fikir-fikirlah...

6 comments:

  1. "bila cerdik tak boleh diikut,bila bodoh tak boleh diajar"

    susah mcm nih PakDin..mula timbul perkara negatif dlm kepala ni...mereka ni berjuang,bertugas utk rakyat ke utk periuk nasi sendiri..jgn kepentingan sendiri..

    ReplyDelete
  2. Salam Ayahanda,

    Aduh... tiba2 jer sakit tekak pulak.. nak komen pasal PAS nih...

    Ha..ha..ha.., dah malas nak cakap \, tengok jelah... tak lama tu...

    Baik kita cerita pasal Syaitan/Jin/Hantu/Polong lagi bagus... kan.

    ReplyDelete
  3. aaapit

    Pak Din pun dah naik muak sebenarnya dengan gelagat mereka. Sekali cakap gitu, sekali cakap gini. Kalau nak belit pun biarlah berpada. Awak semua tu pemimpin parti berorientasikan Islam.

    ReplyDelete
  4. W'salam anakanda Isa

    Sebenarnya ayahanda pun lepas ni malas nak ambil pot tentang PAS selagi mereka tidak berubah.

    Betul, lebih baik kita isi blog dengan cerita yang lebih santai dan menyeronokkan termasuk hal-hal masyarakat.

    ReplyDelete
  5. cer Pak Din tengok-tengokkan dalam PAS ni pun ada jugak kot orb atau entiti seperti hantu, syaitan bertopeng manusia berstatus ulamak pulak tu? Mana ler tahu, kan?

    ...hehe

    ReplyDelete
  6. Hanz

    Selagi dinamakan manusia, semua boleh jadi. Abdullah bin Ubai yang selalu duduk berlaga lutut dengan Rasulallah pun boleh menjadi Bapak Munafiq.

    Jadi tidak ada yang mustahilnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa