Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 27, 2010

Bila Tun Dr. Siti Hasmah Dipuji Dr. MAZA

Saja nak menyebuk tambah kuah di mangkuk yang sudah pun penuh. Mangkuk yang sudah pun dipenuhkan oleh Dr. MAZA.

Saya ingin imbas kembali kenangan bersama DS Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah di satu masa pada tahun 1995. Tempatnya di Bukit Cerakah (nama pada masa itu) sekarang dah jadi Bukit Cahaya ke apa? Tak tahu pula saya kenapa nama Bukit itu diubah. Cerakah bukannya lucah. Nama yang betul-betul tak senonoh tidak pula diubah. Masa itu Kementerian Belia Dan Sukan Malaysia menganjurkan satu Perhimpunan Rekreasi yang disertai oleh 5,000 orang peserta dengan 400 orang peserta bagi setiap negeri di Malaysia sempena pelancaran Program Rakan Muda Rekreasi yang akan dilakukan oleh PM pada masa itu Dr. Mahathir Mohammad, sekarang Tun.

Kebetulan saya dilantik sebagai Ketua Kontingen Kelantan dan juga diminta bersama mengiringi Tun Dr. Mahathir dan Isterinya Tun Dr. Siti Hasmah semasa upacara perasmian di Bukit Theater dan seterusnya semasa Tun mengambil kesempatan menuggang Mountain Bike meninjau kawasan.

Memang benar apa kata Dr. MAZA. Tun Siti begitu cantik pada usianya. Beliau sentiasa senyum dan jika bertanya pun dengan nada yang amat lembut sehinggakan terpaksa pasang telinga untuk mendengar dengan jelas. Kulit mukanya putih melepak sehinggakan nampak urat biru di bawah kulitnya. Beliau sungguh anggun walau pun berpakaian Sukan.

Tun Dr. Mahathir juga sentiasa senyum dan mengikut saja arahan Urusetia dengan tidak banyak bertanya kecuali perkara yang beliau tidak berapa arif. Maklumlah bidang rekreasi bukannya bidang beliau. Beliau suka bertanya khabar tentang perkembangan belia dan rekreasi di negeri-negeri. Pada usia itu setelah melalui pemdedahan jantung, beliau masih lagi kelihatan cergas dan ceria.

Pada satu ketika semasa beliau baru nak naik Mountain Bike, datang pula arahan yang bercanggah. Satu pihak mengatakan laluan Dr. Mahathir ikut kiri dan satu pihak lagi ikut kanan bukit itu. Dr. Mahathir hanya tersengih tengok kiri dan kanan. Saya dah naik hot, takkan seorang PM diperlakukan begitu.

Sambil jegilkan mata kepada Urusetia, saya berkata dengan tegas "Saya akan bawa Y.A.B. ikut laluan kanan sebagaimana dipersetujui di dalam mesyuarat semalam. Ada apa-apa bantahan kita bincang malam ini"

Tun Dr. Mahathir hanya ikut dalam senyum. Dia faham pertelingkahan itu hanyalah teknikal.

Di bawah juga adalah komen Dr. MAZA tentang mereka. Saya faham beliau tujukan kepada seseorang yang menjadi penyebuk di dalam bidang suaminya. Dahlah begitu, angkuh dan garang pulak tu!

- Begitu lama Tun Mahathir di tampok kuasa. Tun Siti tetap bersederhana. Tiada cerita kemewahannya semasa di luar negara, atau bising campur tangannya dalam projek itu dan ini, tiada cerita ‘kegarangannya’ kepada pihak sana dan sini. Beliau hanya tersenyum dan merendah diri. Bahasanya tidak bongkah, gayanya tidak berlagak. Tidak banyak cerita di media tentang dirinya, sehingga melebihi suaminya. Namun, sebagai insan tentulah ada kekurangan dan kelemahan di sudut-sudut tertentu. Demikianlah semua manusia.

Seorang pemimpin memerlukan isteri yang ‘tidak menyibuk’ seperti Tun Dr Siti Hasmah. Walaupun sangat terpelajar, tetapi tahu membawa diri sebagai isteri pemimpin. Setiap isteri pemimpin mesti pandai menjaga maruah suaminya. Pandai menjaga nama baik politik suami. Jangan sampai suami dibenci rakyat kerana gaya dan sikap isterinya. Ertinya, jangan sampai rakyat membenci seseorang pemimpin ‘pasal bini dia’. Buat semua isteri pemimpin, jadikanlah Tun Siti Dr Hasmah sebagai contoh yang baik dalam hal ini! Jangan lebih lajak dari laju, rakyat tak suka perangai macam itu!

Baca sepenuhnya di blog Dr. MAZA.

Izinkan saya Dr.

18 comments:

  1. sapa yang dia nak kenen tu?

    ReplyDelete
  2. syburi

    Pastinya manusia yang sekarang sama taraf dengan Dr. Mahathir semasa beliau berkuasa sebagai PM dulu.

    ReplyDelete
  3. itu lah nabi dah bersabda ilmu itu pesuluh hidup....

    ReplyDelete
  4. smasa suami belum 'naik' dh mcm2 hal, dh 'naik' apa lagi...

    ReplyDelete
  5. setiap yang buruk ada baik,... dan setiap yang baik ada buruk... cuma nilai nye berbeza...

    umno 9 burok 1 baik
    pas 8baik 2 burok

    so memang kene pilih...

    seperti Hasmah dan bik mama

    ReplyDelete
  6. Salam,

    Saya teringat pada masa Tun Siti Hasmah makan dihotel tempat saya bekerja dulu,dimana saya diarahkan menjadi waiter/pramusaji VVIP.

    Secara peribadi Tun Siti Hasmah,mmg seorang wanita yang lembut dan sopan bila berbicara... dan dia tidak byk karenah apabila disajikan makanan...dia makan dengan sopan tanpa bercakap dengan tetamu semeja.

    Apabila selesai makan barulah dia bercerita dengan tetamu dan percakapan dia sangat lembut dan teratur...

    ReplyDelete
  7. Saudara,
    Samson jatuh kerana Delailah, Mawi jatuh kerana Ekin.

    Semut mati kerana gula, Najib? Tak kan nak mati kerana Rosmah?

    ReplyDelete
  8. Cadang nak komen kat Blog Dr MAZA sayang ke log in, so aku komen sini. Bijaknya Dr.MAZA kenen.

    ReplyDelete
  9. Salam tuan,
    saya memang mengkagumi kesederhanaan Tun Dr Siti Hasmah.

    ReplyDelete
  10. asalamualikum ayahnda...
    sedap juga kuah yang ditambah tu ayahnda dah cukup masin..

    ReplyDelete
  11. Anonymous

    Ya, segala-galanya terletak pada Ilmu dan Pekerti.

    ReplyDelete
  12. piewahid

    Bila suaminya dah berkuasa, anginnya melanton-lanton.

    ReplyDelete
  13. baginda®

    Penilaian terletak pada Hukum dan Persepsi.

    Contohnya Dr. Mahathir dan Dr. Siti Hasmah, saya punji peribadinya ketika bersama Rakyat dan Majlis sebab saya alaminya ketika itu tetapi bukan corak Pemerintahan dan Style Politiknya.

    ReplyDelete
  14. W'salam Man

    Memang agaknya itulah peribadi Tun Siti. Uncle ada dua kali berada di dalam satu majlis dengan beliau.

    ReplyDelete
  15. Sdr. MADiSYAK

    Jangan mati kerana dayus! Manusia dayus tidak berbau Syurga.

    ReplyDelete
  16. A

    Di sini pun buatkan saya dihargai. Harap-harap Dr. MAZA akan baca.

    ReplyDelete
  17. melurjelita

    Terima kasih kerana bertandang dan tinggalkan jejak.

    Memang kita tidak mendengar Tun Siti buat hal sepanjang pemerintahan Tun Dr. Mahathir.

    ReplyDelete
  18. Wa alaikumussalam anakanda b.r.u.t.a.l.s.o.l.o

    Yang ayahanda bimbang takut terlebih masin nanti termuntah!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa