Maka untuk menutup kemarahan rakyat, PM pun mengarahkan media agar tidak menggunakan istilah harga barang naik. Kalimah itu digantikan dengan penyelarasan subsidi. Ustaz dan ustazah pula diarahkan menyelinap masuk dalam masyarakat sama ada dalam media elektronik, media cetak, malah terjun dalam dunia realiti ke kampung dan desa untuk menyampaikan ceramah dan forum supaya berjimat cermat. Maka berbondong-bondonglah ustaz dan ustazah hadhari tampil dengan upah yang tinggi, berkereta besar pergi berceramah ke kampung kepada pakcik dan makcik yang sudah puluhan tahun mengira biji beras, berjimat cermat untuk menjaga anak-anak yang bakal meneruskan hidup. Sedangkan panel penceramah, penganjur, ahli VIP yang hadir serta penganjur masih dalam dunia membazir.
Baca sepenuhnya di sini
Petang tadi saya ke farmasi membeli ubat migraine dan demam selesema. Terperanjat 'kera' saya kerana ubat telah naik sebanyak 10 sen sebiji. Minyak hanya naik sebanyak 5 sen/ltr. Bandingkanlah kenaikan petrol dengan nisbah harga ubat yang saya beli. Saya terepegun dan sayu bila memikirkan orang yang tidak bernasib baik kekurangan kewangan. Bagaimana agaknya hidup mereka bila semua barang keperluan harian sebagai asas untuk hidup naik. Bila mereka sakit, ubat juga mahal. Aduiii.... kesian!
Salam ayahnda,siapa tak marah dengan kenaikan harga minyak dan barang2 ni.
ReplyDeleteDimana letaknya keperihatinan kerajaan kpd rakyat bawahan.jika syarikat besar di berikan pelbagai kemudahan dan pelbagai suntikan dengan pelbagai cara kononnya nak merancakkan ekonomi,tapi rakyat bawahan seakan dijadikan hamba abdi dan tidak punya hak di bumi sendiri.
Di mana pemimpin PERKASA dan pemuda UMNO yg kononnya pembela rakyat??
W'salam anakanda ijoks
ReplyDeleteSedih dan sakit hati dibuatnya. Pernah beberapa minggu yang sudah, ayahanda keluar dari klinik dan disapa oleh seorang Penarik Beca mengadu yang rezekinya belum ada hari ini sedangkan ketika masa itu sudah pukul 11.30 pagi, dia masih belum lagi dapat menjamah makanan kerana tidak berduit.
Kerana rasa kesihan dan sayu, umurnya mungkin di peringkat 'Abang' kepada ayahanada, Maka ayahanda pun hulurkan sedikit duit untuk dia makan. Tengok mukanya ayahanda bagaikan menitis air mata.
akum...saya dah lama memerhatikan tindak tanduk kerajaan persekutuan dalam menguruskan segala perjalanan negara...dalam satu tindakan bijak kerajaan terdapat sepuluh tindakan bodoh...lama kelamaan rakyat akan sengsara dan menderita...ingatlah saper2 yang naik kapal biru yang membawa penuh muatan penimbang yg sudah rosak...kamu semua akan karam jika terus menerus membawa penimbang yg sudah rosak....
ReplyDeleteAnonymous
ReplyDeletePerkara sebegini terjadi kerana kepentingan rakyat diletakkan entah di nombor keberapa di dalam sebarai tindakan mereka. Yang nombor wahid tentulah poket sendiri dan Para kroninya.
Jadi sesuatu yang dibuat untuk rakyat dan negara yang pentingnya "ada bahagian" sendiri. Maka kualiti projek tentulah akan berkurangan kerana sudah tentu kontraktor pun nak juga untung.
Yang hairannya kita ada kilang gula gergasilah kononnya dan kita juga adalah pengeluar mniyak. Tetapi kita tetap membayar minyak dan gula dengan harga yang mahal. Yang menyedihkan adalah kesan kenaikan minyak akan melimpah kepada semua barangan lain terutama keperluan dapur. Keperluan dapur adalah asas hidup semua golongan rakyat.
cakap lebih-lebih pun tak guna.. jom mulakan kempen dari sekarang. jangan tunggu nak dapat green light baru nak kempen.
ReplyDeletekita mulakan dgn ahli keluarga lepas tu kempen kat jiran-jiran.. kalau semua pakat tolong buat, insyaAllah puak gerombolan akan tumbang masa PRU13 nanti.
merbok
ReplyDeleteBetul. Di dalam sesuatu keadaan lebih cakap pun tidak ada untungnya. Tetapi ada masa tertentu kita juga bercakap sambil bertindak.