Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 25, 2010

Tindakan Boleh Timbul Persoalan Di kalangan Orang Ramai

Adakah ribut di sebalik pagar Istana Kelantan akan kembali melanda?

KOTA BHARU: Pejabat Sultan Kelantan menjelaskan doktor pakar peribadi Sultan Kelantan, Kolonel Dr Amir Ramli, tidak berhak mengeluarkan kenyataan atau arahan terhadap pegawai pejabat berkenaan.

Pengelola Istana Diraja (PID) Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata penjelasan itu dibuat berikutan tidak ada sebarang surat dari pihak tertinggi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang menyatakan Dr Amir ditempatkan di Pejabat Sultan Kelantan.
Abdul Halim berkata, tindakan Dr Amir yang menegur Pejabat Sultan Kelantan boleh menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai mengenai siapa beliau, kerana tiada sebarang pelantikan dibuat secara rasmi terhadapnya, sebelum ini.

“Saya adalah PID yang diberikan tugas oleh Sultan Kelantan menjaga pentadbiran istana dan menjunjung titah Tuanku sama ada melalui lisan atau bertulis.

"Adalah tidak wajar beliau (Dr Amir) memberi teguran melalui media dan arahan kepada pegawai yang bukan di bawah kawalan beliau. Dr Amir bukan kakitangan Pejabat Sultan Kelantan dan saya tidak bertanggungjawab kepadanya dalam menjalankan tugas.

"Tiada sebarang surat dari pihak tertinggi ATM serta tidak ada pelantikan beliau secara rasmi (dalam perkara ini). Oleh itu, orang luar jangan kacau daun, negara kita ada undang-undang," katanya dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan di sini, semalam.

Khamis lalu, Dr Amir menasihatkan Abdul Halim supaya tidak membuat sebarang kenyataan berhubung kesihatan dan rawatan Sultan Kelantan di Singapura, bagi mengelak kekeliruan di kalangan masyarakat.

Dr Amir dilaporkan berkata, beliau dititahkan oleh Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra supaya menasihatkan Abdul Halim dan semua anggota di bawah seliaannya yang sedang berkhidmat di Istana Kelantan supaya tidak membuat sebarang kenyataan akhbar mengenai kesihatan dan rawatan yang diterima baginda di Singapura, baru-baru ini.

Abdul Halim berkata, segala tindakan yang dilakukan harus berpandukan kepada titah Sultan Kelantan sebelum baginda gering dan hendaklah berdasarkan keperluan dari semasa ke semasa.

Katanya, sebagai ketua di Pejabat Sultan Kelantan, beliau akan mengadap Sultan Kelantan pada masa yang sesuai atau apabila dititah baginda Sultan.

“Tuanku Sultan selalu bertitah supaya saya mengikut peraturan dalam menjalankan tugas di istana dan apabila baginda gering, Pemangku Raja dilantik, saya masih tetap setia menjalankan. Tuanku Sultan sudah banyak kali bertitah kepada saya sebelum baginda gering mengenai cara bertugas di istana,” katanya.

Sumber BH

6 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Tak mau komen apa2 pasal keluarga orang kayangan nih...

    Just nak ucapkan terima kasih atas nasihat tadi.

    TQ.

    ReplyDelete
  2. salam Tuan camne sultan boleh bertittah, setahu rakyat sultan ismail petra sekarang tak leh nak bercakap, menulis pun tak leh pegang pen..

    ReplyDelete
  3. rindu nak baca pengalaman mistik abg din..

    ReplyDelete
  4. W'salam anakanda Isa

    Itulah tugas orang yang lebih tua. Tidak mahukan kekeruhan antara kita.

    ReplyDelete
  5. W'salam kulat

    Betul tu.

    Memang tidak ada logiknya.

    ReplyDelete
  6. mr edz

    Insya Allah saya akan buatkan satu n3 berkenaan itu esok.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa