Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 19, 2010

Saya Sokong Ini

Saya sokong apa yang Pak Bakaq katakan. Memang saya sokong PAS ambil tindakan undang-undang kalau benar Harussani bohong. Kalau tidak persepsi Pengundi akan terarah kepada PASlah yang berbohong.

Dalam berita bertajuk "
Perpaduan Melayu: Kenyataan Harussani satu fitnah, kata PAS", Malaysian Insider hari ini melaporkan:
PAS mengulangi pendirian hanya akan bersama Pakatan Rakyat sambil menyifatkan kenyataan Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria bahawa wakil parti Islam itu ada menemuinya untuk meminta menjadi orang tengah sebagai “satu fitnah dan pembohongan.”

Dua naib presiden PAS Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub menegaskan, pihaknya tidak pernah memutuskan untuk meminta Harussani agar menguruskan pertemuan Umno-PAS bagi membincangkan penyatuan orang Melayu dan Islam.

“Kenyataan Tan Sri Harussani (kelmarin) satu fitnah dan pembohongan,” kata Salahuddin pada sidang media di sini hari ini.

Pendirian itu disokong oleh Mahfuz dengan menegaskan, PAS tidak pernah membincangkan isu berkenaan sama sekali.

“Tidak ada, ia (kenyataan Harussani) cuba memburukkan dan menimbulkan keraguan di kalangan rakyat seolah-olah ada pemimpin PAS yang hendak membelakangkan parti dalam isu ini,” kata Mahfuz yang turut menghadiri sidang media itu.
Saya nampak beban kini di atas bahu PAS. Parti itu perlu membuktikan bahawa ia bukan pengkhianat undi, mandat dan kepercayaan rakyat. Sebahagian besar rakyat undi PAS kerana berdegar-degar para pemimpin dan tukang kempen parti itu cakap nak lawan Umno. Kalau selepas dapat beberapa kerat kerusi, parti itu main dalam gelap pula dengan Umno selepas berdentum-dentam meyakinkan rakyat bahawa depa nak lawan Umno, itu pembohong dan pengkhianat namanya.

Untuk membuktikan ia tak bohong dan tak khianat dan jika benar Harussani kaki fitnah dan pembohong bila dia mendakwa ada orang PAS yang minta dia jadi orang tengah untuk bersekongkol dengan Umno, PAS sebagai parti yang bermaruah dan tidak membohongi serta mengkhianati undi, mandat dan kepercayaan rakyat mesti mengambil tindakan undang-undang terhadap Harussani.

Ini soal maruah dan integriti PAS. Setakat kenyataan penafian orang tak pakai dah.

Dari blog Pak Bakaq

2 comments:

  1. aslmkm, sudikah tuan bertukar lik dengan sgkasai? TQ

    ReplyDelete
  2. W'salam orangkasai

    Alhamdulillah, saya sudah tunaikan hajat saudara.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa