Sudah tiga hari saya menghidap demam dan batuk. Sakit kepala pula tiada perkataan nak cakap, hanya Tuhan yang tahu. Hari ini rasa lega sedikit tetapi badan masih lemah dan kepala masih berdenyut walau pun agak ringan dari semalam. Isteri dan siAdik juga terkena sama. Kesian mereka.
Sebenarnya jangkitan ini dari Isteri yang bawa penyakit ni dari pejabatnya. Mulanya saya yang kena dan semalam berjangkit kat Adik pula.
Nampaknya saya perlu berehat sehari dua lagi.
kesian pak din, begitulah bila umur dah meningkat, daya tahan badan semakin berkurang. pak din cuba petua ini, insyaAllah diberkati.Ambil sesudu madu lebah,campurkan dengan tiga sudu air zam-zam dan masukkan tujuh titik air limau nipis, di kacau sehingga semuanya sebati, dibacakan selawat atas nabi S.A.W dan diminum dengan niat untuk Allah memberi kesembuhan dari batuk dan demam itu.InsyaAllah...
ReplyDeleteSemoga dilindungi Allah akan Pak Din & keluarga...InsyaAllah tiada masalah besar & akan cepat sembuh hendaknya.
ReplyDeleteSalam saudara Mountdweller,
ReplyDeleteMum doakan semua di sana cepat sembuh. Mum di sini pun dah mula rasa tekak semacam jer. Harap-harap tak melarat pulak ler...
Salam untuk akak dan semua di sana.
salam,
ReplyDeletebanyakkan minum air kosong
oh.. semoga cepat sembuh
ReplyDeletecikgupj
ReplyDeleteBetul begitu. Bila semakin tua antibody semakin lemah dan kita pun memang lemah berbanding yang muda.
Terima kasih cikgupj. Saya akan mencubanya, insya Allah.
Hanz
ReplyDeleteTerima kasih hanz. Uncle pun amat berharap penyakit ini berlalu dengan cepat. Yang uncle tak laratnya menanggungnya ialah sakit kepala. Sekali batuk sekali kepala rasa nak tercabut!
W'salam A Mum Of Three Mohd
ReplyDeleteTerima kasih di atas doa Mum semoga Mum pun tidak akan menghidap perkara yang sama.
Kalau rasa terancam Mum bolehlah gunakan Petua cikgupj di atas.
W'salam al-brangi
ReplyDeleteTerima kasih di atas nasihat. Insya Allah, air kosong tidak ada masalah.
mr edz
ReplyDeleteTerima kasih mr edz di atas doa itu.
Kepada Anonymous
ReplyDeleteSaya mohon maaf kerana terpaksa reject iklan anda kerana blog moundweller tidak dibuka untuk iklan ring tones dan sebagainya melalui ruang komen.
Harap maaf!
ada maklumat pasal batuk kat sini - Peranan dan Komplikasi Batuk
ReplyDeletearmouris
ReplyDeleteTerima kasih di atas info. Insya Allah saya akan tengok.