Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 26, 2010

Semakin Celaru Nampaknya

Bab ulas dan mengulas ni saya memang penakut sekiranya perkara yang berkaitan dengan Hukum Hudud. Saya amat takut ulasan saya tersasar dan tentunya saya berdosa. Kecuali perkara itu memang nyata, sama ada saya yang melihat sendiri atau ramai lagi saksi lain yang melihatnya dengan mata kepala sendiri.

Seandainya kita buat tuduhan dan tersasar maka sia-sialah ibadat dan amalan baik kita.

Tuduhan Liwat Anwar saya tidak berani Ulas
Tuduhan Najib terlibat dengan kes Altantuya saya tidak mahu Ulas
Kes SPRM dan Beng Hock juga saya tidak ulas

Namun bagi yang tahu dengan maklumat yang tepat, lantaklah
Yang nak cari dosa kering pun lantaklah

Saya seorang yang lebih berumur hanya boleh berikan peringatan dan nasihat saja. Itu pun melalui blog dan SMS sahaja.

Di bawah pula bab Kalimullah tuduh Najib. Kalau dia memang tahu, selamat. Kalau tidak, tanggunglah sendiri.


Oleh Qayum Rahman

KUALA LUMPUR: Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) menggesa kerajaan menyiasat dakwaan Datuk Kalimullah Hassan bahawa pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu menggunakan bom C4 pada 2006 melibatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Ahli Majlis Tertinggi Perkasa, Zahid Mat Arip berkata, "dakwaan Kalimullah itu disiarkan oleh portal berita "The Malaysian Insider". Dakwaan ini berunsur fitnah bertujuan untuk menjatuhkan Najib."

“Kalimullah telah menyiarkan berita itu sebelum polis membuat penyelidikan terhadap kes berkenaan dan ini menyebabkan imej Najib tercalar.

“Saya yakin beliau mempunyai agenda tertentu untuk menjatuhkan Najib yang ketika itu menjawat Menteri Pertahanan,” katanya ketika dihubungi oleh Free Malaysia Today, hari ini.

Ujar beliau, "siasatan terhadap Kalimullah perlu dijalankan berdasarkan artikel-artikel yang disiarkan bertujuan untuk mengelirukan rakyat tentang kewibawaan seorang tokoh negara.

Menurutnya, Kalimullah bertindak demikian kerana ingin membantu pihak tertentu bagi mengalih pandangan umum supaya menyokong mereka.

Zahid turut mempertikaikan kontrak bernilai jutaan ringgit yang diberikan kepada syarikat milik Kalimullah oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

“Kontrak yang beliau perolehi daripada LHDN itu menimbulkan keraguan orang ramai dan LHDN harus menjelaskan perkara ini supaya tidak disalah anggap," terang beliau.

Sumber freemalaysiatoday

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa