Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, July 23, 2010

Woi! RM30,000 Pun Nak Rentap Ke?

Bekas ADUN Diarah Bela Diri Atas Tuduhan Membuat Kenyataan Palsu

PUTRAJAYA: Bekas Anggota Dewan Undangan Negeri Mengkibol Ng Kim Lai diarah membela diri di Mahkamah Sesyen Batu Pahat atas tuduhan membuat kenyataan palsu berhubung projek RM30,000 untuk sebuah persatuan yang tidak wujud.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan terdiri daripada Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Sheriff dan hakim-hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hasan Lah dan Datuk Ahmad Maarop sebulat suara menolak rayuan Ng bagi mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Muar ketika mengarahkan beliau membela diri.

Kes beliau ditetapkan untuk sebutan Jumaat di Mahkamah Sesyen Batu Pahat.

Panel itu menerima bantahan awal oleh timbalan pendakwa raya Tengku Amir Zaki Tengku Abdul Rahman bahawa keputusan Mahkamah Tinggi itu tidak boleh dirayu kerana ia bukan keputusan muktamad.

Ng, 63, didakwa pada 2005 dengan tuduhan utama di bawah Sekseyn 11 (1) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan dua tuduhan ganti masing-masing di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) Akta Pencegahan Rasuah. Bagaimanapun, pada 15 November 2006, Mahkamah Sesyen itu melepas dan membebaskan beliau daripada semua tuduhan pada akhir kes pendakwaan tanpa memanggil beliau membela diri.

Pada 23 Januari 2009, Mahkamah Tinggi Muar membenarkan rayuan pihak pendakwaan agar kes itu dikembalikan ke Mahkamah Sesyen untuk Ng membela diri selepas memutuskan bahawa pendakwaan telah berjaya membuktikan kes prima facie atas semua tiga tuduhan terhadap Ng. Ng merayu ke Mahkamah Rayuan terhadap keputusan itu.

Bagi tuduhan utama, Ng dikatakan telah membuat kenyataan palsu bagi mendapatkan satu kontrak untuk renovasi pejabat Persatuan Wargatua Cina yang tidak wujud di pejabat MCA Kluang pada Oktober 2002.

Beliau boleh dikenakan penjara hingga 20 tahun atau denda RM10,000 atau lima kali dari jumlah rasuah terbabit, yang mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Ng secara alternatif dituduh menipu pengarah pembangunan negeri Jaapar Mohamed Yasin, hingga mempercayai bahawa RM30,000 telah diperuntukkan bagi projek itu dan mempengaruhinya meluluskan peruntukan itu di pejabat pembangunan negeri di Johor Baharu antara 23 Oktober dan 9 November 2002. Beliau menghadapi tuduhan alternatif kedua menggunakan status sebagai anggota dewan negeri untuk mendapatkan sagu hati bagi projek itu di pejabat MCA Kluang pada Oktober 2002.

Ng diwakili oleh peguam T.Vijaya Sandran. - Mstar

3 comments:

  1. Salam alfaqer

    Terima kasih di atas kunjungan dan sudi menjadi follower mountdweller

    ReplyDelete
  2. Salam Pak Din,
    sudah lama saya menjadi silent reader. Jarang miss setiap post di sini. Terimakasih kerana banyak membuka mata saya. Alhamdulillah berjaya juga saya menjadi follower setelah mencuba sekian lama.

    ReplyDelete
  3. W'salam norlaili

    Pak Din ucapkan ribuan terima kasih kerana selalu sudi ke sini dan menjadi follower.

    Pak Din tulis hanya apa yang Pak Din rasa sesuai dan patut Pak Din sampaikan.

    Pak Din tidak akan tulis perkara yang tidak ada bukti nyata dan merusakkan Iman atau Akidah terutama tuduhan dalam kes berkaitan Hudud dan Fitnah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa