Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, July 18, 2010

Mereka Memang Sakit

4 orang ADUN yang tidak hadir Mesyuarat Perwakilan Umno Bahagian Setiu memang sakit. Sama ada mereka sakit dari segi fizikal atau sakit Rohani. Kalaulah sakit dari segi fizikal boleh dimaafkan tetapi kalau sakit "rohani" amatlah malang bagi UMNO Bahagian Setiu kerana mesyuarat berkenaan dirasmikan oleh TPM.

TPM adalah orang nombor 2 di dalam hierarchy pimpinan UMNO. Jadi secara langsungnya mereka tidak menghormati pimpinan mereka sendiri.

SETIU, 18 Julai (Bernama) -- Empat Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang tidak hadir pada mesyuarat perwakilan Umno Bahagian Setiu Jumaat lepas tidak menjejaskan perjalanan mesyuarat itu, kata Ketua Umno bahagian tersebut Datuk Mohd Jidin Shafei.

Katanya mesyuarat itu berjalan dengan lancar apa lagi dengan kehadiran jawatankuasa dan perwakilan yang ramai.

"Cuma saya tidak boleh nak ulas ketidakhadiran keempat-empat ADUN berkenaan kerana mereka tidak memaklumkan kepada saya dan jawatankuasa, sebab kenapa mereka tidak hadir," katanya selepas melancarkan program Local Agenda 21 di sini pada Ahad.

Beliau yang juga anggota Parlimen Setiu berterima kasih kepada Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin yang merasmikan mesyuarat itu dan juga semua perwakilan Umno bahagian Setiu yang bertanggungjawab untuk melaksanakan tugas parti dengan menghadiri mesyuarat berkenaan.

Jelasnya, kesemua ADUN kawasan berkenaan juga tidak hadir pada mesyuarat bahagian itu tahun lalu.

Empat ADUN yang tidak hadir pada mesyuarat perwakilan bahagian itu ialah ADUN Langkap, Asha'ri Idris yang merupakan Timbalan Ketua Umno Bahagian Setiu, ADUN Permaisuri Abd Halim Jusoh (Naib Ketua), ADUN Batu Rakit, Khazan Che Mat (Ketua Pemuda) dan ADUN Jabi Ramlan Ali.

-- BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa