Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, July 19, 2010

Buat-Buat Tidak Faham Kerana Ada Muslihat

PETALING JAYA: Kumpulan Semesta Sdn Bhd (KSSB) membidas kenyataan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang disifatkan tidak bertanggungjawab serta tidak memahami amalan perdagangan industri perlombongan pasir.

Pengerusi KSSB, Abdul Shukor Nagor berkata, pihaknya dengan tegas menyangkal dakwaan wujudnya pilih kasih, amalan mencurigakan dan diskaun terpilih yang diberikan kepada syarikat tertentu seperti yang didakwa Noh.

"Kenyataannya salah dari segi fakta dan adalah jelas bahawa beliau tidak memahami amalan perdagangan atau perniagaan biasa yang turut terpakai untuk industri pelombongan pasir," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Ahad.

Noh yang juga Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani hari ini dilaporkan mendakwa mempunyai bukti wujud penyelewengan dan amalan pilih kasih oleh KSSB dalam menawarkan pembelian pasir kepada syarikat kontraktor.

Katanya, sebuah syarikat kontraktor yang dilantik KSSB iaitu Sungai Rambai Angkut Sdn Bhd (Sungai Rambai), misalnya, memperoleh diskaun 22 peratus atau RM4 bagi pembelian satu tan pasir berharga RM17.50 sedangkan syarikat lain hanya diberikan potongan 50 sen bagi kuantiti sama.

Bagaimanapun Abdul Shukor berkata, melalui amalan polisi harga KSSB, kadar diskaun ditawarkan kepada semua pelanggan yang membeli secara pukal.

"Pemberian diskaun bagi pembelian dalam jumlah banyak atau volume discount ini merupakan amalan perniagaan biasa untuk menaikkan jualan bagi syarikat," katanya.

Katanya lagi, berhubung isu kredit, sebarang hutang tertunggak terhadap KSSB daripada mana-mana pelanggan juga dikutip dalam perjalanan urusan perniagaan biasa.

Tegasnya lagi, KSSB diuruskan secara profesional serta mematuhi prinsip telus dan bertanggunjawab serta mengamalkan pentadbiran baik.

"Selain daripada mengumumkan harga di media, prosedur tender terbuka dan polisi harga kami adalah amat telus," katanya.

Menurut Abdul Shukor lagi, semua tuduhan dan dakwaan yang dibangkitkan pelbagai pihak sebelum ini akan dibincangkan dan ditangani ketika sesi pendengaran awam Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat).

"Kami berharap agensi yang berkenaan, Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) akan turut serta bersama dalam pendengaran Selcat supaya mereka boleh membentangkan dakwaan mereka tanpa rasa gentar dan mengharapkan balasan," katanya.

Malah katanya, pihak KSSB sentisa mengalu-alukan campur tangan pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjalankan siasatan berhubung isu ini.

Tambah Abdul Shukor, pihaknya bimbang tunduhan pelbagai pihak terhadap KSSB akan memberi kesan pelaburan di Selangor.

"KSSB bimbang bahawa serangan tanpa henti terhadap KSSB, sebuah syarikat yang ditadbir secara profesional dan menjana pendapatan bagi rakyat Selangor, mungkin memberi kesan terhadap keyakinan pelabur pada ketika Malaysia menghadapi keadaan ekonomi yang begitu mencabar dan tidak menentu," katanya.

Sumber dari mStar

Tujuannya tidak lain adalah untuk mencemarkan kerajaan PR Selangor dan menjatuhkan credibility Pemimpin Kerajaan Negeri Selangor supaya rakyat benci. Tetapi malangnya kerana terlalu ghairah dengan tujuan, kebodohan memakan diri. Mungkin menjadi 'Overkill' dan menguntungkan PR.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa