Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, July 21, 2010

Perpaduan Ummah : Bergantunglah kepada Tali Allah

Dari mk

"Kita bercakap perpaduan umah dan perpaduan umat Islam," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran berkaitan kewajipan bersatu padu pada "tali Allah".

"Saya nak ajak (PAS), mari duduk sama. Kita bukti ayat ini yang turun kepada kita. Kita dok letak syarat, sampai bila perpaduan tak akan selesai. Kita duduk bincang dulu," katanya yang juga ketua penerangan Umno Kedah.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan seminar pemikiran Islam bertemakan "(aliran) al-Asyairah dan cabaran mutakhir" di Akademi Pengajian Islam UM petang ini.

Jamil Khir menjelaskan lagi, kejayaan perbincangan antara PAS dan Umno bergantung kepada persetujuan parti Islam itu.

"Kita tak boleh nak paksa orang datang kepada kita," katanya.

Di bawah pula soalan Pak Bakaq a.k.a Penarik Beca di blognya yang bertajuk "Tali Allah" itu apa sebenarnya

Tun Dr Mahathir Mohamad pernah kata, "Parti Umno sudah jadi parti perasuah. Samada ahli atau pemimpin, semuanya utamakan kepentingan diri".

Adakah "tali Allah" bermakna bergelumang dengan "parti perasuah"? Begitu juga, tidakkah berpegang kepada "tali Allah" itu bermakna ia mesti bersih dari pelantak-pelantak balak di Kelantan?

Saya yakin, kalimah "tali Allah" itu perlu ditakrif dan diperjelaskan terlebih dahulu.

3 comments:

  1. bagai melepaskan anjing yang tersepit

    ReplyDelete
  2. mr edz

    Biasalah kita kena berhati-hati nanti tergigit tangan!

    ReplyDelete
  3. Salam buat A, teaqarh dan pakdinrasa

    Terima kasih kerana sudi berkunjung dan menjadi follower mountdweller.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa