Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, August 29, 2014

Adakah Mustapha Ali Memandai-Mandai?

Kalau suara Mustapha Ali (Setiausaha Agong) bukan suara PAS
Jadi siapakah yang bersuara bagi PAS?

Adakah ini bermakna tidak semestinya nama-nama yang akan dihantar oleh PAS ke Istana nanti dari PKR sebagaimana kata Mustapha Ali?

'Kenyataan Mustafa bukan keputusan muktamad'
mk - 7:50AM - 29 Aug 2014

PAS Selangor menyifatkan kenyataan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali semalam  berhubung calon menteri besar Selangor yang baru bukan satu keputusan muktamad.
    
Pesuruhjaya PAS Selangor Iskandar Abdul Samad sebaliknya berkata penentuan calon sebenar bagi jawatan tersebut akan diputuskan dalam mesyuarat pemimpin PAS Pusat sebelum diserahkan kepada istana Selangor.
    
"Kita lihat, apa yang dinyatakan Datuk Mustafa hanya sekadar bayangan saja namun kita mahu dengar keputusan akhir berkenaan siapa calon layak daripada pimpinan PAS pusat sendiri.
    
"Namun demikian, pihak saya (PAS Selangor) tidak menghantar nama untuk dicalonkan bagi jawatan itu (menteri besar baru)... kita serahkan saja pada PAS Pusat untuk menentukan siapa yang layak sebelum nama dihantar (ke istana) Rabu depan," katanya kepada pemberita di Shah Alam semalam.

Ditanya sama ada nama Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut tersenarai sebagai calon menteri besar baru yang dicadang PAS Pusat, Iskandar bagaimanapun enggan mengulas lanjut mengenainya.
    
Kelmarin, Mustafa berkata PAS akan mencalonkan sekurang-kurangnya tiga ADUN dari PKR untuk jawatan menteri besar Selangor yang baru.
    
Menurutnya, ia berikutan PAS Selangor tetap dengan keputusan untuk tidak menamakan anggotanya sebagai calon bagi jawatan tersebut.

2 comments:

  1. Kita Harap PR akan mencapai kata separate........ asal bukan Umno!!!!

    ReplyDelete
  2. Mengapa pemimpin pemimpin PAS sudah nampak kan tin gkah laku penipu dan lemah bak mat dogol ?

    Masa sudah tiba untuk misi pandang ke India....

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa