Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 25, 2014

ADUN 'Chameleon' Di DUN Selangor

Nak kata politik gila babi pun tak munasabah 
Kalau jenis insane takkan dilantik ADUN

Aku pun pelik juga
Apa perlunya SD tu sedangkan hak mengundi dan menyokong ada ditangan semua ADUN
Sekarang PAS dah menarik balik sokongan kepada Khalid bermakna Khalid sudah hilang sokongan majoriti
Jadi selepas ini sesiapa saja yang mendapat berkenan Sultan dan mendapat sokongan majoriti maka dialah MB tak kiralah Wan Azizah atau sesiapa saja

Pada aku mereka ni hanya tanak sokong Wan Azizah
Tapi dah Azmin tarik diri....mereka nak sokong siapa lagi?

Kekadang nak tengok juga macam mana tanggapan rakyat Selangor terhadap ADUN-ADUN ni melalui PRN
Rakyat Selangor nak patahkan kaki kerusi siapa. Kaki kerusi PAS atau PKR?
Atau BN kembali berkuasa...baru padan muka!

13 Adun PAS tak akan tandatangan Akuan Bersumpah sokong Wan Azizah, kata Mustafa Ali
OLEH MD IZWAN
Published: 25 August 2014
Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali bercakap semasa sidang media di ibu pejabat parti di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 25 Ogos, 2014.

PAS mengesahkan baki 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka tidak akan menandatangani surat Akuan Bersumpah (SD) menyokong Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon menteri besar Selangor.
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata, 13 Adun tersebut tidak menandatangani sebarang SD menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah seperti yang dilakukan oleh Adun PKR dan DAP.
"Tidak, perkara itu tidak berbangkit," kata Mustafa pada sidang media di ibu pejabat PAS selepas ditanya mengenai SD tersebut.
Mengenai jawatan menteri besar, Mustafa berkata pihak partinya menyerahkan kepada Sultan Selangor untuk menggunakan kebijaksanaannya bagi memilih calon yang baru.
"PAS bersetuju untuk serahkan kepada perkenan Tuanku Sultan Selangor untuk menentukan siapa pengganti bagi jawatan MB Selangor," katanya. – 25 Ogos, 2014.

21 comments:

  1. Ramai dari kita tak faham kenapa SD diperlukan..kita hanya mengulangi apa yang berlaku di Perak semasa rampasan kuasa oleh Umno..Peguam Umno telah menyerahkan satu SD yang dildalamnyer tersenarai Adun yang menyokong BN untuk diperakui oleh Sultan bahawa terdapat majoriti yang menyokongnyer. Oleh sebab itu kita mengikut jejak langkah yg sama supaya sultan tahu bahawa majoriti Adun menyokong MB adalah dari PKR Wan Azizah. Tp sayangnyer Pas tidak pernah belajar dari peristiwa tersebut...dan sengaja tidak mahu mengambil pengajaran kerana ego yang tak bertempat.

    ReplyDelete
  2. PAS pening sekarang. Susah nak jaga anak yang dah 'terlanjur'.
    Perut dah besar. Semua orang kampung dah tahu. Mana nak sorok.

    Dulu ada bini yang sah...tapi pandai2 buat cerita bini tak bagus le. Kedekut le tipu duit le. Macam2 cerita keluar. Tiba2 nak tukar bini ambik bini baru. bini baru bawah umur..Apa pun tak reti lagi. Ayah/emak tak berkenan. Senang cerita pakai 2 bini. Kemudian serah pada takdir bini mana yang boleh kekal lama.

    kih..kih..kih

    ReplyDelete
  3. pas tak sokong kak wan sbb tu calonkan azmin. pastu jumpa azmin nak khianat pr.

    kalau adun lain boleh ttgn sd knp adun pas tak boleh? sd (bukan air liur) tu yg akan dipersembahkan pd sultan sbg bukti.

    pkr n dap anggaplah pas tiada lg dlm pr. segala usaha dan tindakan pakatan rakyat selepas ini, jgnlah mengambil kira pas lagi. kalau pas nak join, terima je. tp jgn ambil kira sbrg input dr pas.

    ReplyDelete
  4. Abe

    Pokok ceritanya PAS tikam belakang kawan lagi.

    ReplyDelete
  5. saya dulu ahli UMNO(Ketua Cawangan),selepas peristiwa pemecatan DSAI saya keluar dan masuk Pasdan seterusnya menyokong PR setiap kali PRU.tapi kini tembelang Pas sudah terburai akibat krisis MB Selangor maka saya tak percaya lagi dngan kepimpinan PAS..by by.

    ReplyDelete
  6. PAS ni telunjuk lurus, kelingking berkait. Tak sangka rupanya PAS ni lebih kuat belit dan licik dari UMNO. Tarbiah TGNA tak masuk dalam hati Ustaz UG yang kemaruk jawatan dan imbuhan dunia.. bak kata peribahasa blogger kamal hisham jaafar " tangan membilang tasbih, fikiran mengira wang"... Ala-ala perangai munafik ?

    ReplyDelete
  7. Pas memang parti yang hanya boleh hidup bergantung pada orang lain. Mereka tidak amanah berkawan kerana itulah susah nak menang pilihan raya jika tak ada bantuan. Mereka adalah ulam ratahan UMNO, bila berkehendak akan didekati kerana PAS tak berapa cerdik. Mereka suka menyusahkan kawan gabungan dan angkuh. Bila dalam kesusahan mereka rela bertindak sendiri tak teringin minta bantuan
    kerana itulah negeri yang dipegang senang jatuh ketangan UMNO. Disebebkan ego kata diri hebat tetapi ternyata bodoh penting diri sendiri. Cakap berbelit belit, dalam hati ada niat jahat. Orang seperti SA PAS ini harus di tamatkan khidmat kerana tak guna dibuat kawan. Dah lah berpolitik bertahun tahun tetapi abuk pun tak ada. TGHA sebagai presiden harus berhati hati dengan orang ini, nahas nanti dibuatnya.

    ReplyDelete
  8. ape nie... tak settle lagi ker.. Su agung nie mewakili PAS ke atau dia sorang...cakap sokong tapi tak sokong.. kalau tak boleh settle letak jawatan jer...

    ReplyDelete
  9. PAS okey..hanya Tuang Presideng je yang kena cucuk hidung oleh Tok Pa dan termakan hasutan Din Ayam.

    Kalau terajang 4-3-4 malaon ni bersihlah parti itu dari musang berbubu ayam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Teruskan tok pa.jgn bagi chance bini si nuar jadi mb Selangor.sy anak jati Selangor(lahir besar bekerja)tidak rela Ber mb kan seorg perempuan,dh lah tua tak ada pengalaman

      Delete
    2. Tok Pa ni bukanlah pemimpin yg seperti mana orang PAS sangkakan. Orang ni lebih layak kita buang ke sungai di Sarawak untuk jamuan kpd buaya tembaga. Sebagai S/U dia ni tak amanah... layak ke dia diangkat sebagai S/U kalau sanggup membelakangi keputusan yg telah dibuat oleh J/K Pusat??? Saya ahli PAS, kalau mcm ini keadaan PARTI ISLAM SEMALAYSIA.... maaf saya hilang keyakinan kpd ISLAM yg digunakan. Jgn kita berpegang kpd huruf ,nama dan agama ISLAM sahaja tapi pegang dan yakinlah kepada kefahaman ISLAM.

      Delete
  10. Laaa dlm kongres berdegar2 x heran sd...awat melompat plak...karut.

    ReplyDelete
  11. PAS ini parti ahli ahli bahalol... Bila PKR dan DAP ber kawan dengan PAS maka ter paksa terima kualiti IQ Pemimpin PAS yang lemah tak dapat add value pada Pakwtan Rakyar.

    Semua orang tahu PAS tiada nilai ekonomi kerana sendiri gagal menjana ekonomi tuk diri nya sendiri , klanran papa kedana saja...

    Sekarang tak nak bagi melsyu bijak dalam PKR kuasai MB , maka tak nak suppprt PKR DSWA.

    Buang masa saja ber satu sama PAS kerana ia nya malas , pendengki dan bshalol.

    Benda kechik macam ini pun tak boleh urus tapi nak gaya dan kuasa Bentley , Range Rover , Mercedes...

    ReplyDelete
  12. padan muka pkr..... nak terajang TGHH kenapa.. kah kah

    ReplyDelete
  13. Semuanya salah PAS.. PKR & DAP parti suci drp dosa.. terbaik di Malaysia.
    Wa Azizah Presiden Parti paling cemerlang, layak jd MB..semua rakyat selangor dh xsabar ni..confirm Selangor jd maju setaraf Jepun lps ni. Rezab negeri Selangor akan melonjak jauh lebih tinggi, tiada lg masalah air, sampah..tiada lg mslh rampas bible..hidup aman damai.. itu semua DSWA buleh buat punya..

    ReplyDelete
  14. Allah maha besar. Allah telanjangkan hati busuk org2 PAS yg bertuankan melayu.
    skang sume dh boleh nampak sapa org2 PAS syaitan bertopengkan jubah,sarban.
    hina sungguh dari syaitan dikenali

    ReplyDelete
  15. Benda kechik macam ini pun PAS jadi bahalol tak boleh urus...

    Kalau dapat Hudud agak nya PAS boleh urus ke ????

    Sekarang tiada siapa percaya atau ambil kisah cakap cakap PAS...


    Anak tadika cakap pun ada nilai , PAS hancur... Malu lah , lagi tua lagi NGOK.

    http://www.themalaysianinsider.com/malaysia/article/in-selangor-no-value-to-pass-pledge-or-promise

    ReplyDelete
  16. MB BIAR ANAK NEGERI...SULTAN YANG PILIH SIAPA TANG BERKENAAN DARI PKR @ PAS....

    ReplyDelete
  17. PAS menangq dengan undi dari PAS sahaja. Komen komen mereka yang tidak jadi PAS tak penting dan semua berniat jahat belaka...biarkan si labu terjun dengan labu labunya. Bongkak sungguh Ahli PAS ni

    ReplyDelete
  18. Pas dgn umno ni dalam keadaan benci tapi rindu. Pas perasan ingat diri dia kuat. Kalau tak kerana PR jgn mimpi pas nak menang kawasan bandar.kawasan kampong umno dah tawan. Last last tingal lah pas dgn puak Ug

    ReplyDelete
  19. kah kah kah kah...bila langkah kajang dah tempang,maka semua pencacai pkr gila meroyan.kah kah kah kah....padan muke.masa bincang langkah kajang, tak mau bawa bincang....bila dah tempang mula ler pkr meroyan.kah.kah.kah.kah siap ada sd lagi ler.kah.kah.kah...jika dah ader sokongan aper perlu sd lagi bahlol oi.mohon ngadap jer lah.atau pun.......tiada yg sudi terima ngadap....kah.kah.kah.sedor ler diri tu.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa