Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 28, 2014

Berkeladak Di Selangor, Akan Keruhkah Pula Di Kelantan?

Patutkah beliau berkata begitu di sidang akhbar yang bersamanya adalah Nozula Mat Diah ADUN BN?

PAS hasrat tanding Pengkalan Kubor
mk - 12:00AM - 28 Aug 2014

Walaupun kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pengkalan Kubor ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR) sebelum ini, rakan pakatannya PAS berhasrat untuk bertanding kerusi DUN itu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kerana yakin mampu mencapai kemenangan.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Abdullah berkata kerusi itu, yang diberi kepada PKR pada Pilihan Raya Umum Ke-13, hanyalah sebagai pinjaman sahaja dan PAS boleh kembali mempertahan kerusi itu berikutan ada sokongan kuat dari akar umbi.

"Kerusi itu memang milik PAS sebelum ini, tetapi atas dasar pakatan kita beri pinjam kepada PKR untuk bertanding menentang BN dalam PRU-13 lalu," katanya kepada pemberita selepas pelancaran Kota Sejahtera Chiku di Gua Musang, hari ini.

Turut hadir Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Paloh Datuk Nozula Mat Diah dan Ketua Jajahan Gua Musang Nazran Mohamad.

Mohd Amar berkata hasrat PAS itu akan dibincangkan dengan PKR.

"Kita lihat ada peluang untuk kita menang...soal calon belum dibincangkan lagi setakat ini," katanya.

Kerusi DUN Pengkalan Kubor kosong berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, 57, di Guangzhou, China pada 20 Ogos lalu kerana kanser hati.

Allahyarham Noor Zahidi merupakan Adun Pengkalan Kubor selama tiga penggal dan Ketua Umno Bahagian Tumpat selama empat penggal.

Pada pilihan raya umum lepas, Allahyarham yang mewakili Barisan Nasional mengalahkan calon PKR Saharun Ibrahim dan calon Bebas Izat Bukhary Ismail Bukhary dengan majoriti 1,736 undi.

9 comments:

  1. Betul tu sheikh.

    Berkeladak punya, mana boleh tak berkeladak, selagi ada manusia macam Nik Amar, Ahmad Yaakob, NikAbduh & Takiyudin.

    Dibimbangi berkeladak sampai ke PRU14.

    Jgn diulangi sejarah Ganu & Kedah.

    ReplyDelete
  2. Abe,

    Realitinya PKR Kelantan kena menerima hakikat mereka amat lemah di Kelantan. Eloklah diserahkan kerusi Pengkalan Kubur kepada PAS.

    Kedua, semakin gedebe Nik Amar. Maklumlah orang yang dah tak pikul beban apa-apa lagi.Bolehlah merapu meraban ikut sedap mulut. Hudud Kelantan dan Lebuhraya Rakyat atau Lebuhraya KK-KB dah diserah semua sekali kepada UMNO/Kerajaan Pusat dengan debu dan kain pembungkusnya sekali. Dalam PRU 14 nanti, Nik Amar akan serah kerajaan PAS Kelantan pulak kepada UMNO.

    Jadi sebab kepala dah ringan, tak serabut perut seperti TGNA dulu memerintah Kelantan - apa lagi nak buat. Tunjuk samseng sana sini dan cari peluang nak ajak orang bergadug,berbalah le. Kalau tak xde kerja nak buat.

    ReplyDelete
  3. Bukan milik Pas tetapi milik umno sebab geng UG kan nak bersama umno. Bagi menang percuma kat umno aje. Nanti pru14 bagi kelantan pd umno terus.

    Geng UG macam anai2 dlm Pas, asyik nak bertelagah dgn pkr & dap. Keluarlah dari Pas masuk umno boleh jadi menteri.....

    ReplyDelete
  4. Kalu PKR yang bertanding boleh hilang wang pertaruhan.. bikin malu jer.

    ReplyDelete
  5. PAS kan PArti Anak Syaitan....

    ReplyDelete
  6. Betul kata Nik Amar... baik beri pada pas, PKR bakal hilang wang pertaruhan (judi?) jika cuba kali ini.
    Tentang sokong UG atau tidak, janganlah dibangkitkan... UG adalah satu perkara yang dituntut dalam islam sementara anti UG adalah perkara yang batil dalam islam...
    adakah seseorang yang ingin bersatu atau berukhwah sesama islam akan dipersalahkan diakhirat? berbanding dengan orang yang menjalinkan kerjasama dengan kafir harbi? cuba bawak berfikir cara agama, cara islam!!!

    ReplyDelete
  7. Aku teramat sokong PKR bertanding di PRK Kelantan nanti.. Boleh laa kita tengok macai macai PKR gantong poster mereka sendiri...

    ReplyDelete
  8. Berkerjasama dengan kafir yang baik dan adil jauh lebih baik dari berkerjasama dengan golongan yang mengaku Islam tetapi berlaku zalim dalam pemerintahan. Tak habis-habis macai PAS dok bangga kerana mereka paling banyak menggantung poster sewaktu PRN atau PRU. Di PRU13 lepas PAS kalau dilihat di Trengganu memang menang poster 80% berbanding BN, tetapi apabila keputusan dikeluarkan PAS tetap jadi pembangkang. Apa cerita macai?

    ReplyDelete
  9. Dah tunjuk sikap tamak pulak.
    Dah complete sikap negetive Pas ditonjolkan buat tatatan
    Penyokong PR
    Tanda Kelantan hampir jatuh pd BN jika ikut TMB ni,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa