Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 31, 2014

Budak Kurang Asam Ni Merapu Apa Pulak?

Aku bukan nak sokong Anwar atau nak ampu Wan Azizah
Aku tak suka kegelojohan Anwar dan aku juga tak suka sikap 'Mak Turut' Wan Azizah
Tapi bagi jawatan MB tu Wan Azizah memang ada kelayakan
Dia Presiden parti dan mendapat sokongan majoriti di DUN Selangor serta berpelajaran 

Tetapi yang janggalnya budak serban besar ni buat umpaan yang tidak kena masa dan tempat
Dia ni sekolah kat mana dulu?

Dia nak bandingkan dengan Nik Aziz?
Fahamkah dia situasi semasa itu?
Semasa itu Nik Aziz Menteri Besar - Ketua eksekutif kerajaan Kelantan - Maknanya beliau memegang kuasa
Sedangkan Anwar apakah kuasanya?
MBkah dia? PMkah dia atau TPMkah dia?

Dia hanya ketua Umum PKR dan Ketua Pembangkang di Parlimen yang menunggu masa dikurung lagi

'Nepotisme hanya untuk menantu Nik Aziz?'
mk - 11:44AM - 30 Aug 2014

Anggota jawatankuasa pusat PAS Nasrudin Hassan meneruskan kritikannya atas amalan nepotisme, yang kini menjmenjadi tumpuan dalam isu pencalonan presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail ke jawatan menteri besar Selangor.

Dalam tulisannya di Facebook, MP Temerloh itu mempersoalkan sikap PAS dalam menangani isu tersebut pada masa ini, memandangkan parti Islam tersebut pernah terpalit dengan masalah sama pada 2009.
Beliau merujuk kepada isu pelantikan menantu kepada Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menteri besar Kelantan pada 2009 ke jawatan ketua pegawai eksekutif Perbadanan Menteri Besar Kelantan.

Katanya, menantu Nik Aziz itu, Abdul Ariffahmi Ab Rahman terpaksa berundur selepas pelantikan ke jawatan berkenaan mencetus kontroversi.

“Istilah nepotisme menjadi asas kritikan. PAS Pusat menasihati Kelantan dan Ariffahmi akur. Apakah selepas lima tahun, nepotisme tidak lagi menjadi isu pada hari ini?

“Atau nepotisme hanya untuk Ariffahmi menantu (Nik Aziz), tidak kepada yang lain?,” soalnya dalam tulisan di Facebook.

Dengan sinis, beliau seterusnya menyatakan bahawa PAS sepatutnya sudah boleh menerima amalan nepotisme ketika parti Islam tersebut menghadapi isu pelantikan Ariffahmi.

“Kalau nepotisme dibenarkan dan diterima, kenapa baru sekarang? Sepatutnya ia sudah diterima pada lima tahun yang lalu.

“Barangkali lima tahun lalu tidak wajar isu nepotisme dibangkitkan bagi mewajarkan amalan nepotisme di hari ini,” katanya.

Dalam kenyataannya di laman itu, beliau turut memuatkan pautan ke satu video berhubung kenyataan timbalan presiden PKR Azmin Ali, mengenai isu pemilihan calon untuk jawatan tersebut.

4 comments:

  1. Cukup2lah buat stetmen bodoh....ada akal ka kau ini...sakit hati kalah2 otak umno

    ReplyDelete
  2. Tengok muka dari dahulu pun tiada seri dan aura sebagai seorang pemimpin parti Islam. Macam manalah rakyat Temerloh terlalu bodoh memilih beliau sebagai MP mereka? Bukankah Saifuddin Abdullah sejuta kali jauh lebih baik dan telus berbanding Munafik PAS ini?

    ReplyDelete
  3. Tolong lebai menyampah layan statement lebai udddddd sungguh. Balik termerloh balajar politik.......ataupun letak keahlian pas masuk umno.....lebih baik. Budak-budak mentah....hingusan payah suka menyampuk orang tua-tua cakap.

    ReplyDelete
  4. Abe..
    Hehehehehe.
    Mamat neh memancing kat laut pkai umpan cacing yg dicangkul belakang rumah

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa