Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 26, 2014

Laporan Ini Dikatakan Fitnah Dari The Malaysia Insider

Laporan Harakah dakwa TMI fitnah Hadi:

Hadi Buat Penyokong PAS Terkejut Beruk!

Kantoi........baru tahu siapa bapak UG!
Oo.....itu sebabnya bila ditanya Azmin jawab ' Parti lebih utama dari jawatan!"

Maaflah kalau orang Kelantan kata 'oghe ganu tokleh wat kira'
Kebetulan pula Hadi dan Stopa orang Terengganu
Tapi Mad Yaacob dan Nik Amar orang Kelantan.....

Hadi dah humban 'Amanat'nya ke longkang!
Aku pun kena tipu gaklah satu ketika dulu......

Hadi tawar Azmin sertai PAS bentuk kerajaan bersama Umno, dakwa AJK PAS Pusat
OLEH AMIN ISKANDAR, PENGARANG BERITA
Published: 26 August 2014
Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengaku semalam yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor. – Gambar fail The Malaysian Insider, 26 Ogos, 2014.

Mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat semalam dikejutkan pengakuan presiden parti Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang beliau menawarkan Timbalan Presiden PKR Mohamad Azmin Ali menyertai PAS bersama beberapa rakannya bagi membentuk kerajaan bersama di Selangor.
Namun, tawaran itu kemudiannya ditolak Azmin.
Menurut seorang AJK PAS Pusat yang menyertai mesyuarat semalam, Hadi mengesahkan perkara itu setelah ditanya oleh ahli Parlimen Sepang, Mohamad Hanipa Maidin tentang perkara itu.
Ia diikuti pertengkaran hangat antara Hadi dan Hanipa.
AJK PAS Pusat itu mengesahkan kepada The Malaysian Insider pengakuan Hadi itu ekoran tersebarnya maklumat dalam laman sosial kononnya PAS menawarkan jawatan menteri besar kepada Azmin untuk membolehkan kerjasama dibuat dengan Adun PAS, Umno dan Tan Sri Khalid Ibrahim bagi membentuk kerajaan.
Menurut sebaran itu, isu itu bermula dalam mesyuarat semalam apabila seorang AJK PAS Pusat bertanya kepada presiden adakah benar perkhabaran beliau dan Setiausaha Agung Datuk Mustafa Ali mengadakan pertemuan dengan Azmin.
Presiden mengatakan perkhabaran itu benar.
"Kalau PKR boleh curi wakil rakyat PAS maka PAS pun boleh berbuat perkara yang sama," kata Hadi, menurut sebaran itu.
AJK yang sama bertanya lagi isi kandungan perbincangan dengan Azmin, lalu dijawab yang Azmin diajak menyertai PAS bersama dua atau tiga orang lagi Adun PKR.
AJK yang sama menyambung pertanyaan, “Kalau dicampur PAS yang 13 orang dengan Azmin dan 2 orang Adun PKR, bilangan cuma 16 orang. Bagaimana hendak mengadakan kerajaan?”
Belum sempat Hadi menjawab, seorang AJK lain mencelah dan bertanya adakah presiden bersetuju bekerja sama dengan Umno.
"Lantas presiden menyatakan persetujuan, malahan presiden memberikan alasan menjaga Melayu sebagai asas perpaduan," kata sebaran itu yang disahkan kebenaran sebahagian besar isi kandungannya oleh AJK PAS Pusat itu kepada The Malaysian Insider.
Azmin ketika ditemui wartawan semasa Kongres PKR hujung minggu lepas mengakui beliau ada berbincang dengan Hadi sehari dua sebelum itu.
Antara kandungannya, kata Azmin, adalah mengenai pilihan raya kecil Pengkalan Kubor.
Sebelum ini, The Malaysian Insider melaporkan, Hadi berkeras dalam mesyuarat itu yang Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tidak boleh dicalonkan sebagai menteri besar Selangor kerana dia wanita dan kerana dia juga tidak layak.
Tindakan Hadi ini jauh berbeza dari sikapnya dalam mesyuarat 17 Ogos lepas apabila beliau sendiri yang mencadangkan nama Dr Wan Azizah dan Azmin untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar Selangor.
Pencalonan Azmin pula ditolak oleh 13 Adun PAS Selangor yang masih tinggal selepas dua dari mereka menyokong pencalonan Dr Wan Azizah.
Ekoran tindakan dua Adun PAS itu, Khalid hilang peluang untuk kekal sebagai menteri besar kerana bilangan penentang beliau membentuk majoriti iaitu 30 dari 56 kerusi dalam DUN Selangor.
Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharudin (Morib) berpecah dari kelompok PAS apabila mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah atas dasar untuk menyelamatkan kerajaan Pakatan Rakyat.
Dalam sidang media selepas mesyuarat AJK PAS Pusat semalam, Mustafa berkata, mesyuarat  mengambil keputusan menyerahkan kepada kebijaksanaan Sultan Selangor melantik menteri besar yang baru. – 26 Ogos, 2014.

Aku tambah: Inilah amanat konon yang dijaja satu ketika dulu

18 comments:

  1. wah..makin rancak...dan berkocak2...

    ReplyDelete
  2. Bukan amanat sahaja akan ke longkang, Haji Hadi dengan serban dan jubah dia dan geng juga boleh dihumban sekali ke longkang.

    Tak guna punya orang.

    ReplyDelete
  3. Kalau jadi UG nanti kita dapat tengok Hadi akan pakai kot dan tali leher jenama gucci, hugo boss, armani dll. Tapi dia pakai pakai neck tie di kepala bukan di leher!

    ReplyDelete
  4. dulu tak boleh, sekarang dah boleh... fulus lebih berkuasa. heeehaaaaaa.

    ReplyDelete
  5. akhlak orang berjuang....hampassssss

    ReplyDelete
  6. Mana penyokong tahap "pariah" Adi Awe ni? Masih belum percayakah? Adakah perlu Malaikat pembawa wahyu turun kembali ke dunia bagi membezakan yang mana Pewaris Nabi atau UlarMamak? Tak semua perkara yang perlu berlaku di hadapan mata baru kamu semua nak percaya, kerana dari segi beragama sekalipun, pernahkah kamu melihat Rasulullah maka baru kamu perlu percaya bahawa wujudnya Rasulullah atau Islam? Tentu tidak kan? Sekurang-kurangnya Azmin Ali yang dikatakan lebih korupsi dari Khalid Brahim telah berpendirian tegas dan jauh lebih Islamik dari Adi Awe ini....Makang Ikang sama Menantu Ayang (Ayam).

    ReplyDelete
  7. kita mesti respek kat hadi. dia sanggup berkata benar walaupun kebenaran itu pahit.

    ReplyDelete
  8. Mcm Yaser Arafat pulak aku tengok Tghh ni.
    Masa muda bukan lantang...mcm singa ngaumannya..
    Tapi..bila udh tua....mau berpeluk2 pula..
    Akhirnya...Yaser Arafat fikatakan mati keracunan oleh agen mosat israel...

    ReplyDelete
  9. Betul tu Anon 4:08

    Berkata benarlah kamu walaupun ianya pahit......Dari PRU12 dan masuk PRU14 dah baru nak mengaku (berkata benar) bahawa dia "Boss" UG. Podah dei....

    ReplyDelete
  10. Mengekalkan perlembagaan penjajah bersama UMNO tentunya lebih baik daripada mengekalkan perlembagaan penjajah bersama DAP dan PKR .

    Alhamdulillah , TGHH sudah insaf bahawa Islam dan Melayu akan lebih cepat binasa dengan berkuasanya PKR dan DAP .

    Semoga Allah membuka hati pemimpin2 PAS yang lain agar dapat melihat yang benar itu benar dan yang bathil itu bathil .

    ReplyDelete
  11. Hati-hati terima berita...

    Zaman penuh fitnah seperti sekarang lebih baik berjimat cermat dalam melayani berita gempaq sebegini...

    Majoriti besaq nya sekadar nak mengolah persetujuan sahaja...

    Dalam sedih aku juga bersyukur...

    Melalui krisis MB S'ngor ni aku lebih mengenali satu demi satu blogger yang tak layak dipercayai...

    Mereka sendiri yang beria-ia mendedahkan aib diri, hangpa jangan tuduh aku saja gatai nak mengintai...

    Sendiri mau ingat noo!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku setuju bab lebih mengenali blogger ni. Banyak yang lebih sudu dari kuah. Mengeruhkan keadaan ada la.

      Delete
  12. malunya bro!!!! mana nak letak muka dengan bukan islam... dlam diam dia berjiwa melayu... buat tahaluf siyasi macam islam.. tapi tahaluf siyasi jd batu loncatan utk berUG... Semoga Allah ampunkan dia

    ReplyDelete
  13. Masya ALLAH

    Apa kah sama orang orang Bahalol dengan orang orang Tidak Bahalol ?

    Mengapa kah AMANAT orang orang bahalol mudah di percayai dari AMANAH orang orang yang bijak lagi mulia hati dan tindak tanduk nya...

    Apa kah Melayu Melayu itu bahalol otak nya dan benggap hati nya ???

    Hidup ini jangan lah menongkat langit , kerana sesungguh nya Batu Nesan juga rebah di makan masa dan usia..... Ketahui lah.

    Mamak , Bagi AMANAT Teh Tarek satu !!!!!

    ReplyDelete
  14. hadi dah boleh bungkus angkat kaki tinggalkan PAS, err.. jgn lupa bawak sekali amanat tu bila keluar.

    ReplyDelete
  15. sudahlah pencacai @ba... umno be end jgn dok buat fitnah.

    ReplyDelete
  16. Bila orang munafik bawak berita, elok siasat dulu...... Jangan kita pulak jadi penyambung fitnah...

    Fahammmmm???

    ReplyDelete
  17. confirm hadi ada masalah mental ..... meeting jk pusat pas sokong wan azizah dan azmin... hari ni tak sokong wan azizah sebab betina sundal di mata istana ... hadi dah gila sakit jiwa dan seharusnya kembali kpd allah secepat mungkin bersama harun taib. amin

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa