Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 26, 2014

Haru: Hadi Tolak Wan Azizah, 13 ADUN Tolak Azmin!

Apabila Parti Kalut Dan Riuh (PKR) dan Parti Agah Sorang (PAS) tunjuk bagak
Rakyat selangor jadi bengang!
Penyokong jadi bingung......

Mesyuarat PAS tegang, pemimpin tolak pilihan MB Selangor Hadi
OLEH AMIN ISKANDAR, Pengarang Berita
Published: 26 August 2014
Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali yang mengetuai sidang media semalam selepas tamat mesyuarat pemimpin tertinggi PAS. Gambar fail The Malaysian Insider.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berdepan dengan penentangan ahli partinya sendiri apabila 13 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Selangor menolak calon menteri besar Selangor pilihannya – Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali ketika mesyuarat jawatankuasa pusat, seminggu selepas mereka memutuskan menghantar dua nama.
Mesyuarat semalam menyaksikan ketegangan berlaku di antara Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin dan Hadi berhubung usaha PAS menyokong Azmin untuk jawatan tertinggi negeri itu berbanding Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, kata sumber.
“Terdapat ketegangan apabila Hanipa mempersoalkan langkah menyokong Azmin selepas 30 Adun termasuk Azmin sendiri menyatakan sokongan kepada Dr Wan Azizah. Hanipa mahu tahu siapa lagi menyokong Azmin,” satu sumber memberitahu The Malaysian Insider dan menambah tiada jawapan diberikan kepada soalan itu.
PAS mempunyai 15 kerusi daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor manakala PKR mempunyai 13 dan DAP 15. Selebihnya adalah 12 Adun Barisan Nasional (BN) dan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menteri besar yang kini menjadi Adun bebas selepas dipecat PKR.
PAS, PKR dan DAP menubuhkan Pakatan Rakyat (PR) yang mengatakan 30 Adun, termasuk dua dari parti Islam itu menyokong Dr Wan Azizah bagi jawatan tertinggi negeri itu.
Sumber itu juga memberitahu, mesyuarat semalam menyaksikan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kecewa dengan pendirian keras Hadi agar dua nama dihantar kepada Sultan Selangor untuk jawatan menteri besar.
Mohamad tidak ada bersama pada sidang akhbar selepas mesyuarat PAS semalam. Difahamkan timbalan presiden PAS itu mengelak untuk bertemu media dan meninggalkan mesyuarat menggunakan pintu belakang selepas ia berakhir, begitu juga Hanipa.
Hadi juga tidak bertemu media selepas mesyuarat dan menghantar Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali untuk memberikan kenyataan satu perenggan dan memberikan penjelasan kepada media yang menanti.
Dalam mesyuarat semalam, ketegangan berlaku kerana Hadi bertegas tidak mahukan Dr Wan Azizah untuk memimpin negeri terkaya itu, menjadikan PAS tersepit selepas Adun mereka di Selangor memberitahu Hadi mereka tidak akan menyokong Azmin.
"Presiden tidak mahu Dr Wan Azizah, 13 Adun Selangor pula menolak Azmin, jadi hasilnya kita serahkan kepada Sultan untuk membuat pilihan," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider dengan syarat tidak dinamakan.
Sebaik saja selepas mesyuarat selama dua jam semalam, Mustafa membacakan kenyataan satu perenggan yang berbunyi:"Mesyuarat Jawatankuasa Kerja PAS Pusat pada hari ini 25 Ogos 2014 bersetuju untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor.”
Mustafa juga enggan mengesahkan sama ada parti itu bersama pendirian Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) untuk menamakan Dr Wan Azizah dan sebaliknya memberitahu pemberita agar ‘tafsir (kenyataan) itu sendiri’.
"Mesyuarat (semalam) bertujuan untuk memutuskan sikap PAS selepas keputusan Pakatan berbeza dengan keputusan PAS,” kata sumber itu.
“Hasilnya mesyurat memutuskan, kita serah kepada Tuanku untuk memilih siapa calon menteri besar Selangor.”
Sumber berkata, ramai dalam mesyuarat semalam terkejut dengan penegasan Hadi kerana beliau sendiri yang mencadangkan kedua-dua Dr Wan Azizah dan Azmin dipertimbangkan untuk jawatan itu semasa mesyuarat parti pada 17 Ogos.
"Presiden memberikan dua alasan. Satu alasan agama dan satu lagi kelayakan," kata sumber itu merujuk kepada hujah mengatakan Dr Wan Azizah tidak layak memimpin kerana beliau merupakan seorang wanita.
13 Adun PAS Selangor bertemu Hadi dua kali selepas rakan mereka Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin mengisytiharkan sokongan mereka kepada Dr Wan Azizah.
Kali terakhir mereka bertemu pada 20 Ogos di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut. Azmin juga dikatakan sudah bertemu dengan Hadi pada hari berkenaan untuk membincangkan beberapa perkara termasuk Pilihan Raya Kecil (PRK) Pengkalan Kubor.
Mustafa semalam berkata, 13 Adun PAS tidak akan menyertai dua rakan mereka dan 28 Adun PR menandatangani akuan bersumpah menyokong Dr Wan Azizah sebagai menteri besar.
Bagaimanapun, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan semalam surat mencalonkan isterinya untuk jawatan itu sudah dihantar ke istana.
Beliau berkata, tiada keperluan parti gabungan itu menghantar surat secara individu kepada Sultan berhubung pencalonan tersebut. – 26 Ogos, 2014.

14 comments:

  1. Macam ni perangai nak kita panggill Hadi sebagai Tuan Guru? Tak payahlah. Cakap berbelit-belit, siang lain, petang lain, malam lain. Adakah dia layak sebagai pentadbir sewaktu dilantik sebagai MB terengganu dulu? Dengar cakap, semasa MB di Terengganu, pentadbirannya kelam kabut sampai rakyat Terengganu meluat dan tukar keoada UMNO hanya satu penggal. Hadi sendiri kalah di parlimen Marang. Apa jenis presiden la...

    ReplyDelete
  2. dah bosan.... biar sajalah BN perintah Malaysia ...dulu kini selamanya

    ReplyDelete
  3. Serban tebal sangat...iblis kena tarah kuat sikit kat kpala tu pasal kepimpinan Pas kuat sengal dia..

    ReplyDelete
  4. Isu MB selangor...PAs paling kedepan sebagai mangkok...

    ReplyDelete
  5. hadi ni dulu pandai mengkafirkan orang jerr..perintah terengganu suka amalkan sikap balas dendam...tuhan bagi dia cash selepas tu...dia lingkup di terengganu..itu pun tak sedar2...kah kah kah

    ReplyDelete
  6. Kapla tok guru dah gelap krn ditutup spendar xxxxl putih yg tak pernah dipakai..

    jd lah dia tok guru FITNAH
    dialah juga tok guru BELIT
    dia juga tok guru KHIANAT
    tok guru kpd setan2 yg SEMBUNYI
    setan2 jubah sarban yang suci
    yg bg peluru hidup kpd setan2 dkenali

    kpd lebai2 yg tak jls lagi..
    gi hantok kapla kat tong tahi!!

    ReplyDelete
  7. mcm sedap bunyinya: 'kita serah pada sultan' kenapa masa krisis perak dulu tak serah pd sultan? sampai komando2 pas baring di atas jalan. siapa presiden pas masa tu? dasar tak ada pendirian!

    ReplyDelete
  8. Solution terbaik di Selangor adalah bubar je DUN dan buat PRN. Kedua, PKR & DAP buang PAS dari Pakatan Rakyat. Biar PAS berkerjasama dengan UMNO, MIC dan MCA untuk menghadapi PRN.

    Nasib Pakatan dan nasib PAS + UMNO+MCA+MIC biar rakyat t3ntukan. Untung sabut timbul, kalau rugi tenggelam.

    ReplyDelete
  9. Kenapa WAWI tak layak jadi MB? Nelayan boleh jadi presiden parti, ok jer.

    ReplyDelete
  10. Kalo tuang presideng keras kepala camni...apa kata tuang presideng tukar je nama parti, Parti Tuang Presideng...semua ahli kena wala dengan tindakan tuang presideng...aku rasa geng ug je yang join parti tu...fzt boleh jadik ahli pertama...dalam blog, kat atas doa tamau gaduh tamau cerca, isi blog dok cerca orang...sama lidah berbelit cam tuang presideng...

    ReplyDelete
  11. Salam Pak Din

    IF (it's a big if) TGHH & "puak-a Kerajaang Perpaduang" dia + Mustopa Ali tu memang ada konspirasi nak "betray PR" & pakat join sama UmNo-BN untuk tadbir S'ngor & mana' tempat, okay that's it...saya mufarakah politik.

    Kalau camtu sekali TGHH kemaruk kuasa, khianat janji maka betui cakap Tun M, "Better the devils (UMno itself) we know, then" !!

    TGHH OUT NOW !

    ReplyDelete
  12. La ni keputusan terpulang pada 13 adun tu, mereka lebih ahli dengan masalah depa. Depa yang jadi kata putus sekarang. Ustod Hadi dah beri pendapatnya, tapi Ustod Hadi bukan ahli dengan masalah di Selangor dan bukan dipilih oleh rakyat Selangor, yang dipilih adalah 13 orang tu.... jadi kamu lebih layak membuat keputusan.

    Masalah taat pemimpin bukan keutamaan sebab perkara itu bukan mutlak sesuai dengan surah An-nisak (58-59)

    [58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

    [59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

    ReplyDelete
  13. La ni keputusan terpulang pada 13 adun tu, mereka lebih ahli dengan masalah depa. Depa yang jadi kata putus sekarang. Ustod Hadi dah beri pendapatnya, tapi Ustod Hadi bukan ahli dengan masalah di Selangor dan bukan dipilih oleh rakyat Selangor, yang dipilih adalah 13 orang tu.... jadi kamu lebih layak membuat keputusan.

    Masalah taat pemimpin bukan keutamaan sebab perkara itu bukan mutlak sesuai dengan surah An-nisak (58-59)

    [58] Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menyerahkan segala jenis amanah kepada ahlinya (yang berhak menerimanya), dan apabila kamu menjalankan hukum di antara manusia, (Allah menyuruh) kamu menghukum dengan adil. Sesungguhnya Allah dengan (suruhanNya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu. Sesungguhnya Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.

    [59] Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.

    ReplyDelete
  14. apa apa pun Hadi tak salah sebab rakyat dan ahli ahli yang kurang kualiti otak dan bahalol yang pilih Hadi jadi Presiden PAS.

    bagi lah Hadi sikit Benefit Of Doubt , yang pasti Hadi memang mantap dalam kluar Amanat.

    Hadi punyea pasal , ber puluh puluh ADUN dan MP PAS kena cari kerja lepas PRU14... tak mungkin nak tinggal kan Ahpart & VellFire jadi nelayan sungai kot ????

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa