Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 26, 2014

Ini Fitnah?

Aku C&P dari blog lusuka.com

Tuesday, August 26, 2014

Kalau Benar Cerita Ini Eloklah PAS Isytihar Keluar Pakatan Rakyat Sahaja Supaya Tidak Dicop Munafik

Sebuah pendedahan berani telah ditulis oleh owner page Rakyat Bangkit. Tulisan di situ ada dicopy paste 100% seperti di bawah. Jika pendedahannya palsu, PAS perlu menjawab dengan penuh keikhlasan. Buktikan bahawa PAS tidak pernah teringin hendak ber'UG' dengan umno.

Ini pendedahan beliau... Benar atau tidak PAS kena jawab kerana tuduhan sudah dibuat.

●17hb Ogos 2014
■10 pagi. Mesyuarat JKPP bersetuju
1. DS Wan Azizah9 2. Azmin

■4 petang. Majlis Pimpinan PR bersetuju selepas Azmin menarik diri:
1. DS Wan Azizah kekal.
2. Pimpinan juga bersetuju 3 peguam dari ketiga-tiga parti membuat surat untuk menyatakan sokongan kepada Wan Azizah sebagai MB untuk di hantar kepada Sultan Selangor.

●22hb Ogos 2014.
☆Mustafa Ali (U Turn) enggan menandatangani surat yg di buat Peguam ke tiga-tiga parti.

☆Malangnya telah berlaku perjumpaan Presiden PAS TG Hj Hadi dengan Timbalan Presiden PKR Azmin untuk memujuk Azmin bersetuju membentuk Kerajaan Perpaduan:
PAS (13) + TSKI + AZMIN + 3 Orang PKR Lompat = 18 Orang

Baki Yang seterusnya datang dari mana..?

Telah wujud pakatan di dalam kelam iaitu tambahan dari BN(12) JUMLAH KESELURUHAN9 18 + 12 = 30

Pakatan Kerajaan Perpaduan di yakini dapat di bentuk bersama-sama dengan Azmin.

1. Azmin di berikan masa menanti selama 6 bulan untuk TSKI menghabiskan tempoh pemerintahan sebagai MB di Selangor.

2. Azmin akan mengambil alih selepas 6 bulan sebagai MB Selangor.

3.Azmin yang mempunyai sentimen peribadi dengan TSKI akhirnya memaklumkan kepada Pimpinan PKR pertemuan beliau dengan TG Hj Hadi. RAHSIA TERBONGKAR.

4. Mesyuarat JKPP di cipta khas pada 25 Ogos 2014, Isnin untuk sekali membuat U TURN keatas perjanjian yang telah di buat.

5. Segala perancangan ini di atur oleh Mustafa Ali.

PERSOLAN WALA'.

KEPADA SIAPA SEBENARNYA WALA'..?

Ketua dan yang mengetuai misi ini ialah:

1. Mustafa Ali. (Ketua Perancang)
2. TG Hj Hadi. (Pengikut Rancangan)
3. Dr Samsuri SETPOL Presiden (Pengikut Rancangan)

A. Sedarkah ahli-ahli PAS dan PIMPINAN PAS yang sebenar-benar mengatur rancangan ialah Mustafa Ali.

Setiausaha Agung PAS yang bukannya Ulama. Beliau telah mempergunakan Presiden sebagai mencatur bagi kerja politik ini.

B. Beliau ialah Bekas Ketua Pemuda PAS 1978 yang pernah mengemudikan Pemuda bersama TG Hj Hadi yang pada ketika itu AJK beliau. TG Hadi masih mengguna pakai Mustafa Ali sebagai orang yang pernah menjadi Ketua beliau suatu ketika dahulu.

C. Presiden hanya mengikut cakap Mustafa Ali sehinggakan beberapa kes yang telah di kenal pasti.

i). Pemerintahan PAS Terengganu. Kesemuanya di lakukan oleh Mustafa Ali sehinggakan Terengganu terlepas ketangan BN 2004. Pencaturan politik Mustafa Ali menguasai keadaaan. Bukan TG Hj Hadi yang menjadi Menteri Besar tetapi Mustafa Ali yang mengawal pentadbiran.

ii). Pencaturan politik Perak juga berlaku sehingga Kerajaan Perak tumbang di tangan BN

iii). Tanyalah kepada orang-orang yang terlibat di dalam kemelut di Kedah. Siapakah yang terlibat di peringkat pusat sehinggakan kemelut Kedah gagal di tandatangani? Mustafa Ali juga sebagai pencatur sehingga kecundang kerajaan PAS Kedah.

iv). Kes Selangor selaku isu terkini. Mustafa Ali kini cuba menjuarai politik PAS dengan membuat percaturan keatas Presiden PAS sehinggakan politik Selangor menjadi kelam kabut.

D. Perlukah kita wala' kepada pencatur politik buat Presiden yang di belakangnya Mustafa Ali selaku penyusun bidak-bidak catur.

E. Ahli dan Penyokong PAS harus sedar hakikat politik dalaman PAS pada ketika ini. Kelicikan Mustafa Ali mesti di hentikan.

F. Semenjak Tahun 1978~ 2014 (36 Tahun). Mustafa Ali masih kekal bergayut sebagai Dewan Harian tanpa gagal.

G. Pengarah Pilihanraya PAS Pusat di tubuhkan hanya untuk memasukkan Mustafa Ali sebagai Ahli Dewan Harian. Bukankah kuat pegangan politik beliau di dalam PAS Pusat..?

H. Politik beliau sentiasa segar (Ever Green) kebelakangan ini apabila mempergunakan Presiden untuk sebarang percaturan.

I. Politik Mustafa Ali seperti juga politik Marwan Al Hakam. Sentiasa kekal berselindung sepanjang zaman.

SIAPAKAH MARWAN AL HAKAM....??

1. Pernah di lantik sebagai Gabenor Madinah zaman pemerintahan Saidina Ustman Al Affan.

2. Pencatur politik zaman Saidina Ustman sehingga berlaku kekalutan politik pada ketika itu yang akhirnya berakhir dengan kematian Khalifah.

3. Di antara pencatur yang terlibat sehingga tercetusnya Peperangan Jamal.

4. Pencaturan politiknya yang sentiasa di lihat Ever Green berjaya mengambil alih Tanpuk Pemerintahan Kerajaan Khalifah Bani Umaiyah 623H~685H.

5. Jawatan Khalifah akhirnya berjaya di serahkan kepada anaknya iaitu Abdul Malik Bin Marwan.

6. Politik Marwan yang licik telah menyebabkan beliau mampu bertahan dari zaman Saidina Ustman Al Affan menjadi khalifah sehinggalah beliau sendiri menguasai tampuk pemerintahan Khalifah Kerajaan Bani Umaiyah. Puluhan tahun menjadi pencatur politik sehingga meletakkan beliau di atas singgah sana.

KESIMPULAN :

Poiltik Mustafa Ali harus di hentikan serta merta jika ingin melihat Pakatan Rakyat berjaya mengemudikan perjalanan ke Putra Jaya.

Pakatan Rakyat yang berkecamuk pada ketika ini ialah hasil usaha Mustafa Ali yang telah mempergunakan Presiden PAS demi survival politiknya. ~ Nie Feng Rakyat Bangkit

4 comments:

  1. ?????????

    biaq betui?

    ReplyDelete
  2. Perkara...ii. tu menarik sekali.percaturan politik oleh mustafa ali hingga tumbang kerajaan perak kepada bn.nampak sangat penipuan nya.bangsat sungguh sipenipu nie.maka yg bodohpiang terus percaya.yg kurang cerodek jer yg akan terus mempercayai cerita nie.apa ler punya haprak sipenulis nie.2 dari pkr dan 1 dari dap yg lompat parti,alih alih mustafa ali plak yg mencatur nya.aik..mustafa ali nie umno ker?itu ler bila simunafik bawa berita baik ditapis.dan jenis malas lagi buta sejarah terus percaya.bodo punya orang.

    ReplyDelete
  3. ?????????
    Ada masalah ker...

    ReplyDelete
  4. Menarik....tapi boleh jadi damage control puak UG dan so-called pro-ulama nak kambinghitamkan Mustafa Ali. Sebenarnya puak UG ni semua sama perangainya. Dia boleh kencing sama sendiri bila tersepit. Contoh nasib Nasaruddin Mat Isa dan Hassan Ali. Expired; lu kena ambik taik. Itulah nampaknya setiakawan UG. Jangan mudah tertipu. Serban yang dipakai dan quran dan hadis yang dibaca boleh menjelma menjadi species seperti ulama-ulama UMNO. Ingat akhir zaman ada ulama dunia, ulama suk dan golongan pendakwah2 duduk di pintu neraka mengajak untuk masuk bersamanya. Awas ye.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa