Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 27, 2014

Kalau Ada Tuah ADUN PAS Akan Merasa Jadi MB Selangor!

Cuma kenyataan baru-baru ini 'PAS tidak tuntut kerusi MB'
Walau apa pun PAS tidak terikat dengan janji dan kata-kata

Calon MB: PAS Bermesyuarat Malam Rabu Tentukan Calon
Diterbitkan: Rabu, 27 Ogos 2014 2:48 PM - mStar
Oleh: SOFEA SUSAN ALBERT KASSIM

SHAH ALAM: PAS Selangor akan mengadakan pertemuan dengan Setiausaha Agung parti itu, Datuk Mustapa Ali (Setiausaha Agung PAS) untuk membincangkan mengenai calon bagi jawatan menteri besar Selangor, pada malam Rabu.
Pesuruhjayanya, Iskandar Abdul Samad bagaimanapun enggan mendedahkan lokasi pertemuan tersebut.
"Satu pertemuan dengan Mustafa Ali akan dibuat malam ini (Rabu). Maaf saya tak boleh beritahu di mana... kita belun putuskan... tunggu selepas mesyuarat," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada PAS sudah menamakan calon untuk jawatan menteri besar Selangor yang baharu.
Iskandar berkata, keputusan terakhir mengenai calon menteri besar berada pada PAS Pusat yang akan bermesyuarat mengenai perkara ini dalam masa terdekat.
"Perkara ini akan dibincangkan di peringkat pusat dan mereka akan minta pandangan daripada kami (PAS Selangor).
"Kesemuanya akan ditentukan oleh PAS Pusat nanti. Setakat ini mereka belum bermesyuarat," katanya selepas mesyuarat exco di Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), petang Rabu.

17 comments:

  1. Sprti tski, pas brsndirian tdk mempunyai sokongan majoriti. Dpt tdk, mb tetap dari pkr. Senang cerita, bubar Dun.

    ReplyDelete
  2. berlaku PRN Selangor..PAs bole nilaikan sendri waktu tu..samada mereka bijak berpolitik @ tidak.
    Samada Pas tak reti kira @ lupa nak kira % pengundi bukan melayu yg ada di Selangor..
    jgn lupa juga % pngundi melayu yg dah mmg meluat & brtambah meluat dgn kelaku PAs...

    ReplyDelete
  3. bertuah sunnguhlah hangpa jadi MB dengan sokongan UMNO..nk kata munafik marah

    ReplyDelete
  4. bukan cerdik, PAS seperti ular menyelit, ambil peluang untukk berkuasa...cukup la kelantan untuk PAS...penang untuk DAP dan bagilah peluang untuk PKR di selangor. Rata2 sudah pandang serong dengan PAS sekarang ini, jangan diharap PRU masa depan, PAS akan dapat kerusi sebanyak ini...kena ingat ini selangor, pengundi nya multiracial...yang merobohkan PAS adalah PAS sendiri...

    ReplyDelete
  5. Kepada Anon 9:03. jangan cakap besar. Yang buat kecoh bukan Pas tapi parti awak PKR. Tak faham atau saja dungu? Ingat rakyat Selangor buta dan tuli ke; tak tahu menilai dan tak reti berpolitik? Muhasabah diri, jangan sondol sana sondol sini. Yang terberak tengah jalan ialah PKR, tapi bila bau busuk dah merebak tuding jari kat Pas. Where got road, man. InsyaAllah jika berlaku Pilihanraya di Selangor kerana kedegilan PKR atas permintaan Sultan, Pas sedia meletakkan calon disemua DUN dan sudah pasti dua orang budak nakal itu tidak akan ada dalam senarai!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pas kena jamu smua pngundi d selangor dgn pil kuda...kalo nk menang.
      Kalo dgn fikiran waras...% pngundi bukan melayu akan tnya ..kenapa perlu undi PAs.?
      Kata bodoh kang....marah pulak.

      Delete
    2. Kih.kih.kih.insan kecewa dgn ketempangan langkah kajang.

      Delete
  6. kita mesti bersangka baik. pas mungkin akan mencalonkan DSWA dan azmin.

    sudah tentu istana akan memilih nama yang banyak pencalonan. oleh kerana dap dan pkr akan mencalonkan DSWA, sultan akan melantik DSWA.

    kalau istana melantik DSWA sbg mb, harap kita adakan perhimpunan menjunjung kasih sbg penghargaan pd sultan distadium shah alam.

    ReplyDelete
  7. Bhai MountDweller...

    Hang Tuah dah ilang.... Hang Jebat dah mati.... Hahaha... aper yang tinggal lagi untuk PAS??

    Hahaha

    ReplyDelete
  8. Kalau Ada Tuah ADUN PAS...

    Jawatan MB dia nk rampas

    Janji amanah setia kawan smue di cantas

    Halal haram sudah tidak ada batas

    supaya hati Puas..

    PRU14...smue melepas

    PAS tinggal hampeeehh...

    Kah kah kah...







    ReplyDelete
  9. semua komen yg dipost boleh fahan... masing2 komen ikut baju yg dipakai...

    ReplyDelete
  10. dari awal pas tolak jd calon mb dan serah pada pkr...tapi pkr tak reti bersyukur dan lupa diri.

    rakyat selangor sendiri tak berani jamin keamanan akan kembali walaupun wan azizah dilantik mb...ini fakta pkr

    ReplyDelete
  11. Politik mustafa ali akan memusnahkan pas seluruh negara pru 14 nnt

    ReplyDelete
  12. Ape agenda tersembunyi pkr ni....parti bekas2..tetap sama acuannye.....nak memusnahkan parti rakan pr lain..
    Pelik 2...meroyan ke ape..rakyat dah beri mandat kat selangor...laksanakan le amanah yg diberi...jangan buang masa....aaaatau nak kejar rezab simpanan yang dah bertambah kat selangor.....entah le

    ReplyDelete
  13. sedih lah jika si Bahalol jadi MB negeri rakyat rata rata bijak.

    benda bodoh macam ini pun boleh jadi ????

    mamak , bagi botol besar satu !!!!

    ReplyDelete
  14. PAS memang pernah kalah teruk dalam pilihanraya (tinggal 1 kerusi di parlimen).. ada aku kisah. Yang PASti PAS tetap berjuang dan yang lebih PASti lagi aku tetap sokong (tampal poster)PAS selagi ianya dipimpin oleh golongan Ulamak. Titik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa