Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 28, 2014

Kalau Dibaca Yang Tersirat Dari Lidah Khalid, PAS Akan Kekal Bersama PR

Kalau rasa PAS rugi bersama PR, sila tinggalkan PAS
 | August 27, 2014
"Sekiranya ahli PAS yang tidak efektif meninggalkan PAS, barulah PAS akan menjadi lebih efektif di bawah PR," katanya dalam sidang media di pejabatnya.
Pas-Umno-300x202SHAH ALAM: Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menegaskan sekiranya ahli PAS, yang tidak mahu PAS bersama Pakatan Rakyat (PR), mereka harus meninggalkan parti PAS.
Menurutnya, jika ahli PAS merasakan parti PAS akan menjadi lebih baik jika meninggalkan PR, mereka seharusnya keluar dari PAS dan menyertai Umno.
“Sekiranya ahli PAS yang tidak efektif meninggalkan PAS, barulah PAS akan menjadi lebih efektif di bawah PR,” katanya dalam sidang media di pejabatnya.
Jelasnya, sudah tentu di dalam PAS sendiri mempunyai perbezaan pendapat dan pandangan bahkan beliau memperakui sendiri bahawa ada segelintir ahli PAS yang tidak bersetuju dengan PR.
“Sebab itu saya katakan, sesiapa yang tidak bersetuju dengan PAS, tidak harus kekal di dalam PAS dan mereka lebih baik pergi kepada parti lain,” katanya.
Dalam pada masa yang sama, Khalid turut memperjelaskan berkenaan terdapat segelintir pihak yang menyatakan “PR tidak bermakna sekiranya Islam tidak beruntung”.
Baginya kenyataan tersebut merupakan satu kenyataan yang tepat pada dasarnya tetapi perlu diperjelaskan bagi mengelakkan kekeliruan.
Katanya, ini lebih-lebih lagi semenjak tersebarnya ‘screen shot’ Dr Zuhdi dan keinginannya untuk ‘menjentik’ yang bukan Islam.
“Sudah pasti yang dimaksudkan dengan untung atau ruginya Islam bukan berhubung konsep ‘ketuanan’ sesuatu bangsa atau agama Islam ke atas bangsa atau agama lain tetapi sebaliknya kemampuan menzahirkan keadilan dan kebaikan Islam untuk semua melihatnya.
“Atas kesedaran inilah pendekatan tahaluf siyasi diamalkan, khususnya selepas pilihan raya 2008,” katanya.
Ujarnya lagi, melalui pembentukan kerajaan bersama PAS, PKR, dan DAP, PAS berpeluang untuk membuktikan bahawa politik yang berdasarkan prinsip-prinsip Islam adalah lebih baik dari politik perkauman dan kebangsaan sempit yang dibawa oleh Umno.
“Melalui inilah diharapkan masyarakat Melayu khususnya akan kembali kepada politik Islam dan menolak politik perkauman dan kebangsaan sempit yang dibawa oleh Umno.
“Sudah pasti keberadaan PAS dalam institusi yang sebegini menguntungkan perjuangan yang berasaskan politik Islam,” tegasnya.

3 comments:

  1. Selagi hadi jadi presiden pas, selagi itulah pas huru hara. Nak cover menantu pun satu hal jugak.

    Aku pelik puak pas mcm mana boleh lantik lebai yang langsung tak ada karisma jadi kapten.

    ReplyDelete
  2. Selagi PAS dipimpin golongan ULAMAK selagi tuu lah kamek sokong PAS.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa