Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 26, 2014

Lidah Biawak: Memang Tidak Padan Dengan Golongan Yang Mengusung Agama

Sepanjang aku bergiat di dalam PAS dari akhir tahun 70'an sehingga aku menyepi diri pada tahun 1990 tak pernah lagi PAS dipimpin oleh manusia-manusia jenis ini - sekali gitu, sekali gini.......

Daripada menyeksa rakan adalah lebih baik PAS mufaraqah saja dari PR dan namakan calon dari PAS untuk jawatan MB serta minta saja sokongan UMNO

Habis cerita!

Ikrar dan janji PAS di Selangor tiada nilai
KOMENTAR OLEH THE MALAYSIAN INSIDER
Published: 25 August 2014
PAS mengambil keputusan memberi kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar yang sekaligus mencetuskan rasa tidak puas hati banyak pihak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 25 Ogos, 2014

PAS hari ini bertukar haluan dan membuat keputusan menyerahkan kepada Sultan Selangor bagi melantik calon yang sesuai untuk memegang jawatan menteri besar Selangor.
Ini menunjukkan PAS  tidak boleh dipercayai untuk menunaikan janjinya selepas menunggu sebulan untuk memutuskan calon menteri besar Selangor disokongnya.
Lebih daripada itu, PAS mengambil keputusan memberikan kuasa melantik kepada Sultan walaupun Perlembagaan negeri Selangor tidak memberi baginda kuasa sepenuhnya untuk memutuskan calon menteri besar.
Apa yang kita semua ketahui adalah Sultan termaktub kepada sistem raja berperlembagaan dan berpandukan kepada undang-undang dan konvensyen yang ditetapkan sejak merdeka pada 1957.
Ia mudah. Pemimpin sebuah parti akan mencadangkan dan menyokong ahli yang memiliki keyakinan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) di dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).
Hanya pada 2008, syarat tersebut dipecahkan, kemudian di Terengganu, Perlis dan Perak. Dua insiden melibatkan pemimpin Barisan Nasional (BN) dan kemudiaan melibatkan pertukaran kerajaan di Perak.
Dan hari ini, PAS memutuskan mereka mengendahkan syarat tersebut dan memberi kuasa kepada Sultan Selangor  untuk memutuskan siapa yang sepatutnya menjadi menteri besar. Bukan kepada gabungan pemerintah dan rakyat.
"Mesyuarat khas Jawatankuasa Pusat PAS memutuskan pada 25 Ogos untuk menyerahkan kepada perkenan dan kebijaksanaan kepada Tuanku Sultan Selangor dalam menentukan jawatan menteri besar Selangor," kata Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali pada sidang media hari ini.
"Kami buat kenyataan terbuka. Apabila kata biar Sultan yang putuskan, bermakna Sultan yang boleh pilih," katanya.
"Kami tidak kata secara spesifik...kamu boleh fikir sendiri."
Keputusan tersebut menyaksikan 13 baki Adun PAS Selangor tidak menandatangani Akuan Bersumpah (SD) untuk menyokong Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail atau parti Islam tersebut memberi sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjawat kedudukan menteri besar.
Bagaimanapun, perkara tersebut tidak penting kerana Dr Wan Azizah sudah memiliki sokongan 30 Adun. Beliau tidak perlu sokongan baki 13 Adun PAS tersebut.
Kemelut ini menunjukkan secara PAS sebagai sebuah parti yang tidak boleh dipercayai.
PAS tidak faham mengenai gabungan dalam politik dan lebih memburukkan keadaan adalah mereka sanggup membelakangkan undang-undang untuk mencapai suatu matlamat.
Adakah mereka memikirkan mengenai gabungan dalam politik semasa PKR dan DAP bersetuju melantik Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebagai menteri besar Perak pada 2008 walaupun tidak memiliki majoriti dalam Dewan?
Sebaliknya, ini hanya menyerlahkan wajah sebenar PAS. Sebuah parti yang sebelum ini bercakap mengenai negara berkebajikan tetapi kini lebih banyak bercakap mengenai undang-undang jenayah Islam, hudud dan hukuman daripada kebajikan atau ihsan.
Keputusan hari ini membuktikan PAS hanya memberikan janji kosong. PAS bukan untuk semua, tapi hanya untuk mereka sendiri. – 25 Ogos, 2014.

37 comments:

  1. kejinya PAS! moga2 para munafik dalam PAS akan ditimpa celaka dari Allah. Amin.

    ReplyDelete
  2. Nyahkan ke je parti yg keji Kuar Dr pakatan rakyat

    ReplyDelete
  3. sapa yg mulakan ?PKR juga....bila tersepit cari Pas..bila nak buat sesuatu pakai hentam je..aku setuju sgt Pas buat mcm ni...PKR kena sedar penyokong kamu dah hilang..carca marba ..pemilihan pimpinan pun kelam kabut..perangai PKR la yg buat PR dapat nama buruk ..kita dah jenuh nak cover line bila kena tibai ngan umno B end....semua sebab tindakan korang yg gelojoh tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lupa masa PAS menghadapi krisis MB di Kedah? PKR & DAP tidak campuri kerana mahu memberi peluang kepada PAS menyelesaikan dengan cara PAS sendiri. Walaupun kerajaan Kedah 100% didominasi oleh PAS , tetapi masaalah di Kedah memberi kesan kepada ag3nda Pakatan Rakyat di peringkat nasional.

      Terbukti apabila Kedah jatuh, kekuatan Pakatan Rakayat diperingkat naeional te4jejas kerana kehilangan kerusi-kerusi parlimen PAS di Kedah.

      Delete
  4. masyaallah mmg benar, air dan minyak tidak akan bercampur. politik bertopeng kan .... hai malu nak sebut, masyaalah tabarokallah.

    ReplyDelete
  5. Kalau kat perak pada 2008 ada di antara penyokong PAS sanggup tidur di atas jalanraya sebagai protes terhadap Istana kerana memerintahkan MB (minoriti) dari PAS supaya menyerahkan jawatan MB kepada pihak UMNO. Tapi sekarang bagaimana pula pendirian PAS? Tak tahu malu langsung puak-puak Lebai Malang ini kepada parti kafir DAP yang jauh lebih berkredibiliti dan setia terhadap rakan politik. PAS ini sahaja menempah kehancuran dikala media baru yang dimonopoli oleh golongan muda (yang mementingkan keadilan dan kredibiliti)sampai ke kemuncaknya. Selamat tinggal PAS, selama ini kami begitu teragak-agak untuk mengatakan parti kamu cenderung kepada Islam....Tapi kini tidak lagi malah PAS yang dikenali hari ini adalah sebuah parti yang dipenuhi dengan manusia-manusia 'Munafik" yang amat teruja terhadap kuasa, kekayaan dan duniawi.

    ReplyDelete
  6. PAS takkan kemana jauh sekali untuk menguasai putrajaya lebih baik golongan professional dalam PAS masuk PKR ramai-ramai. Akhir zaman antara tanda2nya orang ada ilmu agama tidak boleh dipercayai.

    ReplyDelete
  7. Pas bersebab utk menyatakan sultan penentu akhir dalam masalah ini. Walau undang2 tidak meletakkan kuasa mutlak melantik kepada sultan, ia menjadi rujukan tdk rasmi yang sememangnya diamalkan jika dalam situasi skrg. Seharusnya kuasa undang2 tubuh negeri dipinda agar kuasa sultan salah satu rujukan dalam melantik MB. Selagi majoriti dalam kerajaan masih PR, dont worry. Pada tahun 2008 ketika PR menang di Selangor dan Perak, apakah reaksi pihak istana? Mereka tetap akur dgn keputusan pilihan rakyat walau dalam hati mereka tidak ada siapa yang tahu.

    ReplyDelete
  8. Komen ahli2 PAS ini bongkak sungguh.... macamlah PAS tak perlukan undi dari pengundi yang bukan ahli.

    ReplyDelete
  9. Lupake yg pkr tu dulunya datang dari acuan mana. Yang jadi pkr tu adalah tahi tahi yang sepama ini merosakan umno. Alhamdulillah mrk semua ini telah keluar dari umno. Walaupun umno tak sebagus mana tapi taklah mengkafirkan org islam yang lain semata mata kerana tidak menyokong parti dia orang. Dengan pkr boleh lak dia orang berpakat. Tak kafir ke org pkr tu.. agaknya dah jadi muslim balik bila keluar dari umno. Berpakat dengan dap lagi teruk. Itu tak yah nak cakap lah.
    Sendiri mau ingat.

    ReplyDelete
  10. Small minds discuss people, average minds discuss events, great minds discuss ideas. PAS just wants Pengkalan Kubor, Selangor is too big for their minds.

    ReplyDelete
  11. dah kenyang ustz nakhaie istihar kluar umno...rupanya dlm pas masih ramai yg lapar..

    ReplyDelete
  12. Bukan hak dua tiga ekor lebai serban besar gila kuasa untuk menentukan sama ada PAS kekal di dalam Pakatan Rakyat atau tidak. Yang menentukan hak tersebut adalah perwakilan di dalam Muktamar PAS. Yang menentukannya juga adalah ahli.

    Jika PAS silap percaturan kini, tunggulah UMNO/BN bertepuk tangan sebab PAS akan nyata kehilangan sokongan ahli dan akan nyata kehilangan sokongan penyokong dari kalangan masyarakat umum. Kembalilah PAS ke zaman kejatuhan akhir 70an- awal 80an.

    Ahli PAS kini bukan jenis wala membabi buta, wala mereka adalah wala yang bijaksana, mereka akan lihat sama ada pemimpin mereka itu berada di pihak yang benar-benar di jalan Allah atau pemimpin mereka bertindak mengikut hawa nafsu. Sesuangguhnya ketaatan terhadap pemimpin bukan mutlak sebagaimana ketaatan terhadap Allah SWT dan Rasulullah SAW

    'Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya. (An-Nisaa, 59)'

    ReplyDelete
  13. Jahat umno bijak selesai masalah...pas masih bodoh dah nak jadi jahat...
    bubar DUn slangor..Pas pakai jd lauk umno...
    PR akan bungkus PRU 14..kalo masih nk brsekutu dgn Pas...

    ReplyDelete
  14. dalam politik malaysia pas ibarat guru sekolah,pkr macam budak tadika baru nak masuk darjah 1...
    cermin diri dulu...jgn sampai org kata parti tak sedar diri...

    ReplyDelete
  15. Kluar parti PAS golongan profesional tubuh parti baru...diluar ramai yg mnungu..
    PR sekutu dgn Parti baru...
    puak UG + pas ganu + dr jentik dah bole joint umno...balance ustaz nakhaei byk tak habis lagi...

    ReplyDelete
  16. Serban aje besar....hati perut mengalahkan yahudi(segelintir)

    ReplyDelete
  17. MONKEY SHOOTER

    SINGKAT SUNGGUH MENTALITI KO...BOLEH KO CAKAP DAP KAFIR TU LEBIH BERKREDEBILITI DAN SETIA DALAM RAKAN POLITIK.

    PATUTLA DAP SAYANG PD PKR SEBAB AHLI PKR BANGANG TAHAP GABAN

    CINA TETAP CINA, DIA SETIA SEBAB PKR BOLEH BAGI APA DIA MAUN, SEBAB MELAYU PKR BANGANG BOLEH IKUT TELUNJUK DIA.. BODOHHHH

    ReplyDelete
  18. aku malu tapi itulah kenyataan tentang PAS yang aku terpaksa hadapi.. agama dah tak pakai lagi nampaknya... yang tinggal cuma politik sahaja.. bertahluf siyasi tapi ingkar tahaluf siyasi... kenyataan awal lain tapi perbiatannya lain... susah hati aku...

    ReplyDelete
  19. Lupe ke pas pun sama dgn BN pd tahun 70. Pas jadi taik BN juga......bersma sama dgn anti hudud mca and gerakan.......pun sama dgn mic.......Pas Sudan hilang tempat berpijak, tunggu nak tenge lam je!

    ReplyDelete
  20. monkey shooter SHOOTERAugust 25, 2014 at 9:58 PM

    masa cipta langkah kajang yg tempang,sendiri buat keputusan.tak payah ngomong ler tuan admin.bangga dengan langkah kajang.kunun tiada cita cita jawatan mb.kunun nak bantu pertahankan selangor dari umno.kunun nak dekat dengan putrajaya.akhirnya kemunafikan pimpinan pkr terserlah jua.jika setakat dialam maya bole ler dikecohkan ramai sokong anwar.bole ler gebang sokongan ramai.la nie bila tersepit dek angkara keputusan bodoh pimpinan pkr,maka demi nak menutup malu,dikecohkan angkara parti lain.saper yang nak bersama sama dengan parti anak beranak.tak bole aku jadi mb,bini aku dicalunkan.tak bole bini aku,aku korban plak lagi satu DUN untuk anak aku plak.mungkin langkah apa plak lepas nie.kemunafikan sendiri tak nampak.kemunafikan orang dikecohkan.hadapi ler realiti bro admin...banyak pihak dah meluat dengan anwar serta kuncu kuncu nya termasuk blogger haprak yang bikin kecoh diselangor.sendiri mau hengat ler.mesti admin kecewa setelah dua dekad berjuang tiada jawatan ditawarkan.maka akhir nya menjadi pencacai anwar plak.sendiri mau hengat ler aedmin.dan untuk monkey shooter,lu sendiri guling ler.mana mungkin lu punya mb pilihan anwar,lain orang mau guling guling.lu giler aper ker.dan kita guling guling sebab itu pkr punya adun sudah lompat parti.pkr lagi bikin kecoh.bila pkr nie nak aman oi.nampak sangat tiada berkat pimpinan nya.dan yg penting nya bagaimana umno sebagai abang nya,begitu ler pkr sebagai adik.sama sama dna kan.

    ReplyDelete
  21. Nabi saw dulu pun kena kutuk habis oleh golongan kafir dan munafiq. Kebenaran amat pahit untuk diterima oleh jahil agama. Semoga PAS terus istiqamah memperjuangkan Islam selagi dipimpin oleh golongan ulamak, berbanding satu lagi parti yg baik dgn yahudi laknatullah.

    ReplyDelete
  22. Tajk cukup ke dengan kenyataan Pas menyokong Wan Azizah dan Azmin sebagai calon MB Selangor. Kenapa kah sibuk2 hendakkan SD (nasib baik tak minta sumpah laknat dengan Quran). Kenapa marah sangat kepada Pas, adakah Pas namakan wakil rakyatnya sebagai calon MB???? Nampaknya yang tidak ikhlas dan tidak percaya ialah PKR. pas kena berhati2 dalam kes ini kerana pengalaman di Trengganu dan Perak jelas menunjukkan Sultan mempunyai kata putus dalam lantikan MB. Apa kata sekiranya dengan mencalonkan Wan Azizah seorang sahaja Sultan tidak setuju?? Tidak kah nanti keadaan lebih berserabut dan krisis berpanjangan. Sekurang2nya dengan menghantar dua nama calon, Sultan mempunyai pilihan dan tidak terlihat sebagai dipaksa. Apabila PKR berdegil dengan satu calon, Pas terpaksa tidak mahu terbabit dan sebagai menghormati institusi DiRaja memulangkan kepada kebijaksanaan Sultan membuat keputusan. Ni yang menjerit2 terpekik lolong menyalahkan Pas adalah juga mereka yang terpekik lolong menjerit kononnya sayang kepada Raja dan menuduh umno tidak hormat kepada Raja.Siapa munafik sebenarnya? Dan kepada yang melekat sekejap jadi ahli Pas dan sekarang dah hilang gamnya, bolehlah keluar. Pas tidak mahu ahli2 yang jenis ini dalam perjuangannya. Betul Pas tidak gilakan Putrajaya, tapi gilakan keredhaan Allah dalam perjuangannya!!

    ReplyDelete
  23. Apa kurangnya PAS? Tidakkah PAS ditubuhkan ol3h Tuan Haji Ahmad Fuad yang juga ahli UMNO? Nampaknya ini orang UMNO yang tulis bukan orang PAS. Jika ditulis oleh orang PAS.....fikir le sendiri tahap pengetahuan tuan.

    ReplyDelete
  24. Ape jadi kalau MB direkomen tku muda amir..Pas ganu suka beno gamoknyee..

    ReplyDelete
  25. Ape jadi kalau MB direkomen tku muda amir..Pas ganu suka beno gamoknyee..

    ReplyDelete
  26. Jgn salah kan org lain..cermin diri sendiri..kesian kat Lee Chin Cheh kena lps jawatan

    ReplyDelete
  27. PAS tak sabar nak kena tendang oleh PKR/DAP. PAS tak boleh bersama dengan parti yang membelakang rakan apabila membuat keputusan.

    Syukur Mountdweller tidak aktif lagi dengan PAS. Kalau tidak bamyak menyusahkan macam Ustaz Nakasone.

    ReplyDelete
  28. PAS sejak di bawah TGHA sudah tiada maruah lagi. Hari ini lain cakap besok cakap lain. Heran macam mana balaci2 ketayap putih boleh lidah bercabang macam tu. Barangkali itu pasallah T'ganu jatuh dan Kedah juga jatuh hanya dalam satu penggal saja.
    Tak malu ke ?

    ReplyDelete
  29. Bro senang ckp golongan yg kunun2nya ulama pas ni x bercampur dgn org kebanyakan tu psl keputusan d buat x ingat pengundi2 yg mengundi pr..ingat ya pengundi pr bkn pas pkr atau dap. Majoriti kami mahu mb yg baru n telah sepakat pr mahu DSWA. kalo x mahu bwk berbincang la sebulan yg lalu. Mmg ini adalah petunjuk dari Allah kpd kita utk mengenal sesetgh pemimpin pas yg berpura2 berjuang utk rakyat yg d tindas. D mana hadi awang? Senyap spt baling batu sembunyi tgn...13 adun pas adakah mereka sudah meeting dgn akar umbi hala tuju isu ini. Hinggakan rata2 byk ahli pas sendri x tau kenapa jd spt ini berdrama. Mayb slogan pas ganti umno itu mmg sesuai utk mereka yg lidah bercabang n x ingat pengundi yg meletakan harapan pd mereka yg sepatutnya mewakili rakyat. Semoga ade pemimpin pas dpt mbetulkan keadaan ini. Harap alim ulama mungkin utk mengajar theory agama shj ttp tidak secara practical.

    ReplyDelete
  30. apa kah sama orang orang bahalol dengan orang orang berfikir ?

    apa kah sama orang orang yang lapar dengan orang orang kenyang ?

    muka muka orang orang yang lapar , tamak , rakus dan bahalol sama saja ; ketahui lah...

    kesian pada adun asal kajang , lee chin sheh yang tahu asal usulnya dan bukti kan bahawa tiada guna hidup menongkat langit.

    tok guru tok guru pandai saja jaja jaja agama , tapi bila terasa sedikit nikmat dunia pandai pulak melupakan ajaran agama nya...

    "sepandai pandai kuda ber lari , bila sudah penat jauh ber jalan keldai juga di tunggang nya"

    kesian rakyat terengganu...

    ReplyDelete
  31. Yang teeruk ni ialah mustapha tu... Tu pasal pas xboleh naik kat teganu.. Kes manusia yg tamak nak kan UG le... Ni manusia perosak pas sebenarnya...

    ReplyDelete
  32. Kecoh MB selangor..PAS truk kena taji. Rupanya Pas blum cerdik berpolitik...patutlah rakyat trganu & kedah tolak PAS...lepas ni kelantan pulak.

    ReplyDelete
  33. Manusia memang tak sempurna. Kalau ulamak tak sempurna, adakah parti yang berasaskan nasionalist itu lebih sempurna. Adakah Najib itu sempurna dalam kepimpinannya. Tak payah lihat pada aspek transformasi atau pembangunan untuk dijadikan kayu ukur. Kerana kecemerlangan material sahaja meletakan manusia Islam itu sebaris dengan yahudi laknatullah. Maka perhatikan juga kualiti pemimpin dari sudut pendidikan agamanya, akhlaqnya, amalannya serta jemaah yang disertainya.

    ReplyDelete
  34. Pencerahan yang baik dari bat8 untuk golongan yang tak rajin membaca sejarah. PKR dikatakan parti serpihan UMNO (itu pasal UMNO amat takut kepada PKR), manakala PAS pula adalah parti yang ditubuhkan oleh sebahagian ulama kecewa dalam UMNO dan Mantan Presiden PAS iaitu Dato Asri Muda sendiri keluar PAS dan masuk UMNO begitu juga pengasas Harakah (lidah rasmi PAS) Dato Hj Nakhaie Ahmad (yang terbaru keluar UMNO semula setelah kenyang). Walau bagaimanapun PAS di bawah Ust Fadzil Noor amat cemerlang dengan menerima seokongan dan idea dari golongan liberal atau profesional untuk menyertai parti tersebut seterusnya mengangkat martabat PAS ke persada politik negara. Tapi kini Ust Adi Awe dan Mustofa Ale juga adalah gandingan yang terbaik untuk menjahanamkan PAS dari kaedah UG bersama UMNO Baru.

    ReplyDelete
  35. PAS memang selalu kalah pilihanraya tapi tetap istiqomah berjuang..
    Parti ex-UMNO bila kalah teruk pilihanraya jer mulalah pemimpinnya menyambung semula jambatan ke UMNO walau pon jambatan dah dibakar..
    Itulah sejarah politik Malaysia.

    ReplyDelete
  36. Parti PAS ok...yang pincang adalah Presideng dan Mustafa Ali. Terajang 2 ekor ni keluar eloklah parti ni.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa