Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 19, 2014

Nampaknya Baginda Sultan Pun Dah Fed up Dengan Percaturan Politik Selangor!

Nak kejar Sultan sehingga ke luar negara?
Kenapa harus kacau percutian Sultan?
Kalau kot yer pun Baginda dah titah minta tunggu......tunggulah weeh...!

MB dititah tunggu hingga sultan pulang
2:33PM - 18 Aug 2014 - mk
Istana Selangor menyatakan bahawa Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim telah membuat permohonan untuk menghadap Sultan Selangor di luar negara.

Bagaimanapun, Setiausaha Sulit Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata baginda menitahkan Khalid menunggu di Selangor sehingga baginda pulang.

"Saya telah menerima permohonan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk menghadap DYMM Sultan Selangor di luar negara bagi menjelaskan perkembangan semasa politik di Negeri Selangor dan juga kedudukan beliau sebagai Datuk Menteri Besar Selangor.

"Permohonan beliau telah saya sembah maklum kepada DYMM Tuanku. Walau bagaimana pun Baginda menitahkan supaya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menunggu sehingga Baginda berangkat balik ke tanah air dalam tempoh beberapa hari lagi," kata Munir dalam satu kenyataan hari ini.

Spekulasi tersebar bahawa Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bakal berlepas ke Budapest, Hungary, untuk bertemu Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas kehilangan sokongan majoriti ahli Dewan Negeri Selangor.

Satu mesej teks ringkas (SMS) disebarkan di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat berkenaan hal ini.

SMS tersebut turut menyatakan Khalid menghadap Sultan untuk mendapat perkenan pembubaran Dewan Negeri, membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri.

"Dapat maklumat semalam Khalid akan meminta Sultan membubarkan DUN (Dewan Negeri Selangor).

"Mungkin Khalid akan ke Budapest bertemu DYMM (Sultan)," kata mesej yang dilihat Malaysiakini itu.

Bagaimanapun Setiausaha Akhbar Khalid Arfa'eza Abdul Aziz menafikan spekulasi tersebut.

Beliau menyatakan Khalid akan meneruskan kerja seperti biasa sehingga Sultan kembali dari luar negara 27 Ogos depan.

9 comments:

  1. Dengan Nama Allah SWT
    Bila TSKI di kekalkan sebagai MB Selangor oleh Sultan Selangor selepas di pecat oleh Pemimpin EX Umno , riuh macam nak rak kononnya TSKI giler kuasa oleh Pakatan Rakyat terutama Parti Ex Umno dan DAP.
    Siap buat sidang akhbar konon dapat mandat dari 30 ADUN Selangor . Walhal semua pihak tahu yang sidang dewan selangor akan bersidang pada bulan November 2014. Tapi jenis manusia gelojoh nakkan kerusi MB Selangor sanggup memburukkan TSKI.
    Bila TSKI nak jumpa Sultan Selangor ( tempat percutian Sultan Selangor ) untuk memaklumkan kepada Baginda yang TSKI sudah hilang sokongan dari Parti Ex UMNO, PAS dan DAP agar menjernihkan situasi , mula puak blogger komen atau kutuk TSKI mengganggu percutian Sultan Selangor . Walhal yang gelojoh nak percepatkan process peralihan kerusi MB Selangor adalah puak Ex Umno dan DAP bukan TSKI, namun apa sahaja yang di buat oleh TSKI di padang serong oleh blogger blogger yang taksub pada Parti Ex Umno & DAP . Moga moga Allah SWT memberi kekuatan dan tabah kepada TSKI. InsyaAllah . Amin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam tuan haji.
      Tak perlulah disebut ex umngok or ex haper2lah.kalo ex tu x boley lah mb la yer.tski pon ex umngok.PAS pon bersalin dr perut umngok.yg x ex umngok hanya DAP PSRM n parti rakyat dulu.

      Delete
  2. hehehe KI ni gelojoh tak kena tempat. jgn la kacau orang tu nak bersuka ria, maklum laa penat bekerja. buat kacau daun jer.

    ReplyDelete
  3. Walaupun ada majoriti seperti didakwa, takbole tunggu masa sidang DUN buat undi tak percaya? DYMM lantik dah TSKI, tunggulah DYMM balik dari 'cuti'. Kalau cuti kau orang diganggu marah tak? Sementara tu biarlah TSKI buat kerja dia sementara nasibnya dapat ditentukan.
    Ini sekejap sokong tski kejap tidak. Bagaimana DYMM nak layan kumpulan begini macam? Lagi baik pergi "cuti". Nak sangat Istana jangan campur - rasakan.

    Ikut undang2 Tubuh, DYMM perlu diberi pilihan dulu untuk bubarkan DUN atau tidak, jika tidak barulah TSKI dikehendaki meletakkan jawatannya.

    Tuanku titah dah tunggu hingga dia balik pada 27 Ogos. TSKI kenalah tunggu dulu. Yang lain tunggulah juga. Bukan begitu? Sementara tu duduk diam2 dan jangan meroyan.

    ReplyDelete
  4. Isunya adalah prosedur. Kalau ada majoriti, prosedurnya seeloknya buat di DUN atau bawah pokok? Ini sekejap sokong kejap kemudian u turn - "binggunglah" DYMM.

    Sekarang DYMM titah tunggu dia balik. Kalau reti bahasa mohon jangan meroyan nak jadi MB nak tukar MB. Biarlah DYMM habiskan "cuti" Dia. Kalau cuti kau kena tarik balik kau pun melenting.

    Biarlah TSKI mengadap DYMM dan jika betul TSKI hilang majoriti, DYMM kena fikir dan buat keputusan samada nak bubar DUN atau TSKI letak jawatan MBnya serta kabinetnya. Undang2 tubuh tak beri hak Dato Seri Wan Azizah jumpa DYMM hanya TSKI (pi baca undang2 tubuh). Bilamana DYMM putus tak mahu bubar DUN, TSKI hendaklah letak jawatan. Masa tu barulah DSWA bole mohon mengadap Tuanku. Kalau DYMM putuskan bubar DUN, takpayahlah DSWA jumpa Tuanku. Persoalannya, isu sokongan majoriti nak tunggu DUN bersidang dan dibuat disidang DUN itupun satu isu undang2. Kalau saya punaisihat, saya rasa elok dan sempurna buat masa sessi DUN kerana keputusannya jelas/ muktamad tidak ada sekejap ada majoriti kemudian tak ada majoriti.

    ReplyDelete
  5. Gelojoh nya anwar dlm dunia politik.hilang kewarasan.mangsa nya tski.apa yg dibuat nya habis di camdek oleh pencacai nya.nak sangat jawatan.agak agak ler.TGHH pun dah dipanggil oleh Sultan.makna nya TGHH dah ada maklumat tentang kemahuan Sultan.lagi pencacai mau bising bising.ada surat ker?dah sebiji macam pencacai pasar ramadhan umno di johor.dah tu ader plak yg kata HE tu bermaksud perempuan jugak.bodohpiang aper ker.boleh kut kita semua tunggu hingga Tuanku balik.hingga saat itu jgn ler meroyan.

    ReplyDelete
  6. padan muka pkr kena perlu kaw2 dgn Timmy Say.. dia pn tau hormat pendirian PAS termasuk bkn spt admin blog ini tau hentam PAS shj..

    ReplyDelete
  7. Krisis MB Selangor dedah siapa Pas sebenarnya
    oleh : Timmy Say

    *WALAUPUN*Pakatan Rakyat (PR) hampir berpecah di Selangor, tapi Umno Selangor masih tidak dapat mengambil kesempatan.Ini tidak lain, tidak bukan kerana Umno terlalu lemah di Selangor.
    Yang menarik ialah kata-kata Tan Sri Muhyiddin Yassin yang krisis MB Selangor boleh menjadi pengajaran kepada BN sejurus pendirian Pas diketahui semalam.
    Meskipun diapi-api Utusan sejak seminggu yang lepas, Pas dan presidennya Abdul Hadi Awang membuat pendirian memberikan pilihan kepada PR dan Sultan Selangor untuk memilih antara Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan timbalannya Azmin Ali sebagai calon yang sesuai untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor.
    Pendirian bijak itu tersebut mengejutkan lawan Pas iaitu Umno, dan juga mengkagumkan rakannya DAP dan PKR.
    Dakwaaan Pas menolak Dr Wan Azizah kerana beliau seorang wanita seperti yang didakwa pelbagai pihak termasuk PKR terbukti fitnah semata-mata dengan pendirian Pas semalam.
    Dakwaan bahawa Pas berniat bekerjasama dengan Umno juga jauh meleset.
    Geng yang menuduh Pas tidak pandai berpolitik dan tidak tahu bertahaluf juga tak benar.
    Meskipun dihentam kiri kanan oleh rakan-rakan di Pakatan kerana hanya ingin bermesyuarat pada 17 Ogos, Pas tetap dengan komitmen bersama PR.
    Pas tidak bersikap seperti pihak-pihak lain yang suka “force the issue” (memaksa sesuatu isu) apabila ada perbezaan pendapat.
    Kerana ingin mencapai konsensus atas terma sendiri, mereka suka menggunakan frasa-frasa seperti “24 jam yang kritikal”, “peluang terakhir”, “tindakan segera” dan “buktikan sekarang” untuk memaksa rakan-rakan untuk membuat keputusan. Tindakan-tindakan sedemikian langsung tidak membantu dalam menguatkan talian persahabatan.
    Ada pula yang suka “buat dulu”, lepas itu maklum. Mereka tidak berminat bertanya sama ada rakan lain suka makan nasi mahupun bubur, yang mereka nak sampaikan ialah “dah jadi bubur, kau telanlah sahaja.” Mereka bukan sahaja bersikap begitu pada rakan, malah pada pihak istana.
    Terdapat juga golongan yang amat gopoh sehingga sanggup melangkau ke hadapan dahulu dalam keputusan mereka tanpa memikirkan perasaan dan perkiraan pemimpin sendiri. Ini menunjukkan mereka sudah kurang berkeyakinan atau termakan fitnah bahawa parti mereka sendiri tidak berupaya menyelesaikan kemelut ini dengan baik.
    Pas menjaga perasaan semua pihak – rakan-rakannya dan juga pihak istana. Pas pastikan hati Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak terguris dengan memastikan nama Dr Wan Azizah adalah antara calon yang disokong Pas, meskipun istana menolak permintaan pertama beliau untuk mengadap.
    Pas menjaga hati istana dengan membiarkan lebih satu pilihan untuk dipilih menggantikan Khalid. Pas tidak mahu istana terasa Pakatan ada sikap “forcing the issue” – di mana kena mati-mati terima calon yang dicadang Pakatan. Bagi Pas, istana ialah satu institusi yang perlu dihormati dalam kerangka demokrasi negara.
    Akan tetapi, selepas mesyuarat di sebuah hotel di Subang Jaya semalam, PR tetap memutuskan untuk menghantar nama Dr Wan Azizah seorang sahaja untuk diperkenan istana. Jika istana menolak, Pas bolehlah bagi tahu nanti – “I have told you so.” Kalau terjadi pembubaran Dun pada masa itu, ingatlah ia bukan salah Pas lagi.
    bersambung

    ReplyDelete
  8. *
    Pengerusi Umno Selangor Noh Omar menyifatkan apa yang berlaku di Selangor sebagai ‘luar tabie’. Bahasa melambangkan watak, jadi penulis tidak perlu mengulas lanjut mengenai perwatakan beliau.
    Tapi Noh Omar sedar tak, yang lebih luar biasa di Selangor ialah ketidakmampuan Umno Selangor untuk melakukan apa-apa untuk mengocak situasi dan mengambil kesempatan politik yang begitu meruncing di antara parti-parti komponen PR.
    Dengan berbekalkan 12 kerusi Dun, yang Umno boleh buat hanyalah bermain batu api. Tapi itu pun tidak menjadi, apabila exco Selangor daripada Pas Sallehin Mukhyi membuat pendirian tegas akan keluar daripada kerajaan Khalid jika ada Adun Umno yang dilantik menjadi exco.
    Kenyataan Sallehin adalah satu langkah cermat menutup segala lubang untuk Umno melakukan sabotaj. Ia adalah langkah “checkmate” kepada Umno Selangor, cuma rakan-rakan Pakatan tidak faham kerana dibutai oleh kemarahan kepada Khalid yang baru memecat exco-exco daripada DAP dan PKR.
    Perkara yang paling besar untuk disedari Umno-BN di dalam episod di Selangor ini ialah jangan pandang lemah pada kredibiliti dan komitmen Pas, dan jangan lagi cuba menangguk di air keruh setiap kali berlaku perbezaan pendapat di kalangan pemimpin Pas.
    Barangkali itulah pengajaran yang dimaksudkan oleh Muhyiddin – bagaimana tertekan sekalipun, jangan harap Pas mengkhianati sahabat mereka. Sejarah membuktikannya. Dan pada 17 Ogos 2014, Pas membuktikannya sekali lagi.at 8/19/2014 11:00:00 PG

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa