Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 28, 2014

PAS tetap mahu kemuka dua nama

mk - 5:58PM - 28 Aug 2014
PAS tidak mengendahkan rayuan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tetap bertegas bahawa parti itu akan mengemukakan dua nama kepada istana Selangor untuk jawatan menteri besar.

Bercakap kepada Malaysiakini, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali berkata parti Islam itu akan mematuhi titah pemerintah.

"Kita tidak boleh dilihat sebagai memaksa istana (dengan mengemukakan satu nama)," katanya.

Tambahan pula, katanya, kesediaan PAS mencalonkan Wan Azizah untuk jawatan tersebut, boleh dilihat sebagai tanda penghormatan kepada PKR.

Petang ini, Anwar merayu kepada PAS supaya berpegang kepada keputusan Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat pada 17 Ogos untuk hanya mencadangkan Wan Azizah untuk jawatan itu.

Pada hari Selasa, baginda sultan meminta Pakatan mengemukakan "dua atau lebih nama", dengan tarikh akhir untuk berbuat demikian, ditetapkan para hari Rabu depan.

Bagaimanapun, PKR dan DAP, dengan memetik konvensyen, menyatakan bahawa hanya nama Wan Azizah yang akan dikemukakan.

6 comments:

  1. Abe,

    Kenyataan orang yang terperangkap dengan permainan tak cerdik yang depa main sorang-sorang. Kedepan dah tak boleh. Nak undur pun xboleh.

    yang paling melucukan 2 nama yang PAS hendak kemukakan adalah nama ADUN parti orang......hahahahaha

    PAS dijangka mengemukakan DSWA dan Azmin Ali. Jika nama DSWA digugurkan, masak Dato Pa dan TGHH k3na balun dengan penyokong dan ahli-ahli PAS.

    2 nama Adun PKR rasanya tak cukup untuk membantu Baginda Sultan membuat pilihan....s3dikit sangat. Paling elok PAS hantar kesemua nama ADUN-ADUN PKR melayu. Baru le mudah Tuanku hendak memilih sebab banyak pilihan. Buang kelaut undang-undang tubuh negeri selangor....

    Dato Pa dengan TGHH depa cerdik. Jika Azmin menolak jawatan MB dihadapan Tuanku dengan alasan dia tidak mempunyai sokongan majoriti macamana? Sapa nampak bodoh?

    ReplyDelete
  2. bat8

    Mereka dah jadi watak Wak Long, Pok Dogol dan Wok Yoh dalam watak wayang kulit!

    Orang tengok dan dengar untuk gelak!

    ReplyDelete
  3. Wahai PAS, benar Sultan minta 2 nama cadangan PAS, tapi PAS iringi juga surat kpd Sultan bhw PAS TETAP SOKONG Wan Azizah krn majoriti ADUN (termasuk ADUN PAS)SOKONG WAN AZIZAH dan pendirian PAS ini adalah mengikut undang-undang berkaitan pelantikan MB dlm kes yg berlaku sekarang. Usah buat payahlah wahai orang PAS. Saya pasti inilah tindakan yg akan dibuat oleh Ust Fadhil Noor sendainya almarhum masih hidup sebagai Presiden PAS.

    ReplyDelete
  4. Nampaknya geng UG wayang kulit Kelantan dan UG Gannu bergabung akan menghasilkan wayang kaki dan main wayang.

    ReplyDelete
  5. saya dari dulu lagi tak caya dgn tok pa

    ReplyDelete
  6. Kedua dua Preaiden and SU muka agak sama kasar dan tidak ber seri ber banding Nik Aziz.

    Dua dua bahalol tamak nafsu , nak kaya jaja agams sana sini tapi tak belajar teknik jaja jaja gaya dumbno.

    Bodoh lah , hidup dah sekali bila di ingat rakyat di bodoh nya rasa bodoh pulak jadi bangsa melayu.

    Apa kah melayu tu bangsa ngok ?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa