Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 17, 2014

Pentingkah Keputusan Mesyuarat PAS Hari Ini Bagi Selangor? Dan Akan Pulihkah Reputasi PAS?

Kalau mengikut ulasan penulis ini kita akan nampak sama ada yang menjalar itu ular atau belut!

Dari segi reputasi dan kredibilitinya hanya penyokong dan pengundi sahaja yang ada jawapannya 
Bukannya Ahli PAS.

Ahli PAS memang tidak dibolehkan membuka mulut!

Jalan keluar untuk Hadi dalam krisis MB Selangor
Posted on Sunday, August 17 @ 10:08:06 MYT by paktam
Oleh Amin Iskandar
Krisis menteri besar Selangor yang mungkin menyebabkan Pakatan Rakyat (PR) berpecah akan ditentukan dalam mesyuarat Jawatankuasa PAS Pusat di Ibu Pejabat parti itu di Kuala Lumpur pagi ini.

Walaupun kelewatan PAS mengemukakan pendirian dikritik pelbagai pihak sehingga 2 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) mereka dari Hulu Klang dan Morib melakukan “ijtihad” peribadi menyokong Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai menteri besar Selangor, ianya masih penting untuk kitab-kitab sejarah politik negara.

Secara akademiknya apa sahaja keputusan PAS dalam mesyuarat pagi ini hanya penting untuk masa depan PR, tetapi tidak lagi bagi Selangor.


Tindakan Adun Hulu Klang Saari Sungib dan Adun Morib Hasnul Baharuddin menyokong Dr Wan Azizah menyebabkan Khalid kini hanya menunggu hari untuk mengosongkan Pejabat Menteri Besar Selangor.

Kumpulan “mullah-mullah muda” yang menyokong Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang (gambar) akan mengadakan perhimpunan di hadapan pejabat parti Islam itu pagi ini sebagai solidariti kepadanya kerana berdegil dalam isu menteri besar Selangor.

Mereka tahu, mesyuarat pagi ini akan menyaksikan Hadi diserang majoriti ahli Jawatankuasa PAS Pusat kerana mengeluarkan pendirian menyokong Khalid sebelum ini tanpa berbincang dengan mereka terlebih dahulu.

Umum sudah mengetahui, di dalam PAS kini mempunyai dua kumpulan yang bertembung, satu kumpulan mahu parti itu terus bersama PR dan satu lagi mahu meninggalkan gabungan yang ditubuhkan pada 2008 itu.

Hujah kumpulan yang mahukan PAS terus kekal dengan PR adalah, parti Islam itu mendapat manfaat yang besar semenjak bekerjasama dengan PKR dan DAP.

Sebelum bersama PR dahulu, kekuasaan PAS hanya di Kelantan dan sedikit di Terengganu dan Kedah.

Kumpulan ini juga berhujah, jika tidak kerana gabungan dengan parti Semangat 46 pimpinan Tengku Razaleigh Hamzah, PAS juga tidak akan mampu merampas Kelantan pada Pilihan Raya Umum 1990.

Kumpulan ini juga mahu PAS sedar, tanpa sokongan bukan Islam hasil daripada kerjasama dengan PKR dan DAP, tidak mungkin mereka akan dapat meluaskan kuasa sehingga menang besar di Selangor.

Sementara kumpulan yang mahu PAS meninggalkan PR pula merasakan mereka akan menjadi lebih kuat tanpa PKR dan DAP.

Di antara sebabnya adalah PAS merupakan parti yang mempunyai jentera paling kuat dalam PR berbanding PKR dan DAP.

Jadi mereka merasakan tanpa PKR dan DAP, PAS akan menang lebih besar dalam pilihan raya akan datang.

Selain itu, apabila PAS meninggalkan PR, parti Islam itu dengan mudah dapat melaksanakan hudud seperti yang mereka cita-citakan selama ini tanpa halangan DAP.

Kedua-dua kumpulan ini akan bertembung pagi ini, tetapi tidak dapat dipastikan apakah mereka akan sampai ke tahap untuk mengundi jika keputusan bersama tidak dapat dicapai.

Bagaimanapun, sokongan terhadap Khalid sebagai menteri besar Selangor sudah pasti berakhir hari ini.

Isunya sekarang, apakah PAS mahu menghormati pendirian PKR menamakan Dr Wan Azizah sebagai pengganti Khalid?

Sumber parti Islam itu memberitahu kemungkinan besar PAS sendiri akan mengumumkan nama calon PKR yang mereka mahukan sebagai menteri besar Selangor yang baru.

Bagi kem Hadi, tidak mungkin mereka akan menyokong Dr Wan Azizah walaupun presiden PKR itu sudah mempunyai sokongan majoriti Adun Selangor untuk menjadi menteri besar.

Bukan kerana Dr Wan Azizah itu wanita kerana banyak hujah ulama boleh dicari untuk membenarkan kaum Hawa menjadi pemimpin. Tetapi kerana beliau merupakan isteri kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Hadi tidak juga menentang rancangan PKR itu kerana isu nepotisme

Kalau nepotisme menjadi isunya, sudah pasti Hadi tidak akan membenarkan anaknya, Muhammad Khalil bertanding jawatan timbalan ketua Pemuda PAS dalam muktamar parti itu yang lalu, sepertimana Tun Dr Mahathir Mohamad tidak membenarkan anak-anaknya aktif dengan Umno semasa beliau menjadi presiden.

Jika Hadi menentang nepotisme, sudah pasti beliau tidak akan membenarkan menantunya Zaharuddin Muhammad bekerja di GLC Selangor dan aktif dalam PAS, kerana ia akan mengundang fitnah.

Hadi menentang kerana Dr Wan Azizah berkait dengan  Anwar seperti mana beliau tidak mahu ketua pembangkang itu menjadi calon perdana menteri PR menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) lalu.

Namun masih ada jalan keluar untuk Hadi dan mengembalikan sokongan bukan Islam kepada PAS yang tercalar akibat isu ini dan tersebarnya WhatsApp perbincangan dalaman mereka.

Seorang pemerhati politik yang rapat dengan PR memberitahu penulis, jika pemikir-pemikir di belakang Hadi bijak dan jika benar Sultan Selangor tidak mahu Dr Wan Azizah sebagai menteri besar, hari ini presiden PAS itu seharusnya mengumumkan menolak Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan menghormati pendirian PKR menamakan calon mereka.

Pengumuman ini akan mengembalikan sokongan masyarakat bukan Melayu kepada PAS yang sebelum ini tercalar dengan mesej WhatsApp Dr Zuhdi Marzuki yang mahu “menjentik” mereka.

Selain itu, beban penolakan terhadap Dr Wan Azizah sebagai menteri besar diserahkan 100% kepada Sultan Selangor dan bukan lagi di bahu Hadi dan kumpulannya.

Menurut pemerhati politik itu lagi, jika ini dilakukan, hubungan PAS dengan PKR dan DAP kembali pulih dan Hadi akan dilihat sebagai seorang yang berjiwa besar dan berpotensi menjadi perdana menteri Malaysia kerana kebijaksanaannya.

Jawapan saya kepada pemerhati politik itu, ini tidak akan berlaku kerana ada “kuasa yang lebih besar” di belakang Hadi. Bukan kecemburuan terhadap Anwar semata-mata.

Tunggu dan lihat sahaja keputusan PAS hari ini.

5 comments:

  1. spt apa yg dikatakan oleh prof argus, mesyuarat ini tidak lagi relevan. DSWA sudah ada majoriti. persoalan hanyalah samada pas bersama pr atau umno bn. itu saja. apa2 pun, pas sudah hilang sokongan pengundi.

    ReplyDelete
  2. PAS parti polirik orang orang yang gagal. Hadi sendiri pemimpin yang gagal ; gagal ekonomi sendiri , gsgal di terengganu , juga gagal dalam PAS.

    Rakyat terutama orang Melayu harus jangan memgangkat pemimpin yang gagal sebagai pemimpin mereka.

    Apa kah si gagal akibat lembab mampu ber gerak cepat dan maju bila sifat nya lembab ?

    PAS sudah tidak boleh pakai lagi , bubar kan saja agar ahli ahli dapat maju ber kembang di dalam parti politik yang ber tenaga dan ber wawasan.

    Buat habis bhoras saja meeting meeting , tak ke msna pun ; muka makin bahalol ade ler.

    ReplyDelete
  3. Jika PAs trus brsama PR..adakah hasrat n cita2 kumpulan UG akan terpadam bgtu saja..
    sejak PRU12 ..PRU13 hinga ke isu MB Selangor kumpulan UG tak henti2 dgn hasrat mreka...tak mustahil selepas PRU14 @badai dlm PR dimasa akan dtg...akan kembali trdengar hasrat UG...hngakan skrg disebabkn jahilnya Pas brpolitik..rakyat hilang keyakinan pd Pas...
    Andainya hubungan Pas Pkr n Dap pulih pun...hanyalah sekadar wayang utk mnyelamatkn PR..hakikat yg sebenar...hasil nesyuarat ini hnya akan mnguntung kn UMNo..
    Harapan Umno ...rakyat kembali mnyokong mereka...sbb itu pndekatan Umno dlm isu Selangor " berdiam diri dan bercuti"..

    ReplyDelete
  4. Kputusan mesyuarat ari ni akan myaksikan lakonan maha hebat oleh puak2 UG..
    Pkr n Dap harus lebih bijak...Brapa lama PR harus tangung biawak UG yg berkeliaran dlm Pas...
    pemerhati n pnyokong pd PR..telah byk sejarah ttg hodoh n jahilnya politik UG ni sebelum mngundi PR.

    ReplyDelete
  5. Nak tunggu dulu keputusan mesyuarat hari ini....baru saya buat keputusan nak kekal dalam PAS atau tidak !!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa