Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 27, 2014

Pertarungan Kuasa Di Selangor Akan Jadi Bertambah Menarik!

Memang akan jadi menarik sekiranya betul PAS juga akan namakan calon sendiri

Jawatan MB: Pas akan kemuka calon
26 Ogos 2014

8 comments:

  1. welcome to world of dumbs and dumbers

    bukan melayu ter bahak bahak ketawa lihat melayu melawan sesama sendiri memilih pemimpin yang bahalol untuk memimpin bangsa di selangor.

    botol besar botol kechik botol kicap ada laku ke ?

    ReplyDelete
  2. bagus lah istana dah join politik... walau pakatan dah ada 30 suara tapi istana nak tarik pas keluar dari kesepakatan... secara tak langsung istana sudah berjaya menarik pas dan umno untuk bergabung...mcm dipaksa untuk menurut perintah seperti di zaman selangor darul firaun... inilah yg dibincang hadi dgn firaun tempohari?

    ReplyDelete
  3. Abe

    Mengikut laporan media alternatif, TSKI telah membuat penjelasan bahawa Tuanku Sultan Selangor tidak menolak DSWA tetapi meminta tak lebih dari 2 nama. TSKI juga mengatakan ini adalah untuk memudahkan Tuanku memilih siapakah yang lebih layak. Fahami betul-betul maksud baginda -tidak lebih dari 2 nama mempunyai maksud tersurat dan tersirat.

    Ini satu sikap terpuji TSKI. Beliau menerima hakikat yang beliau sudah terkeluar dari equation siapa layak menjadi MB dan cuba melakukan tindakan yang betul untuk menamatkan krisis ini.

    Kita juga dikhabarkan bahawa DAP tidak akan mengemukakan calon pilihannya untuk dipersembahkan kepada Baginda Sultan. Maknanya DAP menyokong DSWA.

    Kita jangan cepat melenting dengan kenyataan SU PAS Selangor ini. Dia tidak mempunyai kuasa esekutif untuk menentukan pendirian PAS Pusat dalam isu ini. Ini adalah kenyataan bodoh seorang yang tidak tahu peraturan membuat keputusan yang diamalkan ol3h PAS. Orang yang paling rendah untuk membuat pendirian rasmi PAS ialah Setiausaha Agung PAS, Dato Mustafa Ali.

    Yang tinggal hanya PAS. PAS perlu berfikir dalam-dalam sebelum mengemukakan calon dari PAS. Jawatan MB Selangor adalah jawatan seasaskan sokongan majoriti di DUN, bukan seperti jawatan CEO mana-mana syarikat. Kelayakan utama untuk menjawat jawatan MB adalah mempunyai majoriti di DUN.

    Pertama, jika PAS mengemukakan calon PAS, ia adalah bertentangan dengan keputusan mesyuarat AJK Pusat PAS pada 17 ogos lalu. Tindakan ini akan secara teknikalnya juga merupakan satu perisytiharan terbuka PAS untuk keluar dari Pakatan Rakyat kerana ia bercanggah dengan keputusan Majlis Presiden Pakatan yang bermesyuarat selepas AJK PAS Pusat membuat keputusan pada 17 ogos.

    PAS juga harus sedar bahawa tindakan menamakan calonnya sendiri bersama DSWA akan mempamerkan watak dan sifat golojoh, khianat, kecelaruan dalamanPAS sendiri kepada Baginda Sultan. Wont give an impression that PAS is a trustworthy party to be entrusted with the administration of the richest state in Malaysia.

    Juga didalam mesyuarat AJK PAS Pusat telah menisytiharkan bahawa PAS tidak akan menuntut jawatan MB Selangor. Apa tanggapan Baginda Sultan kepada PAS apabila setelah membuat keputusan ters3but tiba-tiba mungkir? Baik atau tidak? Lagipun Tuanku tidak menitahkan supaya setiap parti di dalam Pakatan mengemukakan nama calon parti masing-masing untuk jawatan MB secara spesifik dan jelas.

    Sama-sama kita tunggu keputusan SUA PAS atau kenyataan dari TGHH atau dari MSU sendiri. Anggaplah kenyataan SU PAS Selangor ini sebagai bukan pendirian muktamad PAS.

    ReplyDelete
  4. Jalan terbaik minta PAS keluar PR sebab org PAS ni suka mungkir janji.Harap serban je atas kepala. Buat malu Islam saja.

    ReplyDelete
  5. Jalan terbaik minta PAS keluar PR sebab org PAS ni suka mungkir janji.Harap serban je atas kepala. Buat malu Islam saja.

    ReplyDelete
  6. Lebih baik macam tu ...kalau bgi pemimpin macam khir toyo mcm mana ..lgi teruk..dari parti.keris semalaya

    ReplyDelete
  7. Jadi inilah sebenarnya niat PAS tagih MB Selangor. Elok benarlah itu....lepas ni bagi kat UMNO.... bijak PAS nii

    ReplyDelete
  8. Kesempatan & kepentingan
    Adalah nilai ada pada pimpinan tertinggi Pas (UG),
    Ia akan bawa padah pada parti,
    Perlu ubah pemimpin cam ni utk
    Rakyat lebih hormat pada pas,
    Pas not for all but for UG,

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa