Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, August 17, 2014

Ringkasan Keputusan Mesyuarat PAS Tadi: PAS Tekan Brek!

Ini yang admin tambah:
Sebelum ini yang aku tibai kaw-kaw tu hanya kepada yang bermulut luas dan bau longkang dan juga mereka duduk di atas kerusi tapi suka goyang tak kiralah dari PAS atau PKR atau DAP!

Hang kena ingat bukan parti yang lantik hang tetapi rakyat yang pangkah hang untuk menang 
Kepada yang bergelar pemimpin, berhentilah meletakkan diri setaraf macai!

Ringkasnya berikut keputusan mesyuarat tadi:

Keputusan Jawatankuasa Pas Pusat hari ini yang diumum oleh Timbalan Presiden Tuan haji Mohd Sabu.

a) Pas tetap bersama Pakatan Rakyat
b) Pas tidak akan meminta kerusi MB Selangor,
c) 4 Exco Pas di dalam MMKN akan kekal berkhidmat; dan
d) Pas cadangkan dua (2) nama sebagai MB iaitu 
i) YB Datin Seri Wan Azizah
ii) YB Azmin Ali

Sumber: FB Zulhazmi At-Takanan
Secara tidak langsung PAS telah menekan brek.

Hancur berkecai harapan sesetengah pihak untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor.

Bagi gerombolan dalam PAS yang begitu kuat meniup bara perpecahan PR demi membina jambatan kerajaan perpaduan UMNO-PAS, bermuhasabah dirilah. Kajian senario mengkomer boleh masuk bakul sampah sahaja.

Bagi gerombolan dalam PKR yang masih mengamalkan kronisme, juga perlu bermuhasabah diri. Kronisme itu perangai UMNO. 

Bagi gerombolan dalam DAP yang mulut tidak pandai zip, ingatlah! Mengamalkan ajaran Islam itu wajib bagi umat Islam, termasuk melaksanakan hukum hudud.

Tiada pemimpin yang sempurna. Setiap pemimpin ada kekuatan dan kecacatan. Pengikutlah yang menampung kecacatannya sehingga kepimpinan itu menjadi sempurna.

Hormatilah pengikut. Maka pengikut akan menghormati pemimpin.

YB = Yang Berkhidmat.

10 comments:

  1. Bagus lah PAS sudah sedar ia nya tiada erti tanpa Pakatan Rakyat.

    ReplyDelete
  2. Dengan Nama Allah SWT
    Ina lilahi wa ina ilahi rajiun.
    Amat malang lah rakyat negeri Selangor bakal mendapat wakil rakyat Ex Umno sebagai menteri besar selangor ( DS DR Wan Azizah mahupun Yb Azmin Ali )
    Solat Hajat tempoh hari bagaikan sia sia sahaja , adakah Allah SWT memang nak kan Ex Umno terajui pentakbiran Negeri Selangor atau memang PAS akan sentiasa di gerun dengan omokkan atau ugutan dari DAP dan Parti Laki Bini & Anak.???
    Jatuhan PR di Perak dan Kedah tidak memberi pelajaran untuk di renungi oleh PAS. Bagi DAP kekalahan Dyana ( pilihanraya teluk intan ) tidak memberi kudis buat DAP walaupun Dyana ( anak perempuan Melayu ) di pertandingan di pilihanraya kecil teluk intan. Kaum dan Ahli DAP sendiri tolak anak perempuan melayu walaupun pakai tiket DAP . Dek kerana ugutan DAP dan PKR , parti PAS takut wakil rakyatnya akan mati kelaparan jika ahli DAP dan PKR tak undi mereka masa akan datang.
    Rakyat Negeri Selangor boleh dikata mengikut peribahasa bahasa melayu jati " BAGAIKAN BERUK MENDAPAT BUNGA" bila di terajui Ex UMNO.

    ReplyDelete
  3. PAS tidak bersetuju TSKI dilucutkan jawatan bergantung hanya semata mata tuduhan serupa PAS tidak bersetujuan DSAI dituduh bermacam dan tidak mendapat pembelaan. Bagaimana sebuah parti islam boleh mengambil keputusan atas dasar syak wasangka. PAS juga perlu menghurmati Sultan dalam perkara perkara yang tidak boleh didedahkan kepada umum, kerana Sultan juga sebahagian daripada kerajaan. Apabila PKR memecat TSKI, beliau bukan lagi ahli PKR dan tidak lagi menjadi ADUN PAKATAN. Pas tidak menyokong TSKI kekal sebagai MB bukan atas dasar pertama tadi tapi atas dasar perundangan. Isu kerjasama dalam Pakatan dan Isu TSKI mempunyai dua sudut yang berbeza. Satu dari sudut dosa dan pahala dan satu lagi dari sudut kerjasama politik. PAS bukan parti autokratik dan jumud, Suara presiden bukan jadi kata pemutus. Suara syura yang jadi kata pemutus. Masalah dedah mendedah, londeh melondeh, ini kerja orang yaang tidak beriman. Pas tidak perlu dipengaruhi olih orang jahil dalam membuat keputusan, Bagi PAS perkara pertukaran MB buakanlah satu masalah yang melanda tapi ia adalah masalah yang dicipta. Sepatutnya yang mencipta masalah berfikir dahulu sebelum bertindak, berbincang dan sama sama mengambil kata sepakat. Yang nampak bersalah adalah PAS, sepatutnya PAS boleh senang lenang tapi malang diheret dalam isu ini dan tak semena mena apabila presiden menyatakan perkara agama, presiden PAS dimaki hamun, dituduh lembab dan sebagainya. DSAI dan kuncu kuncu nya dilihat HERO, malah ada ADUN PAS mengambil tindakan sediri tanpa menunggu Keputusan Mesyuarat PAS. Diharapkan cadangan meletakkan 2 orang calon dipertujuan dalam mesyuarat tergempar PKR. Jika sekira nya PKR bertegas hendakkan DSWAI juga dengan meminggirkan AZMIN maka kita perlu persoalkan kenapa DSAI mahukan sangat DSWAI sedangkan telah dimaklum nama DSWAI akan ditolak oleh sultan. Adakah ini perancangan DSAI untuk menyerah Selangor kepada BN dan merealisasikan rancangan Konsensus National bersama Dato Najib. Dalam keadaan sekarang kalau TSKI bubar DUN, Kemenangan dipihak BN amatlah cerah. Dalam politik jangan percaya sampai dalam perut. 99 % penasehat sultan adalah orang UMNO, Siapa tahu perancangan DSAI, DSWAI, TSKI, DS Najib, UMNO dan pihak istana ingin mengambil Selangor. Usia DSAI semakin lanjut. Mustahil DSAI rela menghabiskan usianya 5 -6 tahun lagi didalam penjara disamping cita cita politik masih belum tercapai. DS Najib mempunyai masalah untuk terus memimpin. Sekarang mereka berdua mempunyai common enemy iaitu Dr. Mahathir dan puak puaknya yang sentiasa mempastikan DSAI tidak punya peluang dalam politiknya dan juga mahukan DS Najib turun dari menjadi PM kerana kepentingan harta dan jawatan anak anaknya.
    disamping untuk menghalang kesalahan dan penyelwengan nya semasa menjadi PM akan dibingkar. Kita tunggu dan lihat. Cuma bacaan politik kita biar lebih, banyak buat hipothesis.

    ReplyDelete
  4. Pada kesimpulan keseluruhan perpaduan PAKATAN tidak kompak dan jitu walaupun keputusan diakhiri dengan kelegaan namun kemenangan bukan buat semua.Alhamdulillah diucapkan.Yang penting dan utama serta matlamat majoriti rakyat hendakkan Anwar Ibrahim menjadi PM.Matlamat ini tiada dalam perjuangan PAS (mungkin bukan semua tetapi pemimpin atasan telah menetapkan bukan Anwar).Sekali lagi bergolak hebat.Rakyat akur dengan perjuangan Anwar dan matlamatnya ingin membersihkan namanya yang terrcemar.Biarkanlah dia membawa misi perjuangannya.Umum mengetahui beliau seorang pejuang dan bukan kedudukan yang didambakan tetapi perjuangan untuk memartabatkan agama, bangsa dan negara.Kalau mahukan kedudukan serta kekayaan, beliau bukan dari keluarga yang sengkek malah pernah dipenjara atas perjuangan beliau.Beliau juga merupakan pemimpin pertubuhan Islam yang terkenal dan berprestij.Berikan beliau ruang dan peluang untuk menempa kejayaan yang diperjuangkan.Pastinya apabila setelah beliau menjadi perdana menteri habislah gelora perjuangannya setelah dapat melaksanakan matlamat dan cita cita, pasti beliau meletakkan jawatan dan bersara.Beliau adalah seorang agamawan.Terima kasih.

    ReplyDelete
  5. Kah.kah.kah.admin tak mau komen ker.sehari dua bukan main ngutuk lagi.lu pun tekan brek ker.sila berdalih bro mountdweller.aper aper pun yg pasti Sultan dgn jelas menolak politik kekeluargaan berlandaskan undang undang tubuh negeri Selangor perkara 51(2) dan 53(6).jelas disitu mb mesti ler lelaki.jd pada yg buta info,teruskan menyalak yer.jgn malu dan segan menyerlahkan lagi dna umno yg sedia bodoh tu.eh...naper yea ketua PR tidak dipanggil mengadap dan sebalik nya TGHH pulak yg dipanggil pada 5 Syawal.

    ReplyDelete
  6. Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa khususnya YB DS Anuar Ibrahim dan keluarga nya.. dan kawan-kawan nya. Yang lain lain boleh dipertimbangkan.

    ReplyDelete
  7. Kalau awal sudah buat pendirian sepakat selaras dengan erti perkataan pakatan... cerita sebelum ini tentu tak timbul.... kalau dah memerintah macam parti sebelah yang tidak ikut menifesto.... patutnya awal-awal lagi dah ditukar....

    ReplyDelete
  8. boleh tak tanya mat sabu berapa dia dapat dari nuar? dap dah bagi dia rm15 ribu setiap bulan kalau tak sokong hilang habuan cuba tanya orang pas yang sokong anuwar berapa mika dapat bawah meja orang atas tak nampak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Berapa pulak UMNO bayar kat sekumpulan lebai-lebai PAS untuk mensabotaj Pakatan dari dalam dan mempromosikan kerjasama PAS dengan UMNO?

      Agak-agak siapa yang bayar lebih mahal? DAP atau UMNO?

      Delete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa