Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 31, 2014

Hadi Berjiwa Kecil?

Ini tanggapan MSO terhadap manusia yang bersifat dan berkelaku macam dalam tulisan dia ni....

Abdul Hadi perlu kenal spesis PasMa
 | October 31, 2014

PAS tidak perlu takut kepada PasMa, hanya perlu menerima pertubuhan itu seadanya, sebagai sebuah NGO pemantau kepada PAS.
abdul-hadi-awang1-dec2PETALING JAYA: Penulis buku politik popular dan blogger Mohd Sayuti Omar berkata, PasMa adalah spesis PAS.

Menurut Mohd Sayuti, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata bahawa beliau kabur apakah matlamat dan perjuangan PasMa. Beliau juga tidak tahu PasMa ini daripada spesis apa. Menggunakan perkataan spesis itu memberi konotasi dan rasa Abdul Hadi alah kepada kewujudan PasMa.

“Saya rasa tidak berapa payah sangat untuk presiden parti agama itu mengenali apakah spesis PasMa itu dan apakah matlamat penubuhannya. Kalau tidak menjadi kesalahan, saya hendak jelas jenis spesis PasMa itu dan juga tujuan penubuhannya seperti mana saya memahaminya dan difahamkan.

“Mereka yang menganggotai PasMa adalah juga daripada spesis PAS. Ertinya anak-beranak dan keturunan PAS juga.

“Datuk Ir Phahroralrazi Mohd Zawawi yang kini dianggap sebagai presiden PasMa, adalah bekas Exco Kanan Kerajaan Pas Kedah dan kini menjadi wakil rakyat PAS (ADUN Pengkalan Kundur) di Kedah,” katanya.

Mohd Sayuti berkata, adapun matlamat PasMa seperti mana disebut adalah menjadi sebuah wadah untuk ahli-ahli PAS berforum. Alasan yang diberikan oleh PasMa kenapa ia perlu wujud kerana ahli PAS tidak mempunyai banyak ruang untuk membincangkan hal-hal parti, menegur dan memberi pencerahan kepada pucuk pimpinan PAS.

“Walaupun PAS mengadakan muktamar setiap setahun, tetapi muktamar itu tidak memberi banyak peluang kepada ahli-ahli membincangkan masalah parti. Muktamar PAS juga dilembagakan seperti Perhimpunan Agung Umno, di mana semua yang berlaku dalam perhimpunan itu sudah diorkestrakan demikian rupa.

“Misalnya siapakah yang menjadi pembahas dalam muktamar, sudah dipilih dan apa yang hendak dicakapkan ditetapkan oleh PAS. Di sini ahli tidak mempunyai kebebasan untuk menyuarakan dhamir mereka, menyebabkan ahli PAS dalam keadaan tidak puas.

“Jadi, dengan adanya PasMa, ia bertindak menjadi wadah, ia memberi ruang kepada ahli PasMa bersuara untuk membaiki parti mereka dan membuat teguran-teguran kepada pemimpin (dengan penuh beradat).

“Paling penting, PasMa menjadi medan pertemuan dan perbincangan bukan sahaja ahli PAS, tetapi ahli-ahli rakan PAS dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR yang mana mereka juga mengalami masalah sama dengan ahli PAS yang tidak mempunyai ruang demokrasi secukupnya dalam parti itu.

“PAS tidak perlu takut kepada PasMa, hanya perlu menerima pertubuhan itu seadanya, sebagai sebuah NGO pemantau kepada PAS.

“Setiap idea mengukuhkan parti yang dilontarkan perlu diambil, disaring dan digunapakai dalam PAS.

“Dalam hal ini tidak timbul tanggapan negatif PasMa adalah jemaah dalam jemaah. Tanggapan demikian lahir dari mereka yang berjiwa kecil,” ulas Mohd Sayuti dalam blognya.

6 comments:

  1. Hadi tanya PasMa spesis apa.....saolah olah jenis haiwan.
    Inikah cara ularmak berbahasa?
    Mungkin juga kita bolih tanya ularmak tidak bersih berbahasa tu jenis spesis APA ya????

    ReplyDelete
  2. jiwa kecil
    jiwa 'budak'
    jiwa anak-situa'BANGKA

    bagi UMPAN..
    masuk jerat'PERANGKAP
    ibarat 'budak2' dpt GULA2
    ibarat AYAM ditabur padi dlm serkap?
    ---dpt ESOS?
    ---dpt Sponsor??
    ---dpt projek/SHARE???
    ---dpt KOMISYEN lebat????
    ---dpt selalu gii LONDON?????
    hasilnya buat fitnah FITNAH FITNAH!!
    -tindih krusi
    -pilkuda
    -kominis
    -brokar
    -barua!

    inilah BUDAK2 "bangkai" donia yg mengaku & PERASAN konon2nya mrk lah sbg ulamak suci pewaris nabi...tetapi sprt LALAT & LANGAU mnghurungi najis & BANGKAI2 donia yg sgt keji!?

    brmain2 auta-sandiwara dgn hudud hudud hudud..mrk ini ingin menipu SIAPA lagi???..lalu ALLAH tlh mnjd kan mrk BODOH bisu & tuli,,terus2an menipu meNIPU & memBODOHkan diri mrk sndiri!!?

    ReplyDelete
  3. tuang presideng jiwa kechik ?

    orang orang bahalol semua jiwa kechik lah , tu sebab jadi bahalol dan tak macam anwar ibrahim.

    budak monggol itu jiwa bacul , tapi hampeh.

    ReplyDelete
  4. Sungguh bisa apa yang di tulis oleh Anon 1.51.Ujian Allak kepada mereka ini adalh lebih hebat apa yang Allah ujikan kepada kita.Kalau mereka tidak muhasabah diri,tak tahulah apa akan terjadi kepada Pas nanti.

    ReplyDelete
  5. sorang kawan komen pasal ulama pandai fitnah & maki ,tentu dia gumbira jika anwar masuk dalam ? betoi ka ? ABU !

    ReplyDelete
  6. Hamba nak nasihat semua, berdamailah maaf kan yang lepas, problem utama negara tak selesai lagi GST, harga barang tinggi, harga getah dan sawit jatuh, orang gaji rendah >1500 tapi PM cakap 3500, jadi banyak benda kita harus utamakan.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa