Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 21, 2014

Rupanya Dalam PR Ada Banyak Kacang Hantu

Tindakan DAP Sarawak tidak jejas Pakatan, PAS mahu Chong demokratik
Published: 21 October 2014
Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen ingin memutuskan hubungan dengan PKR dan PAS sekiranya kedua-dua pemimpin parti berkenaan sehingga mereka menyatakan pendirian terhadap hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 21 Oktober, 2014.

Tindakan drastik DAP Sarawak memutuskan hubungan dengan PAS dan PKR disebabkan isu hudud tidak memberi kesan kepada hubungan Pakatan Rakyat (PR) di peringkat kebangsaan, kata pemimpin.
Pemimpin PR yang dihubungi mengesahkan isu itu menjadi perhatian mereka, tetapi yakin ia tidak menjejaskan hubungan antara ketiga-tiga parti pembangkang berkenaan.
"Isu ini mendapat perhatian (DAP) pusat, tetapi bukan isu ini (beri kesan kepada PR)," kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua kepada The Malaysian Insider.
Laporan media pada Sabtu menyebut, Pengerusi DAP Sarawak Chong Chieng Jen memutuskan hubungan dengan PKR dan PAS negeri itu sehingga kedua-dua pemimpin parti berkenaan menyatakan pendirian mereka terhadap hudud.
Ahli Parlimen Bandar Kuching itu dilaporkan berkata, DAP negeri itu akan meninggalkan PR sekiranya kumpulan Ulama PAS memperolehi kuasa dalam pemilihan parti Islam itu.
Ketika diminta mengulas perkara itu, Pua yang juga ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berkata, DAP Pusat masih belum berbincang, sebaliknya berkata, "Lebih baik minta komen daripada pemimpin Sarawak."
Ketua Penerangan PAS Datuk Mahfuz Omar menuntut Chong agar mengamalkan sikap demokrasi terhadap pendirian PAS berkenaan hudud di Kelantan kerana ia hanya melibatkan umat Islam di negeri yang ditadbir PAS itu.
"Saya minta beliau akur dengan keputusan demokrasi, hudud di Kelantan hanyalah untuk umat Islam, sama seperti mereka nyatakan sokongan kepada Oktoberfest, jangan hipokrit dengan demokrasi," kata Mahfuz yang juga ahli Parlimen Pokok Sena, merujuk kepada pesta arak dianjurkan syarikat pembuat minuman keras Carlsberg di Selangor baru-baru ini – dihadiri pemimpin DAP dan PKR.
Mengulas lanjut berhubung tindakan Chong, Mahfuz berkata keputusan untuk bersama atau meninggalkan PR adalah bidang kuasa Majlis Pimpinan Presiden dan kepimpinan negeri tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan bersendirian.
"Terpulang kepada beliau (untuk meninggalkan PR), Majlis Pimpinan Presiden Pakatan yang mempunyai kuasa memutus, mengapa beliau (di peringkat) negeri yang buat (keputusan)," kata Mahfuz.
Sementara itu, PKR berpendapat Chong tidak seharusnya bertindak sedemikian memandangkan DAP bertujuan memenangi pengundi Cina negeri itu.
"Bagi saya, tindakan itu bukan satu keperluan, DAP mengejar undi Cina," kata Naib Presiden PKR Chua Tian Chang kepada The Malaysian Insider.
Ahli Parlimen Batu itu berkata PAS tidak mempunyai sokongan yang kuat di Sarawak, malah tidak seharusnya isu hudud berbangkit di negeri Malaysia Timur itu.
"Kehadiran PAS tidak begitu kuat di Sarawak, apa lagi berkenaan hudud," katanya yang lebih dikenali sebagai Tian Chua.
Chong dilaporkan berkata DAP Sarawak tidak bercadang untuk meninggalkan PR sekiranya kumpulan liberal progresif menguasai Ahli Jawatankuasa Pusat parti Islam itu.
"Keputusan untuk keluar meninggalkan (Pakatan) tidak akan ke mana. Sebelum kita tiba ke sana, kita perlu membuka pilihan. Pada masa sama, jelaskan pendirian kita," kata Chong hujung minggu lalu. – 21 Oktober, 2014.

1 comment:

  1. PAS tidak perlu risau tindak tanduk DAP.

    DAP parti politik professional dan ber integriti yang tidak perlu sokongan PAS dan Melayu untuk maju.

    DAP adalah parti politik ekonomi dan pembangunan.

    PAS parti politik gagal dan munafik , tiada kekuatan ekonomi serta bahalol hidup dengan bantuan BRIM saja.

    PAS sebaik nya cuba belajar menghidupkan PAS dan bukan yang lain.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa