Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 28, 2014

RV Discovery: PAC Gesa SPRM Siasat

PAC gesa SPRM siasat perolehan kapal RV Discovery
 | October 27, 2014
Perolehan kapal RV Discovery dirumuskan sebagai projek sakit dan walaupun kapal siap dibina tetapi ia bukan kapal penyelidikan seperti objektif asal perolehan kapal dan ini merupakan satu pembaziran.
nur-jazlan-mohamed-3KUALA LUMPUR: Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) Datuk Nur Jazlan Mohamed dalam sidang Dewan Rakyat hari ini menggesa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan terhadap pengurusan perolehan kapal RV Discovery.
Menurutnya PAC amat tidak berpuas hati dengan pengurusan perolehan kapal yang tidak mencapai objektif yang disasarkan dan mendapati pegawai pengawal Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang terlibat cuai dan tidak cekap dalam melaksanakan tanggungjawab.
“Segala keputusan dan tindakan yang dilihat memihak kepada kontraktor telah menimbulkan keraguan dan memberi tanggapan bahawa berlaku pelanggaran tatacara yang mencurigakan.
“PAC mengesyorkan tindakan berpatutan dikenakan kepada pegawai pengawal bertanggungjawab termasuk dua mantan Naib Canselor UMT, Prof Dr Datuk Abd Aziz Deraman dan Prof Datuk Dr Sulaiman Nd Yassin serta Pengarah Pembangunan UMT, Ir Mohd Zaideen Yusoff,” katanya.
Tambah beliau, antara kesalahan paling serius adalah tidak melaksanakan due diligence dengan rapi semasa proses tender bagi mengetahui latar belakang syarikat, prestasi dan kedudukan kewangan syarikat supaya pelantikan pre-tender dibuat kepada syarikat yang layak, kukuh kewangannya dan tiada mempunyai percanggahan kepentingan.
“Kesalahan lain adalah arahan perubahan kerja iaitu penukaran badan kapal daripada besi kepada aluminium dilaksanakan selepas 3 bulan perjanjian ditandatangani dan perubahan kerja dilaksanakan sebelum mendapat kelulusan.
“Membenarkan Badan Pengkelasan Kapal diubah dari Lloyd’s Register Group, Det Norske Veritas dan American Bureau of Classification Malaysia.
“Ini mewujudkan unsur ‘conflict of interest’ yang serius kerana Pengarah syarikat Kaymarine adalah pemenang saham kedua tertinggi dalam SCM. Oleh sebab itu, kredibiliti sijil kelayakan yang diberi oleh SCM diragui,” jelasnya.
Hari ini PAC membentangkan laporan PAC Parlimen ke-13 berkaitan pengurusan perolehan kapal penyelidikan dan latihan RV Discovery oleh UMT.

3 comments:

  1. Abe

    Orang Ganu ni serba serbi dia sentuh hancur lebur. Tengok ala jadi dengan stadium, masjid dll.

    Begitu juga dengan PAS.PAS Ganu berat nanang. PAS Pusat pun bermasaalah. DUPP,MSU depa buat ikut suka hati d3pa je nak perkuda macamana. Patut le Ganu dok maju-maju. Walaupun sudah terima royalti minyak sejak tahun 1970, Ganu masih lagi antara negeri termiskin di Malaysia.

    ReplyDelete
  2. dah nak wat guana memang orang ganu jadi gittu sokmo.lurus tak tau kala.nak kata bodo nanti marah pulak.Tapi ikut apa kata peminpin.Peminpin kata gi kiri ikut g kiri kata g kanan ikut je g kanan,dak kira ada lubang ke ada gaung ke tak kira ikut je.Pikir2 bodoh kot.kah.kah.kah

    ReplyDelete
  3. Masih ada orang ganu dok selimut kain batek berak atas jalan...

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa