Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 23, 2014

Kargo MH370: Apa Dan Kenapa Disorok?

Voice370 gesa dedah isi kargo MH370
Published: 23 October 2014 - TMI
Voice370 gesa pihak berkenaan mendedahkan kandungan kargo yang dibawa pesawat MH370 ketika ia hilang pada 8 Mac. – Gambar fail The Malaysian Insider, 23 Oktober, 2014.

Mewakili keluarga penumpang pesawat Malaysia Airlines MH370, sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai "Voice370" menggesa agar kargo yang dibawa pesawat itu didedahkan kepada umum.
Melalui satu kenyataannya hari ini, Voice370 berkata, kandungan kargo yang didedahkan masih tidak lengkap meskipun insiden berkenaan sudah berlarutan beberapa bulan.
"Voice370 menggesa pihak berkuasa membuat pendedahan penuh kargo yang dibawa MH370, menyatakan dengan jelas kargo yang berada di dalam pesawat," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata, kargo pesawat itu hanya diumumkan pada 1 Mei bersama dengan laporan preliminari, sedangkan sepatutnya ia dilakukan pada hari kejadian, iaitu pada 8 Mac.
"Selepas lewat dua bulan, kandungan kargo yang didedahkan tidak lengkap.
"Kita hanya diberitahu terdapat 4,566kg manggis yang dihantar Poh Seng Kian dan Bateri Lithium," kata kenyataan itu.
Kenyataan itu berkata, Malaysia Airlines menyatakan NNR Logistic’s menghantar 2,453kg kargo, termasuk 221kg Lithium Ion Batteries dan baki 2,232kg hanya dikenali sebagai aksesori radio dan pengecas.
"Laporan media mengatakan ia berkemungkinan kepunyaan Motorola. Daripada laporan preliminari, boleh disimpulkan, Kerry Logistics mempunyai 2,250kg, Kintetsu Express (646kg), Panalpina (26+6kg), dan Malaysian Express (6kg)," kata kenyataan itu.
Sehubungan itu, mereka menggesa agar kandungan dan kuantiti kargo didedahkan termasuk arahan pengisian kargo.
"Kami percaya pada ketika ini, pembebasan maklumat ini tidak boleh mengubah apa pun yang diketahui berlaku terhadap MH370 mahupun mengubah nasib pesawat ini dan nasib penumpang.
"Oleh itu, kami percaya melindungi kandungan maklumat ini tidak mempunyai asasnya, kecuali terdapat konspirasi untuk melindungi maklumat daripada orang ramai.
“Selepas lebih 7 bulan, kami tidak lagi mahu terseksa setiap hari dengan ketidaktentuan berhubung kehilangan pesawat MH370,” katanya.
Penerbangan MH370, membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal hilang daripada imbasan radar semasa berada di ruang udara Laut China Selatan pada 8 Mac, kira-kira sejam berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada jam 12.41 tengah malam.
Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing pada 6.30 pagi hari sama.
Usaha mencari pesawat itu masih diteruskan, namun tiada sebarang bukti kukuh ditemui setakat ini.
Gerakan untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370, yang dipercayai berakhir di kawasan terpencil di Lautan Hindi, sejak hilang pada 8 Mac giat dilakukan.
Menteri Pertahanan Malaysia Datuk Seri Hishammuddin Hussein bagaimanapun dilaporkan berkata beliau 99.9% yakin dengan misi mencari pesawat itu berdasarkan penggunaan peralatan paling canggih.
"Saya optimis 99.9% untuk mengesan pesawat hilang ini tetapi lautan amat luas.
"Ia bergantung kepada beberapa faktor termasuk keadaan laut," katanya semasa melancarkan kapal disewa kontrak Malaysia, Go Phoenix dan kenderaan sonar pengesan dalam air canggih dikenali ProSAS di Pelabuhan Freemantle di Perth, baru-baru ini. – 23 Oktober, 2014.

* Alhamdulillah .....tiba di Lumut jam 6:00 petang semalam setelah mengharungi hujan lebat

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa