Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Friday, October 24, 2014

Menyuarat PR: Penting Bagi PR Tapi Mustahakkah Bagi Hadi?

Aku perhatikan sejak sebelum PRU13 lagi.....Hadi bukanlah seorang pemimpin yang bertanggung jawab
Banyak kes pelik seperti Kota Damansara, Bukit Besi, Sungai Acheh dan Machang menjadi topik hangat kembali di peringkat rakyat biasa setelah krisis MB selangor tecetus

Yang bertekak dengan Karpal dan Kit Siang pun dia
Kekadang Nik Aziz mencelah
Yang banyak buat kenyataan yang Kontroversi pun dialah juga!

Hadi hadir atau tidak mesyuarat terakhir Pakatan menjelang Anwar ke penjara?
Published: 24 October 2014
Pakatan Rakyat dijangka mengadakan mesyuarat sebelum keputusan mahkamah berhubung rayuan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dan persoalan timbul sama ada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyertainya atau tidak. – Gambar fail The Malaysian Insider, 24 Oktober, 2014.

Menjelang perbicaraan yang bakal memutuskan sama ada Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim akan ke penjara atau tidak, Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR) dijadualkan bermesyuarat Isnin depan, sehari sebelum perbicaraan itu, bagi menyiapkan diri menghadapi sebarang kemungkinan.
Walaupun keadaannya serius, persoalan timbul apakah Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan menyertai mesyuarat itu atau tidak kerana beliau tidak menyertainya sejak lebih setahun lalu.
Malah, beliau mula hilang daripada perhatian umum sejak berakhirnya kemelut menteri besar Selangor bulan lepas.
Menurut sekretariat PR, mesyuarat ini diadakan ketika sidang Parlimen berlangsung bagi membolehkan semua pemimpin PAS, PKR dan DAP boleh menghadirinya.
"Panggilan mesyuarat sudah dibuat, kita harap semua dapat hadir kali ini," kata sumber itu.
Menurut sumber, Hadi besar kemungkinan tidak akan menyertai mesyuarat itu kerana beliau akan berada di Kuala Terengganu keesokan harinya, 28 Oktober, bagi menyertai satu perbicaraan di Mahkamah Tinggi.
"Saya rasa Tok Guru tidak akan ke Kuala Lumpur, kerana esoknya dia ada bicara di Kuala Terengganu," kata sumber yang rapat dengan beliau.
Anwar akan menghadapi perbicaraan di Mahkamah Persekutuan pada 28 Oktober ini bagi memutuskan rayuannya terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang memenjarakannya selama 5 tahun selepas mahkamah itu menolak keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan beliau dalam kes liwat terhadap pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.
PKR menggerakkan para penyokongnya untuk memberikan tekanan agar Anwar tidak dipenjarakan. 
Selain mengadakan perhimpunan ke seluruh negara, kabel diplomatik antarabangsa juga digunakan para penyokong Anwar untuk memastikan beliau tidak ke penjara sekali ini.
Antaranya, menggunakan hubungan peribadi Anwar dengan pentadbiran Presiden Amerika Syarikat Barack Obama, Presiden Turki Raccip Tayyib Erdogan dan Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi.
Anwar dalam satu kenyataannya baru-baru ini berkata, beliau yakin Mahkamah Persekutuan akan membebaskannya daripada dakwaan itu. 
Kes Hadi di Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu pada 28 Oktober itu ialah bagi memberikan keterangan susulan saman bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, terhadapnya dalam isu pil kuda.
Menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 lalu, Hadi dalam satu ucapannya mendakwa sesetengah calon PKR menjual pil kuda (sejenis dadah) menyebabkan pihaknya tidak setuju meletakkan mereka sebagai calon.
Sehubungan itu, PAS meletakkan calonnya bertanding di kerusi yang diperuntukkan kepada calon PKR termasuk di kerusi Bukit Besi.
Ketika ini Hadi masih berada di London. Beliau berlepas ke sana 14 Oktober lalu bersama beberapa ustaz bagi menyertai program di sana ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak membentang Bajet 2015 Jumaat lepas.
Tindakan beliau tidak menyertai sidang yang dianggap paling penting sebagai seorang ahli Parlimen itu dikritik hebat pelbagai pihak, khasnya pengguna media sosial.
Beliau disifatkan sebagai 'ponteng' tugasannya sebagai ahli Parlimen yang dipilih pengundi kawasannya di Marang.
Kepimpinan Hadi kini mencapai kemuncak krisisnya apabila pelbagai pihak baik secara terbuka mahupun tertutup mengkritik beliau. Terbaru, Mohd Tamrin Abdul Ghafar menyifatkan beliau punca masalah yang berlaku dalam PAS sekarang.
Tamrin yang baru saja meninggalkan PAS selepas dua tahun menyertainya, menyalahkah Hadi dan penyokong kuat beliau, kumpulan pro ulama yang dilabelkannya sebagai 'Taliban'.
(Taliban merujuk kepada golongan pelajar agama yang tidak berpuas hati dengan kerajaan yang dibentuk Mujahidin Afghanistan yang berjaya menghalau penjajah Soviet di negara itu.)
Ditanya wartawan laman web Mole.my, apakah beliau merujuk kepada Hadi ketika mengatakan beliau menyesali pemimpin PAS, dan bukannya PAS sebagai sebuah parti, Tamrin menjawab:
"Sudah tentu. Hadi dan kumpulan Taliban yang sedang menguasai parti," tegas Tamrin dalam wawancara yang disiarkan portal berita itu.
Sebelum Tamrin, Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad juga menyalahkan kumpulan 'Taliban' itu dalam tulisannya mengenai masalah yang berlaku dalam PAS.
Khalid membuat kesimpulan, strategi golongan ini adalah ‘Langgar Golongan Profesional’.
"Setelah menggelar diri mereka sebagai ulama atau pembela kepimpinan ulama, golongan baru memulakan serangan terhadap pimpinan lama, khususnya yang terdiri daripada golongan profesional yang pro-PR," tulis Khalid dalam blognya. – 24 Oktober, 2014.

5 comments:

  1. Dah masuk 2 MINGGU woi kat LONDON!
    slps brUG poket penoh weh!
    slps pilkuda manyak masyuuuk!
    ESOS laa,,GAJI laa,,ELAUN laa
    SHARES laa? proxy sykt laa?

    slps mmBARUA,,jd BARUA rezki limpah2
    smenjak sokong khalid ibrahim mewahh!

    Dah masuk 2 minggu kat LONDON
    bbrp worang wostad kat LONDON
    dah kerap x jap2 pii LONDON
    memang manyak betoi DUIT

    ...dah mcm projek NFC lembu jer manyaknya DUIT?
    ...dah mcm komisyen kapal selam jer melambak2 DUIT??
    ...kot2 high risk high gain project mcm LYNAS bnyk betoi DUIT!??
    ...mcm arus air kat SYABAS jer mngalir bnyk nye DUIT!???

    mungkin akaun sulit/proxy bubuh kat LONDON he he he!??

    TAK pe laa..itu sume HALAL bukan songlap/rasuah,,sume HALAL dan tlh pon diHALALkan oleh majlis syooruuu dan tidak perlu diHUDUD!?
    dgn setan2 dkenali mana ada kes!?
    SPRM pon wokeh!?
    tarak ada kes?
    beres!

    ...inilah untungnya jd ularrrmak2 fakeh ddlm semak yg ariff mmFITNAH, krn DOA mrk sgt2 'MUSTAJAB' dan sgt cepat MAKBUL dgn DUIT bnyk melimpah2 ruah..

    ...ole itu marilah kita WALAQ kpd tuang presideng yg slalu TUANG!?

    Takbirrr!!?

    ReplyDelete
  2. Jangan silap, London dah jadi kiblat pertama Adi Awe sekarang ini. Saudi dan Mesir bukan ada "value" lagi. Selain itu beliau telah menerima amanat besar dari Mufti Besar UK dalam buangan iaitu Raja Petra Kamaruddin (RPK), bagaimana jalan mudah nak masuk Syurga bersama UMNO. Rakyat tak perlu dibela darihal ekonomi, sosial dan keadilan politik di dunia ini, cukup hanya sekadar memberi ceramah dan membaca sepotong Hadis maka rakyat sudah kenyang dan bersendawa. 28 Okt 2014 ada 2 perbicaraan penting di Malaya. Perbicaraan fitnah liwat Anwar di Selangor dan perbicaraan memfitnah Adi Awe terhadap calon PKR Bukit Besi......Bukan saja-saja jumpa RPK, kerana RPK ada "line" sama dengan si correct, correct tu.

    ReplyDelete
  3. Apa lah PAS tanpa PR.

    Hadi sudah tidak relevan lagi.

    Buat habis beras saja jika orang tak de otak di ajak ber fikir.

    ReplyDelete
  4. terserlah kebodohan balaci,pencacai pkr.ish...ish...masa kejang move bermesyuarat tak panggil pun,bila ketum dah nak masuk lokap,tetiba plak teringat kat PAS.giler meroyan aper ker pkr nie.dah nak masuk tu,masuk ler.aper hal nak mesyuarat plak.kih...kih...kih...blogger haprak cuber bersandiwara bagi pihak yg menyuap sesuap nasi kemulut nyer.terbaek dari blogger pencacai force team.

    ReplyDelete
  5. Yg penting pas tdk masuk campur urusan peribadi anwar...apa kena mengena dgn pas?

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa