Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 28, 2014

‘Saya tidak kenal plaintif' - Hadi Awang

‘Saya tidak kenal plaintif’, kata Hadi dalam kes saman calon PKR
TMI - Published: 28 October 2014
Datuk Seri Abdul Hadi Awang memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu beliau tidak mengenali calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin, yang menyaman beliau. – Gambar The Malaysian Insider, 28 Oktober, 2014. 

"Saya tak kenal langsung plaintif. Macamana saya nak fitnah dia?!" kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang di kandang saksi Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu, hari ini.
Presiden PAS itu berkata demikian ketika memberikan keterangan sebagai saksi utama terhadap saman bekas calon PKR Bukit Besi, Mohd Shamsul Mat Amin.
Dalam saman itu, Shamsul mendakwa Hadi menuduh beliau menjual pil kuda.
Hadi memasuki kandang saksi kira-kira jam 10 pagi ini bagi memberikan keterangan dengan diiringi para penyokong yang memenuhi perkarangan mahkamah itu, termasuk isterinya, Datin Seri Zainab Awang, Naib Presiden PAS Salahudin Ayub, Ketua Wanita PAS Siti Zailah Mohd Yusof dan Dr Syed Azman Ahmad Nawawi.
Sebelum Hadi memberikan keterangan, Adun Bandar yang juga Ketua PKR Terengganu, Azan Ismail, memberikan keterangan sebagai saksi plaintif.
Hadi selesai memberikan keterangan kira-kira sejam kemudian.
Hakim Datuk Mohd Yazid Mustafa kemudiannya menangguhkan perbicaraan kepada 23 November ini.
Hadi disaman Shamsul kerana mendakwa ada calon PKR semasa pilihan raya umum ke-13 lalu menjual pil kuda, iaitu sejenis dadah.
Dakwaan itu dibuat Hadi dalam ceramahnya di Alor Limbat, Marang, Terengganu menjelang pilihan raya itu.
Ekoran itu, PAS meletakkan calonnya juga di tiga kawasan DUN yang sepatutnya ditandingi calon PKR bagi pihak Pakatan Rakyat termasuk Bukit Besi. Ini disusuli tindakan saman oleh Shamsul.
Sebelum ini, Mahkamah Tinggi Kuala Terengganu membuat penghakiman engkar ke atas Hadi dan meminta beliau membayar RM2 juta kepada Shamsul.
Bagaimana pun, mahkamah kemudiannya mengenepikan perintah itu selepas rayuan Hadi.
Ketika Hadi menghadapi saman dari bekas calon PKR ini, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pula berada di Mahkamah Persekutuan di Putrajaya, tetapi dalam kandang tertuduh.
Anwar sedang merayu kepada Mahkamah Persekutuan bagi membebaskannya ekoran keputusan Mahkamah Rayuan memutuskan beliau bersalah meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan dan menjatuhkan hukuman lima tahun penjara ke atas beliau. – 28 Oktober, 2014.

3 comments:

  1. Presideng "kepala tahi" ni akan sentiasa berbohong dan u-turn demi menyelamatkan diri dari hukuman manusia. Takut pula mengaku?

    ReplyDelete
  2. presiden PAS ini se orang yang gagal dan tidak ber tanggung jawab.

    Munafik itu pasti ; macam mana orang orang melayu boleh ambil si bahalol jadi pemimpin.

    apa kah orang orang Melayu ini bangsa bahalol ?

    untuk renungan ber sama yea.

    ReplyDelete
  3. Anon 5.50 ..aku rasa kau ni bukan Melayu. Tapi kalau kau Melayu, kau peluklah 'bahalol' tu kaut2 dan kalau kau bukan Melayu pun, kau rangkullah 'bahalol' tu ketat2 untuk diwariskan pada keturunan kau sendiri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa