Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 27, 2014

'MH17 - Cerita yang tidak diberitahu': Boleh Percaya Ke?

Russian Today siarkan teori konspirasi MH-17
Russia Today (RT), rangkaian berbahasa Inggeris milik kerajaan Rusia, menayangkan dokumentari bertujuan untuk memaklumkan 'berita yang tidak diberitahu' bagaimana pesawat MH-17 milik Malaysian Airline System Bhd. ditembak jatuh oleh sebuah pesawat tentera pada Julai lalu.

Persetujuan ramai menyatakan puak pemisah yang disokong Kremlin menembak jatuh pesawat awam itu dengan menggunakan peluru berpandu darat ke udara yang dibekalkan oleh kerajaan Rusia. Bagaimanapun, RT menolak jalan cerita ini dengan 'menemubual saksi di tempat kejadian dan mendapatkan pandangan pakar'.

"Filem ini cuba untuk membuktikan apa yang menyebabkan pesawat malang itu jatuh dan kesemua 298 penumpang terkorban," kata laman sesawang RT yang menyentuh tentang dokumentari bertajuk 'MH-17: Cerita yang tidak diberitahu'.

Pada sedutan dokumentari itu, yang disiarkan semalam, para saksi mendakwa mereka melihat pesawat kedua yang mungkin menembak jatuh pesawat awam tersebut.

"Saya mendongak dan melihat sebuah pesawat tentera kecil di udara. Oleh itu, saya pasti 100 peratus terdapat pesawat kedua," kata seorang lelaki.

Seorang lagi lelaki membuat kesimpulan: "Pesawat MH-17 ditembak oleh peluru berpandu udara ke udara dan ketika ia sedang menurun, ia dilumpukhkan dengan tembakan meriam,".

Teori ini juga telah ditayangkan di rangkaian televisyen propaganda di Rusia. Bagaimanapun, pakar-pakar sedia maklum bahawa bukti yang ditunjukan pada siaran tersebut sebenarkan secara tidak sengaja membuktikan tembakan meriam tidak menjatuhkan pesawat tersebut.

RT tidak mengulas seperti yang diminta Business Insider yang menanyakan sama ada ia menjangka orang ramai yakin terhadap dokumentari itu. - sumber

1 comment:

  1. Keputusan siasatan pihak yg bersalah dalam kejadian nahas MH17 perlu diputuskan oleh pihak yg berkiblatkan Amerika.
    Siasatan pihak lain tidak terpakai.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa