Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 18, 2014

Agak Lucu: Mazlan Minta Mustafa Ali Pujuk Tamrin?

Agak lucu bunyinya
Takkan Mazlan tak tahu atas alasan apa Tamrin tinggalkan PAS?
Bukankah kerana onar dua tiga kerat pihak atasan PAS termasuk Mustafa Ali?

Saya sedih dengan keputusan Datuk Tamrin Tinggalkan PAS
Posted on Saturday, October 18 @ 21:13:05 MYT by paktam
Mazlan Aliman

Bertemu dengan beliau dalam majlis makan tengahari bersama YBM Tengku Razaleigh pada tahun 2011, kemudiannya menjadi sahabat baik. Kerap bertemu terutamanya minat beliau mengenai isu Felda dan tanah.
 

Datuk Tamrin mengisi borang PAS pada 11 Julai 2012, di rumahnya. Saya sendiri jadi pencadangnya. Beliau selalu sebut, saya ni mualaf Mazlan, PAS kena tarbiaah saya. Perjalanan kehidupannya, dunia politiknya dan ada yang bersifat peribadi diceritakan kepada saya. Dia mahu habiskan sisa hidupnya untuk bersama PAS, atas ikrarnya demi Islam.

Saya hubungi Dr Ahmad Samsuri, Setpol Presiden PAS, Saudara Nasaie Ismail Setiausaha Akhbar Presiden dan Adly Zahri,Pesuruhjaya PAS Melaka mengenai kemasukan Datuk Tamrin. Hinggalah majlis perisytiharan penyertaan dalam PAS dibuat di Dewan KUIZM, Taman Melewar pada 11 ogos 2012 oleh Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Beliau aktif berceramah di seluruh negara. Juga menerbitkan risalah dan pamplet yang berkaitan dengan isu-isu Melayu. Pendedahan beliau sangat menarik dan banyak membantu PAS dan PR. Bagi saya sumbangan dan komitmen beliau dalam PAS amat baik.

Namun, kemelut jawatan MB Selangor, masalah dalaman PAS dan PR meresahkan beliau. Beliau kerap luahkan perasaan dan pandangannya pada saya dan rakan-rakan melalui telefon, SMS dan beberapa pertemuan. Saya bersembang panjang dengannya di Restoran Haslam pada 9 Okt lalu. Saya lebih banyak mendengar luahannya. Maklumlah, beliau banyak pengalaman dalam politik. Sebagai sahabat, saya berikan saranan dan nasihat.

Saya difahamkan, keputusan Mesyuarat AJK PAS Pusat pada 12 Okt lalu mengenai isu 2 orang Adun PAS iaitu Hulu Selangor dan Morib adalah kemuncak yang mendorong Datuk Tamrin meninggalkan PAS.

Sekitar jam 8 pagi ini saya menerima SMS beliau yang berbunyi, ' Salam. Tk atas pandangan dan harapan. Sudah banyak kali saya memberi pandangan dan teguran kepada beberapa pemimpin tapi nampaknya tidak dipedulikan. Akhir-akhir ini beberapa tindakan yang dilakukan amat menghampakan saya; tidak perlulah saya huraikannya. PAS TIDAK SALAH. Persahabatan kita tetap utuh. Semoga Allah SWT memberkati perjuangan kita. InshaAllah'.

Saya berharap Datuk Mustapha Ali dapat mengambil inisiatif memujuk Datuk Tamrin memikirkan semula keputusannya keluar dari PAS, meskipun kita menghormati hak beliau. Situasi ini bukan sesuatu yang baik bagi PAS. -


* Penulis adalah AJK PAS Pusat

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa