Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, October 21, 2014

Berita Azmin Disiasat SPRM Hanya Fitnah?

PKNS nafi Azmin disiasat SPRM berhubung rasuah
TMI - Published: 21 October 2014
Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) hari ini menafikan laporan media mengenai dakwaan kononnya Menteri Besar Selangor Mohamed Azmin Ali (gambar) disiasat berhubung salah laku rasuah.
Pengurus Perhubungan Awam PKNS, Ishak Hashim dalam satu kenyataan berkata perbadanan tersebut tidak pernah menerima sebarang aduan mengenai salah laku atau penyalahgunaan kuasa oleh Azmin ketika memegang jawatan sebagai Anggota Perbadanan PKNS.
Katanya, bagaimanapun Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhak membuat siasatan malah PKNS bersedia memberikan kerjasama 


Beliau berkata, PKNS merupakan organisasi yang mengamalkan tadbir urus korporat terbaik dan merupakan Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri (PKEN) pertama menandatangani Ikrar Integriti Korporat (CIP) seperti yang dilaksanakan syarikat dan agensi kerajaan.
Baru-baru ini beberapa media tempatan melaporkan SPRM menyiasat Azmin berhubung dakwaan salah guna dana semasa memegang jawatan tersebut.
Tuduhan penyalahgunaan dana itu dikatakan berlaku dalam satu urusniaga melibatkan Projek Pembangunan PJ Sentral. – Bernama, 21 Oktober, 2014.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa