Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, October 29, 2014

Ke mana menghilang wang RM1.6 bil 1MDB?

Ng Kee Seng07:30PM Okt 28 2014
SEKILAS PANDANG: Fahamkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Umno akan maksud ketelusan, akautabiliti dan itegriti?

Jika faham, tentu kerajaan tidak teragak-agak mendedahkan nama mereka yang meraih untung hasil simpanan RM1.6 bil hasil bayaran komisyen.

Komisyen itu dipercayai dibayar oleh 1MDB - 1Malaysia Development Berhad - pada 2012 dan 2013 apabila mendapat RM15.2 bilion dalam bentuk bon.

Jika semua telus, tentu tiada masalah 1MDB dan kerajaan Malaysia mendedahkan pihak yang mendapat keuntungan tersebut.

Malaysiakini dalam laporan 27 Okt memetik Tony Pua (DAP Petaling Jaya) berkata di Parlimen bahawa hampir RM1.6 bil ditolak dari dua bon berkenaan dalam bentuk komisyen dan yuran.

“Amaun ini mencecah 11.2% dan 9.4% dari jumlah yang diraih,” Pua berkata.

Kadar yuran biasa bagi bank dan entiti pelaburan dalam meningkatkan bon sebegitu pada paras 0.1% dan 2% dari jumlah yang didapati, katanya.

Pua menambah bahawa pihak yang mendapatkan dana Goldman Sachs hanya mengenakan caj 0.2% dan 1.3% dalam bentuk komisyen dan yuran bagi uruniaga lain yang dilakukannya untuk Apple Inc dan kerajaan Mexico. 

“Adakah 1MDB bodoh kerana membayar yuran 11.2% dan 9.4%?” soal Pua.

“Atau Golman Sachs tidak beretika kerana mengenakan caj 10 kali ganda berbanding harga pasaran?” soalnya lagi.

Pua percaya itu bukan yang berlaku, maka soalannya ialah siapa yang menerima komisyen tersebut.

Beliau mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mendedahkan pihak yang menerima komisyen bagi membuktikan segala urusniaga dilakukan dengan telus.

Tony Pua merupakan pengkritik 1MDB dan telah banyak kali melempar kritikan bersifat peribadi ke atas Najib.

Jumlah RM1.6 bil yang lesap dari tabung itu bukan sedikit.

Rakyat Malaysia tentu mahu tahu siapa yang menerima komisyen dan mengapa mereka menerima bayaran.

Hutang 1MDB kini mencecah RM37 bil dalam tempoh lima tahun.

Ia bagaimanapun mendakwa hanya menjadi liabiliti (bebanan) kecil bagi kerajaan dan para pemegang sahamnya.

Kerajaan didakwa menjamin RM5.8 bil bagi hutang keseluruhan 1MDB dan selebihnya dibayar melalui faedah yang diperoleh. 1MDB tidak pernah lewat membayar hutangnya.

Semua hutang tersebut disokong aset operasi kumpulan dengan pengaliran wang yang baik dan pertumbuhan yang sihat.

1MDB bertegas asetnya mencecah RM46 bil pada hujung tahun kewangan Mac 2013 berbanding hutang RM37 bilion.

Apapun statusnya, ia perlu meraih keyakinan rakyat dan tidak wajar berdiam diri tentang pihak yang meraih komisyen RM1.6 darinya itu.

Bukankah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) perlu meninjau keadaan ini?

1 comment:

  1. takan lah tak paham lagi.NAJIB KAKI HARTA NEGARA.APA DIA PEDULI ROSMAH PUN DAPAT BERBILION .ALTANTUYA DIBUNUH NYE.INI JENIS BINATANG YAHUDI

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa