Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 30, 2014

Banjir: Cerita Sebenar Mengenai SMK Manik Urai Yang Dihebohkan Runtuh Itu

'Saya terpaksa makan biskut hanyut'
MOHD ZAILANI ABD RAHMAN - 30 Disember 2014

Nor Aini menceritakan saat-saat cemas yang ditempuhinya

KUALA KRAI- “Ya Allah jika ini ujian kami, kami terimanya dengan redha”

Demikian luahan guru penolong kanan Sekolah Menengah  Kebangsaan Manek Urai, Nor Aini Mat Nor yang bertanggungjawab menjaga 150 orang mangsa banjir yang melanda sekitar kawasan tersebut Rabu lalu.

Lokasi kawasan sekolah ini dikatakan paling terjejas kerana ia berhadapan dengan sungai dan menjadi viral di laman sosial yang mendakwa ia runtuh akibat hentaman air sungai berhampiran.

Menceritakan detik ngeri kejadian, Nor Aini yang sudah berkhidmat 20 tahun di Kementerian Pendidikan berkata, ramai penduduk kampung tidak membuat persiapan memandangkan banjir besar tidak pernah berlaku sejak 1927.

Katanya pada pagi Selasa, keadaan masih aman, namun bertukar menjadi ganas pada pagi Rabu apabila peningkatan air secara mendadak mengakibatkan orang kampung panik.

“Ia bermula di waktu Subuh, air di sungai sebelah sekolah meningkat dengan cepat, sehingga ke tingkat dua. Kami rasai gegaran yang sangat kuat kerana gelombang dan arus menghentam dinding sekolah, ia menyebabkan ramai yang mula ketakutan dan menangis,” katanya.

Malah, katanya dia dapat melihat beberapa rumah  dan kayu balak hanyut deras melalui di hadapan sekolahnya, namun bersyukur kerana ia membelok sebaik sahaja menghampiri kawasan sekolah.

“Ini adalah kuasa Allah, saya sudah redha sekiranya rumah yang hanyut itu menghempap sekolah kami, tetapi ia tidak berlaku, “katanya.

Jelasnya lagi, ekoran paras air yang sudah menghampiri tingkat tiga beberapa penduduk mengambil keputusan untuk meninggalkan sekolah menggunakan perahu menuju ke bukit berhampiran.

Katanya, walaupun ada yang mengajaknya untuk lari ke bukit, namun dia mengambil keputusan untuk bersama dengan mangsa kerana rasa bertanggungjawab dengan mereka.

“Ketika itu juga ada bayi dua hari dilahirkan, tidak sampai hati untuk tinggalkan mereka, jadi kami bersama-sama berdoa semoga bantuan tiba,” katanya.

Dalam pada itu katanya, situasi paling tragis adalah disaat mereka terpaksa berkongsikan dua keping biskut yang hanyut  di kedai runcit berhampiran.

“Kami semua kelaparan, bantuan tidak tiba, helikopter ada tetapi tidak dapat hulur bantuan kerana cuaca buruk, di kala itulah kami ternampak satu bungkusan biskut.

“Alhamdulillah, kami bahagikan seorang mendapat dua keping biskut  untuk menahan lapar sebelum bantuan tiba keesokan harinya,” katanya.

Nor Aini dalam masa yang sama berkata, dia terpaksa mendapatkan helikopter persendirian memandangkan suaminya menghadapi penyakit buat pinggang dan perlu membuat rawatan hemodalisis pada hari kejadian.

“Saya rasa bersyukur kerana tiada ada mangsa yang terkorban, benar ada viral di laman sosial sekolah ini sudah runtuh dan ramai terkorban, tetapi Tuhan mentakdirkan kami masih selamat,” katanya.

3 comments:

  1. Kasihan sungguh nasib yang menimpa mereka ini. Agaknya kesusahan mereka ini langsung tak diambil pot oleh Iblis betina dan familinya yang terbang dengan pesawat rasmi kerajaan ke Indianapolis US.

    Sampai bilakah famili Iblis ini akan terus meratah daging rakyat? Agaknya selagi rakyat mampu dibodohkan dan semua menteri Melayu dah berjaya dikasi dan menjadi lembu kenyang, maka selagi itulah rakyat kan terus menderita. Banjir besar mengunung dan hampir melumpuhkan sebuah negeri pun maka Bapak Iblis dan Betina Iblis tetap hidup senang lenang.......

    ReplyDelete
  2. 9:03...udah ler tu. Bersyukurlah kerana semua sudah selamat. Pasal pemimpin tu, beringatlah lain kali masa nak memangkah tu. Pangkah jenis yang tak reti nak main golf...

    ReplyDelete
  3. Selagi si simpulan makhluk bername Mat hadir masih idup... selagi tu lah rakyat Malaysia akn sentiase sensara.. -Fact-

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa